BAB 98

5.1K 225 12
                                    

Perlahan-lahan pintu bilik Ayriana di buka daripada luar. Nasib baiklah wanita itu tidak mengunci pintu setelah masuk ke dalam bilik.

Pertama kepala menjengah melihat kepada keadaan bilik yang gelap-gelita tersebut. Namun matanya pantas sahaja sudah dapat melihat isterinya berada.

Terlihat susuk tubuh yang hitam di balik sahaja bulan tersebut sedang membelakanginya dan menghadap ke hadapan luar tingkap.

Sudah pasti isterinya itu sedang termenung. Dengan bacaan bismillah Tengku Erman melangkah mendekati.

"Ay...kenapa duduk dalam gelap ni. Abang bukakan lampu ye." ujar Tengku Erman. Manu tiada respon daripada Ayriana.

Tapi tidaklah Tengku Erman turuti Ayriana sama berdiam. Dia melangkah mendekati kepada suis lampu di sisi katil bilik tersebut dan dengan satu sentuhan ruang bilik tidur yang tidak kurang luas dengan bilik mereka di banglonya itu terang benderang.

Sesaat dia berpaling melihat kepada keadaan Ayriana bertapa sakitnya jiwanya melihat Ayriana tidak sudah-sudah mengalirkan air mata dengan termenung seperti orang yang sudah melayang jiwanya.

Pelan-pelan dia mendekati kepada Ayriana dan mengambil duduk di samping katil sebelahan dengan Ayriana.

"Ay..bersihkan diri jom. Seharian Ay tak kena air. Segar sikit kalau dah mandi." ujar Tengku Erman. Memulai perbualan mereka.

"Kalau dengan mandi boleh bawa semua beban saya pergi. Saya nak. Tapi buat masa sekarang saya tak nak." sekejap dia berpaling kepada Tengku Erman diri sisi dengan air mata masih tergantung-gantung di birai mata.

"Sebab semua tu tak akan terjadi. Sia-sia." sambung dia. Setelah itu dia kembali berpaling ke hadapan semula.

Kerongkong menelan air liur dengan payah. Sedetik kepalanya tertunduk ke bawah.

'Ya allah...kalau inilah balasan kerana aku sudah merahsiahkan kisah ku daripada dia. Dan menyakiti dia. Aku akan terima.'

"Abang rindukan Ayriana Kyaiseh yang dulu. Yang suka ketawa. Suka tersenyum." ucap dia tidak lama setelah terdiam seketika.

Dan langsung di balas oleh Ayriana. "Ayriana Kyaiseh yang awak kenal dulu tu dah hilang." ucap dia. Dengan air mata yang makin lebar menitis.

Namun nada suaranya kekal beku. "Dan mungkin kalau hal sebelum ini terjadi lagi. Ayriana Kyaiseh itu akan terus mati." sambung Ayriana.

Terus-terusan membuat Tengku Erman hilang punca untuk membalas ucapan gadis tersebut.

Saat Tengku Erman terdiam. Dia tahu lelaki itu sudah kehabisan kata untuk di balas. Dia berpaling semula ke hadapan melepaskan nafas yang entah keberapa kali.

Dan itu tidak mungkin akan melepaskan perasaan sedihnya jauh-jauh.

Tengku Erman kekal memandang kepada Ayriana. Dia ingin memeluk tubuh tersebut. Namun dia tahu tidak akan mungkin. Gadis itu pasti tidak menyukainya.

Seketika matanya melihat kepada sepucuk sampul surat coklet yang berada di tangan kanan Ayriana tersebut.

"Sampul surat apa tu?" nyata lelaki itu. Mulai berbicara semula dengan topik perbualan yang lain.

Dan Ayriana tetap menjawab. "Tadi along bagi. Minta saya baca. Surat ni...." seketika ayatnya tergantung.

Hatinya yang gunda ini makin terasa gundanya. 'Ya allah kuatkan aku.' pinta dia.

"Surat...yang ayah...ayah tinggalkan untuk saya." jawab dia walaupun terasa sungguh tidak mampu terucap.

Tengku Erman makin mendekati jarak anatara mereka. "Ay dah baca?" soal dia. Melihat kepada Ayriana yang masih menangis dia seakan menyangka yang Ayriana sudah membacanya.

C | PEMILIK BAHAGIA MR. TENGKUWhere stories live. Discover now