Sesudah nasi goreng kampung siap di hidang langsung Tengku Erman turun daripada tingkat atas menuju kearah meja makan.
"Selamat pagi Tengku." sapa Mak su terlebih dahulu.
Manakala Ayriana masih duduk mengelamun di atas kerusi tidak menyapa sang suaminya itu.
Entahlah perihal kotak hitam itu tidak habis-habis bermain di dalam pikirannya sehingga dia tidak boleh tidur dengan secukupnya.
Pagi tadi pun, dia solat subuh sendirian. Tanpa menunggu sang suami. Apabila di tanya kenapa tidak menunggunya dia membalas dengan terlupa akibat mamai.
Padahal sebelum ini, Tengku Erman lah yang selalu membangunkan dia untuk solat subuh.
Namun, kali ini dia yang mengejutkan lelaki tersebut untuk solat subuh tapi yang berlainannya dia sudah solat subuh dahulu.
"Ayriana...Ayriana Kyaiseh!" panggilan nama penuhnya itu barulah dia sedar dan kembali ke dunia nyata.
Mata beralih kepada sumber suara tersebut. Di sisinya sahaja. Terlihat Tengku Erman memandang kepada dia.
"Ay. Kau kenapa ni? Termenung daripada tadi? Ada masalah?" soal Tengku Erman. Wajah yang beku tapi matanya tidak langsung boleh menipu.
Jelas ada getarannya. Kenapa? "Kenapa?"
"Kenapa?" soalan daripada Tengku Erman menyedarkan dia lagi. Bahawa dia sudah mengeluarkan kata yang sepatutnya berada di dalam otaknya sahaja.
Tiba-tiba dia terasa kedua-dua pergelangan tangannya di sentuh. Sangat lembut masuk dalam tangan besar milik sang suami.
Ya allah...kenapa setiap sentuhan dia buat aku rasa sedih. Kenapa? Apa yang dia rasakan daripada perbualan Tengku Erman dengan seseorang tersebut membuatkan hatinya terasa sedih.
"Ayriana. Kenapa nangis ni. Hei?" kali ini dia teredar lagi matanya sudah mengeluarkan mutiara putih bersih.
Dia menelan air liur. Menelan rasa sedih yang tiba-tiba muncul tersebut. Perlahan-lahan dia mengelengkan kepala.
"Tak. Tak ada apa-apa. Abang nak nasi ke nak roti Ay boleh hidangkan." ujar Ayriana. Sebaik mungkin dia mahu mengubah topik perbualan.
Tapi tidak dapat dia tahan ada lagi butiran mutiara yang kian meluruh membasahi pipi. Ya allah apa tak kena dengan kau ni Ayriana.
Apabila dia ingin menarik tangannya daripada genggaman Tengku Erman. Dia rasakan pegangan makin kuat. Membuatkan dia terduduk semula ke atas kerusi tersebut.
"Abang..." separuh merayu dia bersuara.
Air muka yang sudah berubah makin dingin serta mata yang mulai dingin membuatkan Ayriana sedikit gerun.
"Ayriana Kyaiseh. Kenapa ni? Kenapa daripada pagi tadi aku tengok kau nampak lain. Sekarang ni menangis. Ada apa-apa yang jadi ke? Atau aku ada salah buat pada kau?" soal Tengku Erman.
Daripada tangan mengenggam tangan berubah kepada kedua bahu milik Ayriana Kyaiseh. Dan wajah makin mendekati kepada wanita tersebut.
Sungguh hatinya tidak tenang sejak malam sebelum mereka tidur lagi. Ayriana kelihatan seperti tidak seperti Ayriana Kyaiseh yang dia kahwini selama 5 bulan ini.
Ayriana yang ini, lebih banyak bersendirian dan diam daripada sebelum ini. Yang banyak bicara dan suka ajak bicara dengan dia kalau setiap kali bersua muka.
Wajah yang sentiasa di maniskan setiap kali berbual dengan dia. Tidak lekang dengan senyuman yang buatkan dia semakin hari semakin merasa sayang kepada gadis tersebut.
YOU ARE READING
C | PEMILIK BAHAGIA MR. TENGKU
RomanceMenceritakan kisah tragis seorang lelaki bernama Tengku Erman Yang mengalami depresi setelah isterinya Kaseh Damia meninggal dunia akibat menyelematkannya daripada di tembak daripada musuhnya sendiri. "Kau kena terima kenyataan Erman... yang Kaseh...