BAB 82

4.8K 190 9
                                    

Kampung Salam Skinchan, Selangor.


Kaki melangkah entahlah hendak kemana. Sudah hampir 2 hari dia terperap di dalam rumah atuk neneknya tidak mahu keluar bilik.

Ya. Dua hari. Dan 2 hari lepas, dia datang ke sini setelah mengetahui 'perkara baharu' daripada ibunya. 

Di pertengahan pagi dia keluar daripada rumah dan lari ke kampung atuk dan neneknya. Baru hari inilah dia mahu keluar setelah di bebel oleh nenek serta dipujuk oleh atuk

Barulah dia mahu keluar daripada rumah. Itupun, dia berjalan sekeliling kampung dengan menaiki motosikal.

Sehinggalah dia membawa diri ke tengah pekan. Boleh pula nenek memesan kepada dia untuk memberikan beberapa rempah serta sayur-sayuran sebagai tambahan.

Mahu tak mahu, dia ikutkan sahaja. Dah duduk rumah orang mestilah kena dengar arahan.

Jangan risau. Atuk dengan nenek sebelah ibunya tidak seperti ayahtok serta maktok sebelah ayahnya.

Dua manusia itu juga. Jenis yang tidak bersyukup. Dan seringkali juga ibunya mendapat hinaan.

"Ini sahaja cik?" Soal gadis muda yang sedang memproses pembeliannya itu.

Perlahan Ayriana menganggukkan kepala. Sambil menghulurkan kad kreditnya. Tapi belum sempat gadis muda itu mengambil. Dia menarik semula.

Dia baru perasaan dia keluarkan kad kredit suaminya yang di berikan kepadanya. "Sorry." Ucap dia. 

Sebelum mengodek dan mengeluarkan kad kredit peribadinya. "Ini. Guna yang ini sahaja." Ujar dia.

Menghulur kad kredit tersebut dan di sambut oleh gadis kecil tersebut. Setelahnya barulah proses pembayaran di lakukan.

Sejurus selesai. Kad kredit serta resit pembayaran serta resit barangan di berikan kepadanya."Thank you." Ucap dia.

Dan gadis itu membalas sama-sama menunduk kecil kepada dia sebelum beredar membawa beg berisi barangan tersebut.

Perlahan Ayriana mengeluarkan motonya daripada tempat parking motosikal. Keadaan pekan yang tidak terlampau ramai orang memudahkan untuk dia keluar dan berjalan tanpa perdulu untuk bersesak-sesak.

Melepasi pekan. Langsung dia masuk ke kawasan kampung setelah melepasi traffic light. Motosikal di pandu dengan berhati-hati. 

Walaupun ingin sahaja dia membawa moto tersebut dalam kadar yang lebih pantas.

Keranakan moto atuknya yang buruk ini. Keadaannya tidak mengizinkan untuk dia lakukan. Kampung masjid gajah. Tempat di mana kampungnya berada. Signal untuk masuk ke kiri di tekan, lampu berkedip.

Setelah memastikan tiada kereta atau motosikal lain yang melewati langsung sahaja dia masuk ke jalan kampung berbatu serta berpasir tersebut.

Sesampai di hadapan halaman rumah yang luas tersebut. Langsung sahaja dia turun daripada moto.

Mengambil pastik pembelian dia tadi. Di bawa bersama dengannya. "Assalammualaikum. Nek. Orang dah belikan barang yang pesan ah..nak letak dekat mana ni?" Soal dia sejurus memasuki ruang dapur yang tidak jauh daripada ruang tamu tadi.

Dari jauh lagi dia sudah melihat neneknya sedang memotong beberapa ulas bawah putih serta merah tersebut.

"Ha..ini. letak sahaja dekat atas meja tu." Beritahu neneknya. Tapi tidak beralih kepada Ayriana langsung.

Makanya, Ayriana yang mendekati kepada neneknya. "Nek. Ada apa-apa yang Ay boleh tolong?" Soal dia.

"Tak payahlah Ayriana. Nenek boleh buat sendiri. Lagipun nak habis dah." Balas nenek.

C | PEMILIK BAHAGIA MR. TENGKUWhere stories live. Discover now