Tepat jam 3 petang setelah masing-masing mereka mengerjakan solat zohor barulah mereka semua bertemu dengan Tengku Erman yang juga tidak di sini.
Dewan kenaga,menjadi tempat perbincangan mereka untuk projek geleri yang bakal berlaku di resort ini.
Rekaan dalaman yang pernah Ayriana dan kumpulannya tunjukkan sebelum ini dan juga telah Tengku Erman persetujui.
Mereka lanjutkan perbincangan tersebut, dengan mengunakan rekaan tersebut.
"Berdasarkan. Kiraan dan kos yang bakal di kenakan. Kos akan menelan hampir 3 juta. Untuk ukuran dan luasnya. Dan dalam kiraan sebelum inilah. Masa paling cepat untuk siap adalah dalam setahun. Insyallah kalau tak ada halang melintang." beritahu Ayriana yang menjadi pembentangnya.
Memandangkan projek ini, dia yang menjadi ketua. Makanya dia yang harus membentangkan kerana dia lebih tahu.
Tengku yang duduk berhadapan dengan Ayriana mengangguk dan bersetuju dengan semua kos dan rekaan tersebut.
Ada beberapa perubahan pun, tidak menjadi masalah kepada mereka untuk uruskan.
Setelah hampir 2 jam berbincang dan bertukar pendapat pada akhirnya mereka berakhir dengan pergi ke bagunan yang akan di bina galeri tersebut.
Bagunan yang hanya ada satu lantai di tengah-tangah kawasan resort tersebut. Walaupun hanya satu tingkat.
Namun kawasan tersebut, di nilai sangat luas kawasannya. Ayriana sendiri menjangkankan boleh memuatkan lebih daripada lebih pada 100 orang dalam ruangan ini dalam satu masa.
Ruang yang masih kosong dan luas itu, mereka terliti satu persatu dengan membayangkan setiap rekaan yang bakal terukir di sini.
Sedang berkeliling, Tiba-tiba dia teringatkan tempat yang pernah dia selamatkan Tengku Erman suatu ketika dahulu.
Walaupun pada pandangan orang tindakkan dia itu sangatlah gila.
Tapi di kerana dia memikirkan keselamatan Tengku Erman pada masa itu langsung dia biarkan dan membahayakan diri sendiri.
Jam sudah masuk ke jam 6.45 petang. Mereka semua terus sahaja beredar dan pulang ke villa untuk solat setelah itu berehat.
Bak kata Tengku Erman. "Malam ini, kamu semua boleh berehat dulu. Makanan pun akan di hantar macam makan tengahari tadi. Jadi selamat berehat. Kita jumpa dekat sini untuk urusan seterusnya." ujar lelaki tersebut.
Dan mereka semua hanya mengangguk bersetuju sahaja. Setelahnya itulah sekarang mereka buat.
Setelah solat maghrib serta isyak langsung makanan untuk makan malam sampai ke villa masing-masing.
Ayriana serta Adreana menjamu selera tanpa suara masing-masing. Sama seperti makan tengahari tadi. Dia tahu wanita tersebut masih marahkan dia di keranakan di marah oleh Tuan Hafizz.
Lagipun itu bukan salah dia. Wanita ini, yang tak mahu dengar cakap memang mendapatlah!
Sementara itu, tiba-tiba Adreana bangun daripada duduknya. Dan langsung meninggalkan Ayriana. Tapi sempat Ayriana nampak wanita tersebut menjeling kepada dia.
"Hai...perempuan ni memang tak bertimbang rasa! Bukan nak tolong aku kemas!" omel dia sendirian.
Nasib baiklah makan malam ini semuanya menambat seleranya. Ayam bakar sambal hijau, ikan siakap bakar serta ulam-ulaman. Semuanya makanan kegemarannya.
Jadi tidak lah terasa kesal sangat. Esok sahaja. Setelah itu selesai menghadap wanita ini!
Setelah selesai makan dan mengemas semua sisa makanan di buang ke tong sampah yang berada di penjuru laman tersebut.
YOU ARE READING
C | PEMILIK BAHAGIA MR. TENGKU
RomanceMenceritakan kisah tragis seorang lelaki bernama Tengku Erman Yang mengalami depresi setelah isterinya Kaseh Damia meninggal dunia akibat menyelematkannya daripada di tembak daripada musuhnya sendiri. "Kau kena terima kenyataan Erman... yang Kaseh...