BAB 28

3.4K 117 4
                                    

Sekitar pukul 8.40 pagi Tengku Erman duduk di tempat penumpang belakang sambil membelik-belik isi dokumen yang di hantar secara email kepadanya. Sudah semestinya ini soal kerja.

"Tengku. Kita dah sampai. Tengku nak turun sekarang ke?" soal Rey. Setelah memarkingkan kereta di tapak letak kereta yang dikhaskan untuk kenderaan mereka.

Tidak langsung mengangkat wajah Tengku Erman membalas. "Sekejap lagi. Ada benda yang aku nak kena settlekan." balas Tengku Erman. Semestinya dengan nada suara dinginnya itu.

"Baik." balas Rey tidak banyak bicara. Sesungguhnya itu memang rutinkan kepada Tengku Erman setiap kali mereka sampai di mana-mana tempat.

Pastikan bertanya dahulu sama ada ketuanya sudah bersiap sedia untuk keluar kau balasannya seperti tadi tidak maka dia juga akan duduk di dalam untuk menunggu sehingga ketuanya mengeluarkan arahan lainnya.

Tepat pada jam 8.45 pagi. Telifon bimbit Iphone 14 pro milik Tengku Erman berdetik menandakan ada pesanan ringkas baru yang masuk.

Tidak membuka aplikasi dia melihat melalui tetingkap skrin telifonnya sahaja pesanan daripada seseorang.

Tengku. Saya dah sampai ke Syarikat. - Ayriana.

Rupanya pesanan daripada gadis tersebut. "Awal kau datang." bicara dia sendirian. Tanpa sedar ada manusia lain yang perasaan akan wajahnya yang mengukir senyuman.

Rey hanya diamkan diri sahaja mahu di tegur nanti dia yang kena pelangkong dengan ketuanya itu. Bukan boleh.

Kalau tegur apatahlagi itu ada kaitnya dengan si gadis kuat membantah seperti Ayriana. Uhhh dia takut, jangan di buat main!

Tiba-tiba matanya tertacap ke hadapan seakan mengenali susuk tubuh tersebut. Tidak membuang masa terus sahaja dia bersuara.

"Tengku Cik Ayriana dah sampai." beritahu dia.

Namun tiada respon daripada ketuanya di belakang melainkan tiba-tiba pintu automatik terbuka sendiri lalu ketuanya itu langsung keluar.

Dia apatahlagi. Kelam kabut keluar daripada isi perut kereta dan muncul di hadapan ketuanya itu.

Dan juga pasti tertanya di manakah Dafril aka Tuan PA sudah semestikan pada awal pagi penyakit sakit perut akan datang jadi mereka datang berasingan sahaja.

Tidak menunggu lama terus sahaja Tengku Erman mula berjalan ingin masuk ke dalam juga selepas gadis tersebut masuk sekitar 2 minit yang lepas.

Namun sangat tidak di sangka-sangka apa yang dia saksikan pada awal pagi seperti ini.

Pertama Ayriana di halang oleh seorang pegawal keselamatan di situ di saat si gadis ingin melepasi perbatasan antara ruang menunggu lift dengan lobi tersebut.

Di lihat Ayriana menunjukkan kad akses yang dia berikan minggu lepas namun seakan si pegawal tidak mempercayai.

Malahan Ayriana di datangi seorang pekerja wanita berpakaian kasual dari atas hingga bawah berwarna merah.

Seperti dari gayanya akan menindas si gadis. Rey di sebelah bersuara. "Tengku nak saya uruskan ke mereka?" soal Rey. Dia juga turut melihat ke arah keadaan yang sedang berlaku.

"Biarkan. Aku nak tengok apa yang seterusnya akan berlaku." balas Tengku Erman kedengaran seakan lelaki itu kejam. Namun Rey percaya ketuanya itu ada sebabnya.

Mereka yang masih berdiri di luar tidak jauh daripada lobi kaca tembus pandang tersebut. Memerhati keadaan dan situasi yang sedang berlangsung.

Kelihatan ada pergolakkan antara Ayriana dan dua pekerja tersebut. Tapi dengan pantas itu juga Ayriana membalas dengan tegasnya.

C | PEMILIK BAHAGIA MR. TENGKUWhere stories live. Discover now