BAB 3

5.2K 183 4
                                    

Suasana di pejabat seperti biasa, jika tidak bising dengan gosip bukan pejabat Tuan Hafizz lah.

Apakah yang mereka gosipkan? Sudah tentu tentang seseorang dengan seseorang. Siapakah seseorang dengan seseorang itu?

Entahlah sendiri malas mahu mengambil pusing. Sementara di sebalik sebuah pintu kaca gelap di luar tapi kelihatan di dalam. Ayriana seakan orang yang tidak senang duduk di atas kerusi empuk tersebut.

Iaitu apabila hasil kerjanya yang di minta perbaiki semula oleh Tuan Hafizz sedang di belek oleh lelaki tersebut sekarang ini.

Seketikan Hafizz memandang kearah Ayriana apabila kelihatan sepertinya sudah selesai melihat hasil kerjanya.

Wajah Tuan Hafizz itu, seketika membuatkan debaran di hati Ayriana makin kuat berdetak.

'Aduhhh tak sesuai lagi ke?!' keluh Ayriana di dalam hati. Dia pun sudah mula risau dengan wajah serius ketuanya itu.

Dari serius terus bertukar senyuman manis. "Good job Ayriana. You did a great job again. Saya puas hati dengan rekaan dalam bagunannya." ujar Hafizz memuji kemahiran wanita di hadapanya itu. Yang seharusnya tiada usah dia ragukan lagi.

Ayriana sudah semestinya melepaskan rasa lega seribu kali ganda ternyata majikannya itu sungguh berpuas hati.

"Alhamdulliah...syukur Tuan suka." ujar Ayriana sejuta kali bersyukur.

Hafizz sudah semestinya tersenyum dengan kelakuan Ayriana yang seperti baru sahaja menyelesaikan kerja pertama kalinya.

Walhal wanita tersebut sudah hampir 3 tahun menjadi arkitek di sini malah menjadi yang terbaik di dalam syarikatnya.

"Dah tiga tahu awak Ayriana. Macam tak biasa handle benda kecil macam tu." ujar Hafizz.

"Ehhhh...Tuan. Bagi Tuan mungkin kecil. Tapi bagi orang yang macam saya ni. Benda macam tu kena banyakkan perincian untuk dapat kan hasil yang memuaskan tau. Dan yang tu paling susah untuk di terapkan." lontar Ayriana.

Membebel seorang diri tanpa sedar Tuan Hafizz sedang ralit memandang kearah dia. Sehinggalah si gadis habis berceloteh seorang diri menerangkan pro dan kontra keatas pengahasilan kerja sebagai arkitek.

"Habis dah membebel. Cukup?" soal Tuan Hafizz lembut tapi itu cukup membuat Ayriana tertunduk malu dengan perangai suka membebelnya itu.

"Hihihi...sorry Tuan. Mulut saya ni ringgan kalau bercakap pasal arkitek ni." ujar Ayriana ketawa kecil sambil membetulkan rambut coklet tua yang panjang mengurai tersebut.

Lelaki tersebut mengelengkan kepala sungguh saat mengenala kati pertama sehingga sekarang. Cukup lama dia mengenal wanita di hadapannya itu.

"Tuan. Ada apa-apa lagi ke? Kalau tak ada apa-apa. Saya minta diri dulu. Sambung kerja lain." ujar Ayriana

"No. Nothing. You can go now." balas Tuan Hafizz. Dengan itu, Ayriana pun segera beredar pergi keluar daripada bilik majikannya itu.

Di sebalik bilik tidak henti-henti senyuman terukir di wajah kacak Tuan Hafizz itu. Sebabnya mungkin kerna sikap lucu dari Ayriana Kyaiseh tersebut.

Sedang dia tersenyum sendirian tiba-tiba telifonnya berdering dan terus sahaj dia mengangkat telifonnya itu.

"Hello. Hafizz speaking." jawab dia dengan wajah bertukar serius langsung tidak tersenyum seperti tadi. Siapakah si pemanggil?

Ayriana keluar berjalan dengan cerianya akhirnya kerisauannya sudah memudar sedikit. Tidaklah dia terlalu fikirkan untuk mencari penyesalan masalah tersebut.

Sesampai sahaja di meja kerjanya terus sahaja dia mengambil duduk dengan hatinya penuh gembira.

"Ha

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Ha...ni muka senyum-senyum ni. Mesti sebab bos suka kan dengan lukisan kau tu." tembak Naim yang berwajah sawa matang. Dan berkaca mata, tapi jujur masih kelihatan kacak.

"Ha lah. Apa bos cakap tadi Ay? Dia puas hati ke?" soal pula Fattah lelaki berwajah malay-british itu datang mendekati rakan kerjanya itu.

Selain Naim dan Fattah mejanya juga di datangi oleh kumpulan kerjanya iaitu Fazril dan Daniel.

"Hmmmm...mestilah boss suka! Allhamdulliah boss puas hati. Nasib baik tak payah dah aku nak kena repair lagi." ujar Ayriana girang mencerita.

"Alhamdulliah. Bagus lah tu. Kitorang percaya kau boleh buat punya. Smart girl!" puji Fattah memuji satu-satunya bunga di kumpulan mereka itu.

"Terbaik ahhh Ay. Dah lah lukisan rekaan tu susah nak buat. Ini kan nak perbetulkan pula. Dengan boss kita yang teliti nak mampus! Fuh...respect!" ujar pula Fazril.

"Maseh...maseh...korang pun tolong aku. Apa kurangnya korang hebat juga!" Ayriana mengangkat kedua belah ibu jarinya menunjukkan kearah mereka berempat.

Kemudiannya terus mereka bertepuk tangan secara bersama sesama mereka kepada Ayriana.

Ayriana mengelengkan kepala dengan rakan-rakan kerjanya itu. "Dah..dah..pergi sambung kerja. Kita ada kerja lain. Go! Go!" ujar Ayriana sambil bertepuk tangan kepada rakan kerjanya itu.

"Okey lady boss!" ujar mereka serentak siap tabik hormat kepada Ayriana.

Ayriana menjelingkan mata keatas, sekali gus mereka semua duduk semula ke tempat mereka untuk menyambung kerja mereka.

Ayriana juga menyambung kerjanya yang masih tersisa tapi dalam keadaan yang sedikit tenang tiada hal yang harus di tekanankan ke kepala otak.

Tidak beberapa jam dia membuat kerjanya tiba-tiba telifon pintarnya yang berada di atas meja kerjanya ini berdering nyaring menandakan ada orang yang menelifonnya.

Apabila dia melihat ke skrin telifonnya terus sahaja dia letakkan semula dan sebelum meletakkan semula dia masukkan mood senyap ke telifonnya.

Dan terus sahaja dia menyambung kerjanya tanpa rasa ganggu. Nasib baiklah, dia ada dua telifon pintar.

Satu untuk kerja dan yang ini untuk keluarga dan sering tidak dia gunakan kerana dia tiada kepentingan untuk itu. Dan panggilan itu? Entahlah...Ayriana tetap melanjutkan kerjanya.

Dan kini wajahnya berubah serius harapkan moodnya tidak lari kerana kan panggilan itu sahaja.

Tidak sampai 15 minit dia menyambung kerjanya telifonnya sekali lagi berdering nyaring. Dan kali ini sudah tentu dari seseorang dari telifon pintar dia yang satu lagi.

Apabila di angkat telifon dan melihat ke skrin telifonnya dia sudah ternyum suka. Automatik senyumannya terukir gembira. 

C | PEMILIK BAHAGIA MR. TENGKUWhere stories live. Discover now