BAB 66

3.5K 140 6
                                    

2 hari kemudian...

Masing-masing sudah mengeluh...mengapa? Drama. Tidak sempat nak bergerak lagi sudah ada drama sebelum berangkat.

"No! I nak ikut. Salah you kenapa tak bagitahu I." rengek Adreana.

Pagi-pagi sepatutnya mereka akan berangkat namun di sebabkan kemunculan cik tunang Tuan Hafizz itu membuatkan masalah masa kepada mereka.

"Rosse! Ini bisness trip sahaja. Lagipun I pergi dengan tim I bukannya pergi sorang." ujar Tuan Hafizz.

Tengok encik tunang sudah penat melayan cik tunangnya yang satu ini. Banyak kerenahnya.

"Ini ada perempuan ni! Kalau dia goda you macam mana. Mana boleh percaya perempuan sekarang ni." hendik wanita ini.

Tiba-tiba sahaja dia di tunduk. 'Banyak sedap kau tuduh aku nak goda tunang kau! Aku dah ada suamilah!' mahu sahaja dia hendik semula. Tapi dia harus tahan.

"Apa you cakap ni! Ayriana ni pun dah ada tunang lah. Berapa kali I nak kena bagitahu you ni." ujar Tuan Hafizz. Jelas letih untuk melayan karenah tunangnya itu.

"I tak perdulilah. Perempuan sekarang ni. kalau suami orang pun boleh sondal. Apatahlagi tunang orang."

"Maksudnya cik Rosse pun sama lah?" spontan Fattah mencelah.

"Wey! Woi!" mereka semuanya terkejut dengan apa yang Fattah katakan. Walaupun spontan sahaja. Tapi berpada lerrr

"You!" Adreana seakan sudah mahu menyerang namun mereka menghalang.

Dan terus pergelangan lengan wanita tersebut Tuan Hafizz tarik agak kasar tapi itu tetap berhasil untuk menghentikan wanita tersebut membuat hal lebih lagi.

"Adreana Rosse! Bukan sekarang. Please. You balik dulu. Jangan buat hal dekat sinilah. Ramai staff I tengok!" sehabis baik lelaki itu cuba mengangawal nada suaranya.

"No! Selagi you tak nak bagi I ikut selagi itu lah I tak akan bagi you pergi. I akan halang!" ujar Adreana degil.

Fattah lihat dia seakan mahu sahaja mengeluarkan kata-kata namun cepat-cepat di tutup mulut celupar lelaki tersebut.

Daripada jadi hal ini, jadi hal lain pula! Sudahlah dunia sekarang dunia viral. Sekejap sahaja sudah tular di mana-mana tempat!

Ayriana melihat kepada jam. Sudah berginjak ke jam 9 setengah pagi. Kalau nak masuk ke lebuh raya dan sampai di resort di pelabuhan klang tersebut.

Mungkin mengambil masa yang lama untuk sampai. Dan sudah semestinya mereka bakal terlambat.

"Biarkan Cik Rosse pergi Tuan. Nanti cik Rosse boleh duduk dengan saya." celah Ayriana.

Mereka tiada masa. Jika ini tidak boleh di selesaikan dengan cara baik. Inilah cara terbaik untuk membuatkan Adreana Rosse tidak melakukan hal lebih-lebih lagi.

"Tapi Ayriana..."

"Tak apa tuan. Saya boleh berkongsi."

"Tapi I tak nak!"

"Kalau macam itu, saya boleh keluar. Dan cari tempat untuk bermalam di tempat lain. Senangkan. Sekarang get in! Kami tak ada masa nak layan drama dekat sini. Kalau cik Rosse nak buat drama dekat sini. Maaf saya sendiri akan tinggalkan cik dekat sini!" tegas Ayriana berucap.

Sampai-sampaikan yang lain terdiam termasuklah Tuan Hafizz. Lelaki itu, juga turut terdiam dengan ketegasan yang keluar daripada Ayriana itu.

Terlihat Adreana terkulat-kulat membuatkan Ayriana hilang ke sabarannya.

"Apa lagi?! sekarang nak ikut ke tak nak?!" soal dia makin tegas membuatkan Adeara makin terkulat.

Setelah itu, barulah wanita tersebut mengambil begnya di masukkan kedalam bonet van dan langsung masuk.

C | PEMILIK BAHAGIA MR. TENGKUWhere stories live. Discover now