BAB 19

3.6K 131 5
                                    

Tidak habis-habis matanya melihat ke merata-rata tempat, rasa gelisah makin gelisah apabila melihat jam tangannya jarum jam menunjukkan pukul 10.25 pagi.

Itu bermakna ada lagi 5 minit untuk masa bertemu dengan pihak dari syarikat Kyairay Holding.

"Kenapa ni cik Ayriana? nervous semacam sahaja saya tengok." tegur Tuan Hafizz yang sememangnya berada di sebelahnya.

"Ha...sikit lah. Takut sikit." balas Ayriana jari membentuk bentuk C menandakan sedikit.

Walhal gelabah bukan main-main walaupun pada hakikatnya dia tahu yang dia tidak akan pernah dapat bertemu dengan Tengku Erman.

"Jangan takut lah. Macam tak biasa jumpa client." ucap Tuan Hafizz sekaligus untuk membantu pekerjaanya itu bertenang sedikit.

"Hmm...tapi client kali ni lain tuan. Pihak dari syarikat Kyairay. Tuan sendiri tahu. Berapa lama saya tunggu saat-saat berharga macam ni untuk dapat berkerjasama dengan diorang." balas Ayriana kembali teruja bercampur gelabah.

Sungguhnya sejak syarikat itu, di tubuhkan dan usaha, demi percapaian ke percapaian yang di terima oleh Tengku erman bersama syarikatnya atas usaha sendiri untuk mengecapi kerjayaan sehingga sekarang.

Dalam masa yang sama ada satu suara yang menegur, sekaligus membuatkan mereka automatik berdiri atas ketibaan yang mereka tunggu-tunggu.

"Maaf kami terlambat sedikit ada perihal di pejabat." ucap satu suara yang kedengaran di Ayriana sedikit familiar.

"Tak apa. Kami pun tak lama sampai sini juga." jawab Tuan Hafizz berjabak tangan sekaligus Ayriana berpaling.

Dan itu, membuatkan matanya terbutang. Bukan kerana seorang tetapi tiga orang yang muncul membuatkan dia terkejut.

'Lelaki yang tolong aku?!' soal dia kepada diri sendiri. Tapi apabila memastikan betul-betul. Sememangnya itu adalah mereka.

Seketika mereka kaku antara satu sama lain lebih tepat Ayriana dengan lelaki yang berpakaian casual hitam putih. Kemeja putih, kod hitam seta seluar slack sama warna dan juga penampilan rapi dari hujung rambut hingga hujung kaki.

Di saat keadaan senyap sunyi tiba-tiba Tuan Hafizz berbicara memecah tembuk di antara mereka.

"Silakan duduk. Encik. Tengku Erman."

Kejap! Tengku Erman?! maknanya lelaki di hadapannya itu yang tolongnya seminggu lepas itu adalah Tengku Erman!

Belum sempat duduk tiba-tiba Tengku Erman bercakap. "Tak payah. Saya nak batalkan kerjasama ini." bicara dia. Belum apa-apa sudah kata batalkan.

"Huh?!" belum sempat mereka berdua berkata apa-apa. Tengku Erman sudah berangkat melangkah.

Keadaan tiba-tiba jadi kelam-kabut masing-masing kebingunan tapi tidak pada Ayriana dia terus sahaja dengan pantas mengejar langkah lelaki tersebut.

"Tengku! Tunggu Tengku!!" panggil Ayriana sambil kaki panjangnya mengejar langkah lelaki tersebut.

Dan akhirnya dia berhenti betul-betul di hadapan lelaki tersebut dengan nafas termenggah-menggah. Mereka yang lain juga, sama berhenti.

Sesaat mereka berdua sama-sama berpandangan Ayriana tajam menikam wajah kacak tersebut. Huh! Kacak sahaja tapi sayang biadab!

Manakala Tengku Erman seperti sebelum ini tenang tapi tatapannya sangat kosong sukar untuk dia meneka apa yang bermain di dalam fikiran lelaki tersebut.

"Tengku...saya faham kalau tengku tak yakin dengan kempuan saya di sebabkan saya perempuan. Saya faham, sebab saya dah pernah berjumpa dengan orang seperti Tengku. Tapi sekurang-kurangnya, tengku patut tengok hasil kerja saya dahulu. Dan lepastu, saya akan terima kalau tengku masih mahu menolak kerjasama ini." gumang Ayriana berani sungguh dia berani menghadapan dengan lelaki tersebut.

C | PEMILIK BAHAGIA MR. TENGKUWhere stories live. Discover now