Ayriana keluar daripada ruangan dapur dengan tangan yang sudah rapi berbalut. Dan melihat Tengku Erman juga mendekat kepadanya.
Dengan baju yang sudah bertukar juga. Tiada lagi tompokkan darah di bahagia dada kiri tersebut.
"Ay."
Ayriana pejam mata dan berpaling ke sisi. "Saya penat. Saya malas nak bercakap dengan awak sekarang." ujar dia dingin. Malas mahu berhadapan dengan lelaki tersebut.
Dia ingin melangkah pergi. Tapi dia di halang oleh Tengku Erman. "Ayriana kejap." halangnya.
Kedua bahu Ayriana di raihnya. "Apa yang awak nak lagi Tengku Erman! Tak cukup dengan pisau! Sekarang. Awak nak dengan pistol pula ke?!"
Segera dia berpaling kepada Rey. "Rey bagi saya pistol!" arahnya dengan tangan kanan di hulurkan kepada lelaki tersebut.
Dia tahu. Sangat lah tahu bahawa lelaki itu dan anak buah yang berada sekeliling rumah ini memiliki senjata tersebut.
Namun Rey diam tidak membalas. Sesegera itu, Tengku Erman menarik bahunya membuatkan Ayriana berpaling kepada lelaki itu semula.
Dengan wajah yang cukup jengkel dengan lelaki tersebut. Matanya tajam membalas pandangan ke mata Tengku Erman.
"Ay. Listen. Abang minta maaf sebab buat semua ini. Ya abang memang tahu itu salah abang. Abang menipu Ay. Tak jelaskan pasal Qaseh sebelum kita bernikah. Abang tahu itu salah abang. But please. Let me explain. Bagi abang bela diri abang juga." ujar Tengku Erman. Sehabis baik dia cuba memujuk gadis tersebut.
Seketika Ayriana melepaskan nafas. Tapi tiba-tiba dia teringatkan kata-kata dan sedikit cerita tentang Tengku Erman.
"Sejak Qaseh meninggal 2 tahun dia berkurung dalam bilik asingkan diri daripada semua orang. Tubuh yang susut. Diri yang tak terurus. Berkurung dalam bilik yang penuh kegelapan."
"Ayriana....kalau 6 tahun lepas Ay alami masa yang sukar. Tengku Erman pun tak kalah alami masa yang sukar dalam hidup dia. Dia nak bangkit semula dan kembali hidup macam sekarang ini bukan mudah."
Sedetika hatinya terjentik rasa ingin membuka hati dan telinga untuk mendengarkan 'penjelasan' lelaki tersebut.
Perlahan Ayriana mengangkat wajah kepada Tengku Erman. "Okey. Awak jelaskan. Saya bagi awak masa." ujar Ayriana.
Terlihat wajah lelaki itu ketara leganya. "Kalau macam itu Ay kena ikut abang. Dekat situ abang akan ceritakan semuanya." gumang Tengku Erman.
Ayriana tidak membalas hanya diam. Tengku Erman yang sudah masak dengan tindakkan Ayriana yang kebelakangan ini.
Langsung sahaja menarik pergelangan tangan Ayriana dengan perlahan. Ayriana yang diam hanya mengikutkan sahaja langkah lelaki tersebut.
Manakala, Rey, Dafril serta mak su. Sama-sama melihat kepada dua manusia tersebut sehingga menghilang ke tingkat atas.
"Ini masanya." ujar Dafril.
"Tengku Erman dah sepenuhnya bersedia." kali ini Rey yang bersuara.
"Harap semuanya akan selesai perlahan-lahan." Mak Su pula berbicara.
"Amin..." ketika mereka mengaminkan ucapan Mak Su tersebut.
****************
Klik. Pintu bilik pejabat Tengku Erman itu di buka. Dan pergelangan tangan Ayriana yang masih berada di dalam genggaman lelaki tersebut. Perlahan di tarik masuk ke dalam bilik tersebut.
Semenjak berkenalan dengan Tengku Erman. Baru dua kali Ayriana masuk. Itu pun pertama semasa mereka sebelum berkahwin.
Dan kali kedua setelah berkahwin dan malam pertama duduk di rumah tersebut sebagai suami isteri.
YOU ARE READING
C | PEMILIK BAHAGIA MR. TENGKU
RomanceMenceritakan kisah tragis seorang lelaki bernama Tengku Erman Yang mengalami depresi setelah isterinya Kaseh Damia meninggal dunia akibat menyelematkannya daripada di tembak daripada musuhnya sendiri. "Kau kena terima kenyataan Erman... yang Kaseh...