Puan Salwah terkaku. Baru balik daripada luar dan tempat pertama yang di tuju adalah sini.
Bilik ini, di mana sekarang ada Ayriana. "Ayriana."
"Ibu. Apa semua ni? Kenapa ada Ay dekat tempat ni? Ay rasa macam Ay tak pernah pergi sini." nyatanya.
Mengangkat sekeping gambar yang menunjukkan seorang figura yang berwajah persis sepertinya.
Sedang menyapu sampah di luar bagunan yang tertulis rumah anak yatim.
'Rumah anak yatim E' Kasih.' sesaat mendengarkan nama tersebut. Dia teringatkan satu nama.
"Itu kakak Adik. Qaseh Damia." jantung Ayriana sekaan terhenti. Telinganya mendengar desingan yang sangat kuat yang membengetkan telinga.
Dadanya terasa terhentak. Dan ia rasanya sangat sakit! Seakan ia membuatkan dia tidak boleh bernafas dengan normal.
"Apa..apa maksud ibu ni? Ay ada abang sahaja. Abang Afril. Mana datangnya kakak ni ibu!" lambat-lambat dia berpaling kepada ibu yang makin mendekati. Tapi dia pula yang mengundur.
Tangan di angkat kehadapan seakan menghalang ibunya mendekati. "Jawab ibu! Apa semua ni! Qaseh Damia. Dia. Dalam gambar tu kakak Ay?! Mustahil!" bentaknya.
Air mata yang tidak tertahan makin mengalir. Dadanya makin terasa sakit. Apa? Apa semua ini?
Puan Salwah di lihat mendekati kepadanya. Dan dia kian menjauh. Ibunya mendekati ke meja. Dan mengambil beberapa keping lainnya.
"Ini penyebab utama sebenarnya ayah kamu pukul ibu Ay. Sebab kehilangan anak kembar dia." ucap Puan Salwah.
Cukup tenang. Tapi Ayriana boleh nampak bayang air mata yang jatuh setitis itu.
"Kem...kembar? Maksud ibu...?" dia gugup. Terlampau terkejut dengan apa yang terjadi sekarang ini.
Puan Salwah berpaling. Tangan cuba meraih Ayriana. Tapi gadis itu kian mengelak. Tidak mahu mendekati.
"Dengar dulu apa yang ibu nak cakap Ay. Bagi ibu jelaskan dulu okey." sekali lagi Puan Salwah.
Tidak membalas. Tapi Ayriana membeku di tempat. Kerana itu, Puan Salwah bertindak. Dengan selembut mungkin menarik Ayriana untuk duduk bersamanya.
Sebuah sofa panjang yang terletak di sudut bilik tersebut mereka duduki.
Ayriana seperti tadi. Membeku. Dan Puan Salwah sehabis baik cuba untuk memujuk Ayriana agar tidak menangis.
Kedua tangan Ayriana di bawa masuk ke dalam dua tangan milik Puan Salwah. Di elus dan di genggam penuh lembut.
"25 tahun yang lepas. Masa itu, saat-saat paling bahagia untuk ibu dengan ayah. Pada akhirnya kembar perempuan yang kami impikan selama ini terlahir ke dunia." Puan Salwah memulakan mukadimah dengan itu.
"Tapi bahagiaan itu sementara. Apabila keesokkannya salah satu daripada kembar tu hilang. Masa tu. Ibu baru keluar daripada bilik rawatan untuk jalani beberapa ujian." ujar Ibu. Terlihatnya Puan Salwah menunduk.
"Ibu terkejut. Sama juga dengan ayah. Yang masa itu. Datang balik lepas solat jumaat. Nak tengok kami berdua. Yang ada cuma adik. Tak ada kakak." ujar Puan Salwah. Seketika dia menarik nafas dan di hembuskan.
"Sejak itu. Hubungan Ayah dengan ibu renggang. Keluarga ayah yang sememangnya bencikan ibu. Makin membenci ibu. Sebabkan kehilangan kakak kamu. Tapi masa tu Ay masih tak bertindak memukul. Hinggalah satu hari tu. 10 tahun setelah kehilangan Qaseh. Ayah kamu jadi baran. Dia ungkitkan tentang kehilangan Qaseh. Salahkan ibu berulang kali."
"Itu 15 tahun lepas masa ayah kahwin dengan mak cik Dahlia. Dan ceraikan ibu." nyatanya.
Dan puan Salwah mengangguk sebagai jawapan. Ayriana pejamkan mata. Dengan kerongkong menelan air liur sendiri. Payau. Terlalu pahit untuk di telan.
YOU ARE READING
C | PEMILIK BAHAGIA MR. TENGKU
RomanceMenceritakan kisah tragis seorang lelaki bernama Tengku Erman Yang mengalami depresi setelah isterinya Kaseh Damia meninggal dunia akibat menyelematkannya daripada di tembak daripada musuhnya sendiri. "Kau kena terima kenyataan Erman... yang Kaseh...