BAB 84

4.9K 186 7
                                    

Tepat sesaat Ayma berucap seperti itu. Langsung sahaja ada beberapa dokter yang datang.

Menyatakan bahawa sudah tiba masanya untuk Ayma melakukan proses pembedahan untuk mengeluarkan bayi.

"Berdoa banyak-banyak. Abang tunggu. Sayang keluar okey." Ujar Tengku Kamal.

Sempat mengusap ubun-ubun kepala Ayma sebelum di bawa pergi masuk ke dalam bilik pembedahan yang berada sama dengan tinkat tersebut.

"Kamal." Panggil Ayriana yang berdiri tidak jauh daripada mereka semua.
Saat namanya di panggil langsung sahaja ia berpaling memandang kepada Ayriana.

"Kita kena bercakap sekejap. Berdua." Ujar dia.

Tanpa melihat kepada reaksi kedua orang tua lelaki itu Ayriana dapat meneka apa yang dia tahu daripada Ayma sebentar tadi.

Tidak banyak kompromi Tengku Kamal menganggukkan kepala. Dan Ayriana beralih berjalan sedikit ke luar daripada lorong bilik wad lainnya.

Dalam masa yang sama, Tengku Kamal mengikuti dia daripada belakang.
Ayriana berhenti di penjuru lorong wad tersebut agak terlindung daripada pandangan orang.

Tanpa perlu Ayriana menyoal lagi Tengku Kamal sudah membuka mulut terlebih dahulu.

"Ayma dan ceritakan semuanya. Sebab apa saya kahwin dengan dia." Nyatanya.
Ayriana berpaling melihat kepada wajah Tengku Kamal. Teguh seakan sedang berhadapan dengan ketua unitnya sendiri. Tanpa riak.

"Kenapa awak tak bagitahu saya?" Balas Ayriana. Juga tanpa riak.

"Saya tak tahu macam mana nak bagitahu." balasnya.

Ayriana berdesing. "Tak tahu macam mana nak bagitahu? Buka mulut Tengku Kamal. Lepastu bersuara! Apa yang susah sangat!" ujarnya.

"Saya tak nak awak lepaskan saya dengan hati terluka." Ucapnya.

Sekaligus, Ayriana tersengih kecil. Bibir di sengetkan sampai ke atas.

"Tengku Kamal. Awak tak nampak ke atau awak buat-buat tak nampak?!" Suaranya sedikit tegas. Mata juga tajam memandang lelaki tersebut.

"Dengan awak, tak bagitahu saya sebab itu. Lagi sakit daripada awak bagitahu saya Kamal. Sekurang-kurangnya saya lebih relakan."

"Walaupun sekali lagi awak cakap. Awak memang cintakan dia. Saya akan terima." Ujar dia.

"Ini tidak. Awak buat saya salah faham dengan awak. Tuduh Ayma macam-macam selama ini. Awak ingat saya suka ke!" kali ini dia membentak.

Tidak faham dia dengan jenis pemikiran Tengku Kamal yang satu ini. Tidakkan dia tahu tanpa memberitahu alasan sebenarnya lebih menyakitkan.

Tidak pasal-pasal dia terasa berdosa kerana membenci Ayma yang dia ingat sudah merampas lelaki pujaannya.

Sedangkan Ayma itu menderita lebih teruk daripada apa yang dia alami.

"I'am sorry Ay..."

"Tapi...masa itu, saya masih lagi cintakan awak Ayriana. Saya tak sanggup." belum sempat Tengku Kamal menghabiskan ayatnya Ayriana mencelah dengan membentak.

"Apa yang awak merepek ni Tengku Kamal!" bentaknya. Mata mengjengkel apabila mendengarkan barisan ayat Tengku Kamal yang satu itu.

Cinta...cih! "Kalau betul awak cintakan saya awak tak akan buat macam inilah pada saya. Awak akan pilih saya lebih daripada Ayma. Tapi apa dia yang jadi?"

"Awak tetap berpaling daripada hubungan kita dan awak pilih Ayma untuk nikahi. Awak pilih Ayma untuk jadi isteri awak!" bentaknya. Lagi dan lagi.

"Saya fikir dengan tak beritahu awak pada awalnya. Semua akan baik-baik sahaja." Belum sempat Tengku Kamal habiskan kata Ayriana sudah mencelah.

C | PEMILIK BAHAGIA MR. TENGKUWhere stories live. Discover now