4 tahun kemudiaan....
Sambil berjalan banyak pancaran kamera serta mic di ajukan. "Saya ada soalan untuk Tengku Erman macam mana dengan geleri Tengku yang terkenal di resort milik Tengku tu? Dan saya tahu kebanyakkan isi dalam geleri tu terdapat lukisan seseorang. Dan mungkinkah itu penyebab tengku buka geleri tersebut?" nyata jurucakap.
Di majlis temu ramah dalam satu wawancara televisi yang di anjurkan daripada pihak astro.
Tengku Erman yang tetap segak walaupun sudah tumbuh penuh jambang yang makin lama makin melebat.
"Orang yang ada dalam setiap lukisan itu adalah isteri saya. Isteri kesayangan saya. Ayriana Kyaiseh. Dia orangnya." jawab Tengku Erman tanpa menutup-nutup lagi.
Tambahan dengan mata yang memandang tepat ke kamera yang merakam temu ramahnya itu.
Jika pada orang lain. Pasti itu hanya pandangan biasa. Namun tidak pada Ayriana yang sedang menonton.
Perbualan temu ramah itu terhenti di situ apabila ada seseorang menyapa.
"Hai...rindu cik abang ke cik puan Ayriana." tegur Dyra yang entah daripada datangnya tiba-tiba munculkan diri.
Kafeteria, Universiti Amsterdam, Belanda.
Ipad yang tadi dia gunakan untuk menonton temu bual tadi langsung di tutupnya dan langsung di letakkan di atas meja kafe tersebut.
"Mana ada. Saja tiba-tiba muncul dekat page youtube aku. Apa salahnya aku tengok." balas Ayriana. Baju sweater coklet cairnya di betulkan kedudukkannya.
"Amboi...banyak eh idea kau nak menjawab." ujar Dyra.
Dyra langsung mengambil tempat duduk di atas kerusi yang berhadapan dengan tempat duduk Ayriana duduk di kafe luar ini.
"Berapa lama lagi korang nak berpisah? Ini dah nak masuk 4 tahun tau Ay. Kau langsung tak balik Malaysia jumpa dia." ujar Dyra sudah memulai sesi bebelnya.
"Dan kau tak bagitahu langsung dekat mana kau sealam ni. Ig kau tutup. semua kau tak aktifkan." ujar Dyra. Lagi.
"Tapi kau tahukan. Mana ada tak bagitahu." balas Ayriana tenang.
"Memang lah aku tahu. Tapi kau tak kasi bagitahu dekat sesiapa. Yang kita still contact. Apa bezanya." ujar Dyra.
Seketika Ayriana melepaskan nafas pendek. Kemudiannya dia memandang kepada satu-satunya sahabatnya itu.
"Kau pun tahukan sebab aku buat semua ni?" nyata Ayriana.
Dyra tidak terus menjawab. Ya...Ayriana tidak perlu ungkapkan dan jelaskan. Kerna itu sudah terjelas pada 4 tahun yang lepas.
Di saat apabila wanita itu mengatakan mereka akan berpisah. Terkejut? Sangat! Sangatlah terkejut.
Kerna selepas sebulan daripada kes culikkan itu dia sendiri melihat hubungan Tengku Erman dan Ayriana baik-baik sahaja.
Dan paling jelas apabila Tengku Erman mendedahkan identiti Ayriana dan memperkenalkan Ayriana sebagai isteri lelaki tersebut secara rasmi di khalayak umum.
Sudah menjelaskan bahawa keduanya sudah berada di titik yang mencapai bahagia.
Namun dia silap. Setelah pengumuman serta majlis berlangsung keesokkan harinya mendapat berita bahawa keduanya membuat keputusan untuk berpisah.
Bukan bercerai yang di maksudkan. Namun berpisah untuk sementara. Apakah alasannya.
"Aku nak kitorang sama-sama lupakan kenangan lama. Move on dengan masa lalu. Dengan cara berpisah macam inilah yang terbaik untuk kitorang berdua." perjelas Ayriana.
YOU ARE READING
C | PEMILIK BAHAGIA MR. TENGKU
RomanceMenceritakan kisah tragis seorang lelaki bernama Tengku Erman Yang mengalami depresi setelah isterinya Kaseh Damia meninggal dunia akibat menyelematkannya daripada di tembak daripada musuhnya sendiri. "Kau kena terima kenyataan Erman... yang Kaseh...