Sabtu 17. 09. 2021
Suasana ruang tamu rumah agam tersebut sungguh sunyi. Sehingga bunyi kipas yang berpusing sahaja boleh kedengaran dengan sangat jelas.
Tuan Ahmid dan yang lain-lain yang berada di ruangan yang sama turut terdiam di tempat masing-masing tidak dapat mengatakan apa-apa.
Masih dia teringat reaksi ayahnya apabila dia menyatakan ingin putus dengan Tengku Kamal.
Dan menunduknya bahawa dia yang menyebabkan mereka putus tunang ini.
Khamis 15. 09. 2021
"Putus tunang?!"
"Kenapa kamu berdua nak putus tunang?!" soal Tuan Ahmid.
Sangat tegas dan membuatkan Ayriana seram sendiri. "Sebab..."
"Sebaba apa? Kamu curang ye. Itu yang sebabnya nak putus tunang tu?!" hendik Tuan Ahmid.
"Ayah! Apa ayah cakap ni? Ayriana tak akan tergamak buat macam itulah." bela Afril. Yang sentiasa ada bersama adiknya.
"Alah..nak bela sangat adik tu. Padahal betul." celah Puan Dahlia. Menyindir.
"Hish perempuan ni!" angin Afril sudah mulai bangun.
"Afril Kyairil! Sit down! Hormat sikit mama Dahlia." ujar Tuan Ahmid.
Afril tersenyum sinis. Hormat? Hormat dengan perempuan yang dah tabur fitnah kepada keluarga kita sampai ibu ayah bercerai macam itu!" jerkah Afril yang sesungguhnya tahap ke sabaran senipis bawang itu.
Sesegera itu, Ayriana bangkit daripada duduk dan menarik abangnya agar duduk. Dia datang ke sini untuk memberitahu bahawa dia ingin putus tunang dengan cara baik.
"Ayah. Ay datang ke sini jumpa ayah sebab nak buat proses putus tunang secara baik. Ay nak jumpa keluarga masing-masing dan putus tunang secara baik. Itu sahaja." perjelaskan Ayriana.
"Habis itu. Kenapa kamu berdua tiba-tiba nak putus tunang? Cuba bagitahu ayah apa sebenarnya." ujar Tuan Ahmid.
Nafas di tarik lama dan di hembus berat. "Sebenarnya Kamal dah kahwin dengan perempuan lain. Dan Ay pun baru tahu masa dekat hospital." cerita Ayriana.
Wajah merah padam Tuan Ahmid itu tidak dapat di sembunyikan jelas menunjukkan bahawa dia sangat terkejut dan bercampur marah dengan apa yang terjadi.
Memori peristiwa 2 hari lepas mulai hilang dan kembali kepada masa kini. Iaitu keluarga masing-masing saling menghadap antara satu sama lain.
"Sekali lagi kami nak minta maaf pada keluarga Tuan Ahmid soal putus tunang Ayriana dengan kamal. Dan juga.." kata-kata Tengku Lamrol terhenti seketika.
"Dan juga soal perkahwinan kamal dengan Ayma." ujar Tengku Kamrol.
Yang sekali lagi membuat hati Ayriana terasa sakit. Sehinggakan Tengku Kamal dia hadapannya ini juga tidak dapat dia lihat kini.
Tengku Dahnia yang berada di sebelah Ayriana pantas berpaling kepada Ayriana. Dan mengenggam tangan gadis tersebut.
Di balas oleh Ayriana. Dia tahu kedua orang tua lelaki itu tidak bersalah. Mungkin ini perkara yang tidak di ketahui oleh mereka.
"Ayriana. Bonda minta maaf ya. Soal perkahwinan antara Kamal dengan Ayma. Kami pun baru tahu. Maafkan bonda lambat lagi bagitahu kepada Ayriana." ujar Tengku Dahnia. Tulus meminta maaf.
"Tak. Bonda. Bonda dengan ayah tak salah. Mungkin ini ada salah pada Ayriana juga. Maafkan Ay." balas Ayriana pula.
Sesungguhnya daripada hari di mana dia mengetahui soal Tengku Kamal sudah berkahwin tidak habis-habis dia menyalahkan diri menilai diri tidak sempurna untuk Tengku Kamal.
YOU ARE READING
C | PEMILIK BAHAGIA MR. TENGKU
RomanceMenceritakan kisah tragis seorang lelaki bernama Tengku Erman Yang mengalami depresi setelah isterinya Kaseh Damia meninggal dunia akibat menyelematkannya daripada di tembak daripada musuhnya sendiri. "Kau kena terima kenyataan Erman... yang Kaseh...