Setelah selesai semuanya. Langsung sahaja Ayriana masuk ke dalam bilik tidur mereka.
Perlahan-lahan membuka pintu. Begitu juga perlahan-lahan dia melangkah masuk. Ini malam kedua setelah seminggu berkahwin.
Ya malam ke dua. Sebelum-sebelum ini, di keranakan Tengku Erman terlampau sibuk. Dia meminta izin untuk tidur di rumah ibunya sehinggalah lelaki itu selesaikan urusan.
Dan hari ini, lelaki itu menelifonnya memberitahu semua urusannya sudah selesai dan meminta dia untuk mulai tidur di rumah ini.
Di sisi telinga kirinya dia mendengar pintu bilik pakaian di tutup seseorang. Langsung sahaja dia berpaling.
Seketika dia terpegun. 'Aduh...kenapa dia pakai macam tu?!' ujar dia.
Terlihat Tengku Erman keluar daripada pintu bilik pakaian tersebut dengan memakai jubah mandi berkain sutera.
Tambahan pula, dengan rambut yang basah menutup penuh dahi lelaki tersebut.
"Dah siap kemas barang kau?" soalan Tengku Erman menyedarkan dia.
Dan kalut-kalut dia menjawab. "Ah..dah. Dah siap kemas dah. Cuma ada lagi satu luggage. Yang baru saya bawa balik tadi tak sempat nak kemas lagi. Nanti-nanti saya kemaskan." balas dia.
"Lagipun, lagi dua harikan tim saya nak pergi resort tengku. Jadi tak payah susah kemas dah." bicara Ayriana lagi
"Hmmm..okey." ujar Tengku Erman dan langsung lelaki tersebut berlalu pergi ke katil dengan mengeringkan rambutnya dengan satu tuala kecil putih.
Ayriana juga, turut berlalu pergi ke katil dan mengambil tepat di sisi satu lagi katil tersebut.
"Macam mana dengan hari kau. Hari ini? Okey?" soal Tengku Erman.
Perlahan Ayriana mengangguk. "Okey. Kalau abang macam mana?" soal dia berpaling dengan senyuman manis.
Tapi terlihat Tengku Erman tidak langsung menjawab melainkan. Kaku diam. Tapi tidak bereaksi.
Sampailah Ayriana tersedar sesuatu. Langsung matanya terjengkel meluas.
"Ah...maksud saya...abang eh! Silap. Tengku..tengku apa khabar hari ini macam mana?" kalut-kalut dia membetulkan apa yang baru dia katakan tadi.
"Maaf...saya dah terbiasa panggil Tengku abang depan ibu dengan abang Afril. Tersasul." sambung dia. Tersenggih kecil. Malunya!!
Namun reaksi wajah Tengku Erman yang kemudiaan itu, membuatkan wajah Ayriana berona merah bukan main.
Smirk! Ah! Handsome betullah mamat ni! Lagi-lagi bila dah lepas mandi. Tak boleh.. tak boleh handsome sangat ni!
"It's okey Ayriana. Aku suka kau panggil aku abang. Lebih rasa kita dah kahwin." ujar Tengku Erman.
Perlahan Ayriana menganggukkan kepala. Tapi dalam masa yang sama dia sudah beberapa kali menelan air liur.
'kenapa? Kenapa lelaki itu handsome sanga malam ni?'
Sedang dia berbicara dengan diri sendiri. Terdengar suara Tengku Erman menegur.
"Ayriana." panggil Tengku Erman lembut. Ahhh cair!
Tapi tetap Ayriana kekalkan reaksi wajahnya. "Hmmm?" gadis itu mengangkat kepala melihat kepada Tengku Erman.
Dan lelaki tersebut, di lihat bangun daripada duduknya dan berjalan melepasi katil dan mendekati lalu langsung duduk di hadapannya.
Tindakkan reflek Ayriana gadis itu mengeserkan diri kebelakang sedikit. Memberikan jarak di antara mereka.
"Ayriana.." panggil lagi lelaki tersebut dengan suara yang lembut serak basah tersebut.
YOU ARE READING
C | PEMILIK BAHAGIA MR. TENGKU
RomanceMenceritakan kisah tragis seorang lelaki bernama Tengku Erman Yang mengalami depresi setelah isterinya Kaseh Damia meninggal dunia akibat menyelematkannya daripada di tembak daripada musuhnya sendiri. "Kau kena terima kenyataan Erman... yang Kaseh...