BAB 16

3.7K 115 1
                                    

"Assammualaikum." ucap Ayriana kaki melangkah masuk ke dalam rumah banglo 3 tingkat tersebut sambil di tangan sedang mengjinjing beg kecil di tangan.

Seperti perbualan semalam setelah bergaduh-gaduh mulut dan berfikir-fikir akhirnya dia pulang juga ke rumah utama keluarganya itu.

"Wa..waalaikumsalam. Ha...balik juga anak bertuah ni. Aku ingat kau dah lupa jalan nak balik sini." perli Puah Dahlia yang tiba-tiba muncul entah darimana sudah menyergah Ayriana.

Mata di juling keatas sesungguhnya dia malas mahu melayan inilah sebabnya dia mahu balik ke sini belum duduk lagi melepaskan lelah sudah ada benda yang nak di gaduhkan!

"Huh..cantik bergaya ni nak pergi mana? Shopping lagi?" Ayriana melontarkan soalan yang semestinya tidak mahu kalah memerli wanita tersebut.

"Ish...ish...tak sudah-sudahkan. Habiskan duit ayah saya. Sudahlah tu habiskan duit ayah saya. Membazir amalan syaitan!" sambung dia lagi dan perkataan 'Syaitan' sengaja dia kuatkan. Memerli.

Dan seperti dugaan wanita di hadapannya itu mula meletop. "Hei! Apa yang kau sibuk sangat! Biarlah itu, duit suami aku. Suka hati aku lah nak buat apapun." bentak Puan Dahlia meninggikan suara kepada Ayriana yang jelasnya gadis tersebut hanya tersenyum sahaja. Tapi senyuman sinis!

"Duit ayah. Duit saya juga." balas Ayriana dengan senyuman manis tapi terlesit menyindir.

"Kaukan!"

"Dahlah! Apa..apa nak bagitahu dengan ayah yang saya biadab dengan mak cik? Bagitahulah. Saya tak kesah langsung." ujar Ayriana.

"Kau ni dengan mak kau sama ja! Biadab!"

"Sekurang-kurangnya ibu saya tak rampas suami orang lepas dah fitnah ibu saya yang ada lelaki lain!" bentak Ayriana kini sungguh hatinya mengelegak tapi dia masih cuba untuk bertenang.

Tapi senyuman sinis mak tirinya itu makin membuatkan hatinya mengelegak panas.

"Mana kau tahu pasal tu. Kalau tak ada bukti tak payah nak tuduh-tuduh aku. Okey." ucap Puan Dahlia dengan tenangnya.

Ayriana mengelengkan kepala malas mahu melayan kaeranah mak tirinya yang biol itu. Jadi dia mengambil keputusan untuk terus sahaja naik ke atas malas mahu berlama-lama makin lama makin nanti akan ada pergaduhan pula di sini.

Maka dengan itu, terus sahaja kakinya panjang melangkah kearah tangan untuk pergi ke arah biliknya yang berada di tingkat 3 tersebut.

Tapi tidak sempat dia mahu naik ke atas ada seseorang menegur membuatkan langkah kakinya terhenti ditempat.

"Eh...cik Ayriana balik. Tak bagitahu dekat mak itah pun nak balik." ucap Mak Itah kepada anak majikan yang seorang ini.

Apabila wanita sudah mendekati cepat-cepat Ayriana menyalam tangan Mak Itah dengan hormat.

"Balik mengejut mak Itah. Sengaja balik. Dah dekat 5 bulan tak balik. Biasalah busy kerja." balas Ayriana tangannya masih sahaja di dalam genggaman mak Itah umpama tidak mahu di lepas.

"Lah...yeke. Kenapalah tak bagitahu nak balik. Kalau tidak mak Itah boleh masakkan makanan kegemaran Cik." kata Mak Itah.

"Hmmm tak payahlah mak Itah. Tak payah susah-susah. Apa yang Mak Itah masak pun semua Ay makan." balas Ayriana. Mereka berbual seakan-akan mak tirinya tidak berada di situ.

Seketika Ayriana seperti melihat sekeliling ruang rumahnya. Sebelum berpaling semula kearah Mak Itah.

"Mana Ayah. Mak Itah?" soal Ayriana berbasi basian bertanya.

"Tuan Ahmid ada dekat luar negara. Outstation katanya. Minggu depan balik leh." jawab Mak Itah soal majikannya itu.

"Ohhh...Patutlah ada mem besar dekat sini. Sesuka hati nak tengking-tengking yang baru sampai tadi. Rupa-rupanya ayah tak ada dekat rumah." ujar Ayriana mata dijelingkan kearah Puan Dahlia.

Di lihat mak tirinya itu sudah terkulat-kulat seorang diri. Ha! Tahu takut! Sesungguhnya puan Dahlia seringkali akan hilang kata untuk membalas.

Dan kerna malas mahu berlama-lama alangkah baiknya jika dia naik ke atas dan berehat menghilangkan lelah sebentar setelah memandu hampir 35 minit dari rumah ibunya ke rumah utama keluarganya.

"Tak apalah Mak Itah. Saya minta diri dulu. Nak naik berehat sekejap. Penat." ujar Ayriana mengadu manja dan itu mengundang rasa meluat Puan Dahlia.

"Baik cik. Rehatlah dulu. Kalau lapar turun ye. Semua makanan baru je mak Itah masak." ucap Mak Itah sekaligus memesan soalan makanan.

"Okey. Mak Itah. Ay naik dulu ye." ujar Ayriana sebelum itu sempat dia mendengar suara Mak Itah berbicara.

"Yelah. Pergilah rehat Cik." ucap Mak Itah.

Dan setelah itu terus sahaja Ayriana sambung melangkah naik ke tingkat atas menggunakan tangga.

Buat sekali lagi, baru beberapa anak tangga dia melangkah jalannya di halangi oleh Aireen iaitu kakak tirinya itu.

Sama seperti mak titinya itu, Aireen juga berpakaian cantik lagikan seksa! untuk ke pusat membeli belah.

"Lama tak balik. Kau mimpi apa balik pula ni." jelas Aireen memperli si tuan badan dihadapannya itu.

Tapi Ayriana seperti tadi dia menghadapi Aireen dengan senyuman. Senyuman sinis! Dan seketika dia menjeling pandang kearah kakak tirinya itu.

Secara semula jadi wajahnya sudah berubah dingin. Lalu melangkah menghadapi Aireen yang jarak satu tingkat tangga tersebut.

"Ini rumah keluarga aku. Suka hati akulah. Bila masa aku nak balik sini." balas Ayriana.

"Jadi. Kau tak payah sibuk urusan orang. Tepi sikit!" dengan sedikit sahaja kekuatan Ayriana menolak bahu Aireen agar ketepi sedikit memberikan ruang untuk di jalan.

Setelah itu, terus sahaja Ayriana menyambung jalannya naik ke atas tanpa memperdulikan dua anak beranak yang sungguh menyakitkan hatinya sentiasa.

Sempat juga telinga Ayriana mendengar tengkingan dari ibu tirinya itu. "Biadab betul! Kenapa kau nak kena tolak anak aku!" sebegitu apa yang dia dengar.

Tapi kalau dah nama nya Ayriana Kyaiseh binti Ahmid sesungguhnya dia tidak akan pernah perduli.

Terus sahaja dia melangkah naik ke atas tanpa memperdulikan tengkingan dan jeritan selih berganti anak beranak tersebut. Malas mahu melayan!

C | PEMILIK BAHAGIA MR. TENGKUWhere stories live. Discover now