Kereta perlahan-lahan masuk ke perkarangan rumah agam tersebut. Setelah kereta sudah terparking. Jam sudah menunjukkan pukul 5.35 petang.
Setelah bertemu dengan Tengku Firrah. Terus dia membuat keputusan untuk balik tepat pada waktu.
Jika tidak selalunya dia lah yang balik lambat antara semua. Tapi tidak untuk hari ini. Tidak habis-habis dia menangis saat pulang ke pejabat semula sebentar tadi.
Dan hari ini, jika malam ini dia mahukan jawapan sebenar daripada suaminya. Dia mahukan pengesahan.
Kepinggan gambar yang di berikan Tengku Firrah dia bawa keluar daripada tas tangannya.
Gambar sepasang pengatin yang cantik dalam persalinan putih bersih. Terlihat kedua-duanya tersenyum penuh bahagia.
Walaupun, wajah itu sama. Tapi tetap sakit padanya. "Ya allah..kuatkan aku.." rintihnya sendirian. Tanpa sedar air matanya jatuh setitis.
Tapi cepat-cepat dia kesat apabila dia perasan Fiq mendekati kepada keretanya.
Sesaat lelaki itu, mendekati. Dia sudahpun mengambil segala barangnya dan membuka pintu tapi di bantu langsung oleh Fiq.
"Cik puan. Bagi bag tu. Saya bawakan." ujar Fiq. Rutin biasanya.
Tapi kali ini, tidak Ayriana menghalang. Sebaliknya hanya membiarkan sahaja Fiq mengambil.
Tiada teguran apatahlagi senyuman, Ayriana langsung berlalu masuk seakan tiada perasaan.
Di muka pintu, seperti hari-hari selalunya. Pasti ada Mak Su yang menjemputnya pulang daripada kerja.
"Amboi. Awal hari ini. Kamu balik Ayriana." tegur Mak Su dengan penuh senyuman di wajah.
Ayriana diam seketika. Tidak langsung menjawab. Matanya yang layu melihat kepada Mak Su.
'Adakah mak su pun tahu tentang Qaseh Damia?' soalnya. Tanpa sedar tangannya di kepalkan.
Tapi dia membalas dengan senyuman kecil. "Hmmm...Ay tak berapa sedap badan sangat mak su. Ingat nak balik awal lagi. Tapi ada kerja tak settle. Sebabtu balik awal sikit. Kerja settle awal." balas dia.
"Yeke. Demam ke?" sesaat Mak Su mendekati. Tubuhnya automatik bergelak mengelak.
Dan tindakkan wanita tersebut langsung terbantut. Ada rauk kecewa. Tapi hatinya yang sedang berbelah bahagi ini membuatkan dia bertindak begitu.
"Mak Su. Ay naik dulu. Makan malam nanti. Ay turun sendiri makan. Mak su atau yang lain tak payah panggil. Ay nak rehat kejap." beritahunya.
Tanpa menunggu balasan Mak Su langsung sahaja dia berlalu pergi naik ke atas.
Sementara di bawah Mak Su terkaku masih memandang ke atas tangga yang Ayriana lalui tadi.
"Ya allah. Apa yang tak kena dengan Ayriana ni?" soal dia sendirian. Sungguh dia rasa tidak sedap hati.
"Ya allah...tolong jauhkan Ayriana dari benda-benda yang buruk ya allah. Aku bermohon pada mu." doa Mak Su. Setelah itu langsung berlalu pergi masuk ke dalam dapur semula.
*************
Ke sana ke sini dia selongkar rak baju Tengku Erman. Dia yakin kotak hitam yang dia lihat pertama kali itu lain daripada kotak yang pernah Tengku Erman tunjukkan kepada dia.
"Mana kotak hitam tu?" soalnya. Sudah hampir 30 minit dia mencari di tempat yang sama. Tapi masih tidak dia temui kotak hitam pertama yang dia lihat itu.
"Fikir Ay...fikir." sementar dia melihat kepada jam dinding di bilik persalinan mereka itu.
Jam sudah menunjukkan pukul 6:20 petang. Masih ada banyak masa untuk dia mencari.
Dia di beritahu oleh Tengku Erman melalui pesanan ringkas di aplikasi whatsapps bahawa penerbangan lelaki itu sampai ke Kuala Lumpur sekitar pukul 8 malam.
Sekali lagi dia melihat kepada sekelilingnya. Dia dapat rasakan kotak tersebut memang ada di sekelilingnya sahaja tidak jauh.
Dia berundur dan melihat pada sekeliling. Sedang dia cuba mengingati di mana-mana. Matanya tertancap kepada satu objek yang menarik perhatiannya.
Dia mendekati. Salah satu almari milik Tengku Erman. Ada satu laci almri dengan kepala pemegangnya lain daripada yang lain.
Oleh kerana rasa ingin tahu dia menarik sehingga laci yang tidak berkunci tersebut terbuka.
Kosong. Tiada apa-apa isi di dalamnya. Tapi itu tidak membuatkan dia mengalah. Dia masukkan tangan kedalam tangannya menjala ke sana sini di dalam laci tersebut.
Sesaat dia mahu menarik balik tangan keluar, tiba-tiba terlapak tangannya menyentuh sesuatu di dalam laci tersebut.
Dia menunduk sedikit badan untuk melihat isi di dalam almari tersebut. Ada satu seperti satu pintu kecil.
Langsung sahaja dia menolak ke tepi lalu memperlihatkan isinya. Serta merta matanya terbutang.
"Kotak hitam tu." cepat-cepat dia mengambil dengan penuh usaha.
Dengan berhati-hati dia keluarkan dan menutup semuanya kepada keadaan semula.
Tiada menangguh-nangguh lagi terus sahaja dia membuka penutup kotak hitam tersebut.
Sesaat membuka penutup tersebut, jantungnya seakan mahu tercabut daripada tanggainya.
Kotak yang sama tapi isinya jauh berbeza daripada isi kotaknya Tengku Erman pernah perlihatkan kepada dia.
"Tak mungkin...jadi Tengku Firrah tak cakap kosong." ujar dia.
Telihat ada beberapa kepinggan gambar semuanya gambar Tengku Erman dengan wanita tersebut dan ada juga gambar yang Tengku Firrah berikan sama persis.
Setiap kepinggan gambar ada barisan ayat serta tarikh di situ serta di sebalik itu ada sebuah buku kulit ukuran sedikit kecil daripada kotak tersebut.
Kotak di letakkan di atas lantai dia duduk membuka buku tersebut untuk membaca isinya.
Di catatan pertama pun dia sudah menitiskan air mata. Sehinggalah ke catatan terakhir 5 tahun lepas.
"Ya allah. Apa semua ni?!" ujar dia. Mulai menangis lagi. Dan lagi.
Dinding dadanya terasa sempit. Tangisannya makin lama makin lebat tanpa suara itu sangat menyakitkan.
YOU ARE READING
C | PEMILIK BAHAGIA MR. TENGKU
RomanceMenceritakan kisah tragis seorang lelaki bernama Tengku Erman Yang mengalami depresi setelah isterinya Kaseh Damia meninggal dunia akibat menyelematkannya daripada di tembak daripada musuhnya sendiri. "Kau kena terima kenyataan Erman... yang Kaseh...