BAB 73

3.4K 124 10
                                    

"Ayriana. Tuan Hafizz panggil." beritahu Nad mendekati kepada mejanya itu.

Ayriana mengangguk kecil. "Okey." balas dia. Dan setelah itu terus sahaja berlalu pergi meninggalkan meja kerjanya.

"Job lagi lah tu." rungut Fattah menolak keluar diri daripada tempat duduknya.

Ayriana mengelengkan kepala. "Hai mengeluh..job pun rezeki kau! Tak ada job nak dapat bonus pun susah." Ayriana mula membebel.

"Betul tu cakap Ay. Kau ni. Fattah. Mengeluh. Bukannya kau yang hadap job tu dulu.

"Cik Ayriana kita yang hadap...kita ni kerja langsai sekali." ujar Naim mencelah. Dan mereka semua mengangguk setuju.

"Yelah...yelah...aku tahu." ujar Fattah sudah mencebik seperti budak kecil.

Dan itu, membuatkan mereka yang berada di situ tergelak kecil dengan kelakuan Fattah yang tidak habis-habis seperti anak kecil.

"Dahlah..dah..aku cau dulu. Tunggu lama pula boss kita tu. Dia marah aku siap korang." cepat-cepat tangannya meluku kepala Fattah yang berada paling dekat dengan dia.

"Aduh! Sakitlah!" adu Fattah. Setelah itu. Cepat-cepat Ayriana berjalan pergi meninggalkan mereka semua.

Seiring dengan itu, telinganya masih mendengar gelak ketawa daripada mereka.

Tok..tok...langsung Ayriana ketuk pintu pejabat Tuan Hafizz setelah sampai di hadapan pintu lelaki tersebut.

Apabila telinganya mendengar suara Tuan Hafizz memberi kebenaran untuk masuk terus sahaja dia memulas tombol pintu dan berlalu masuk ke dalam.

"Boss. Cari saya ke?" soal Ayriana. Menyapa dengan soalan itu.

Tuan Hafizz yang tadi sedang ralit melakukan kerjanya langsung mengangkat wajah memandang kepada Ayriana dengan senyuman.

"Jemput duduk cik Ayriana. Ada job baharu untuk awak." ujar Tuan Hafizz dengan senyuman.

Ayriana yang sudah dapat menjangka hanya tersenyum dan melangkah mendekati ke meja lelaki tersebut dan langsung mengambil tempat duduk di atas kerusi berhadapan dengan Tuan Hafizz.

Sesaat dia duduk. Telihat satu fail berwarna hitam nipis di tolak kepada dia.

"Ini fail beberapa data penting yang awak perlu tahu tentang client kali ini." seiringan Tuan Hafizz menjelaskan beberapa perkara lain Ayriana membuka fail tersebut membaca isi kandungan di dalam fail tersebut.

"Tengku Firrah Mellya Tengku Farid." sebut dia.

"Dia anak perempuan sulung keluarga Tengku Farid. Salah satu jutawan ternama di Malaysia. Tak kurang hebat dengan Tengku Erman juga." ujar Tuan Hafizz.

Tanpa sedar membuatkan Ayriana tersenyum. Dia tersenyum tidak mempercayai lelaki yang merupakan jutawan muda tersebut sudah menjadi suaminya.

"Apa yang Tengku Firrah request?" soal Ayriana. Dia membelek juga helaian demi helain.

"Tengku Firrah minta untuk buat rekaan pada satu ruang bagunan yang dia sudah siapkan. Nak kita buatkan hiasan reka bentuk dalamnya." balas Tuan Hafizz.

Dan lanjutkan lagi, memberi infomasi tentang beberapa permintaan Tengku Firrah tersebut.

"So..lebih kurang macam itulah. Awak boleh buatkan?" soal Tuan Hafizz. Walaupun ini, sah-sah tugas yang Ayriana tetap akan ambil.

Tapi tetap dia ingin mengetahui apa yang gadis ini ingin suarakan. Dia juga tidak mahu memaksa perekrja-pekerjanya.

Lagipun, bukan dia tidak ada pekerja terbaik sama seperti Ayriana. Tapi baginya Ayriana adalah yang terbaik antara yang terbaik.

C | PEMILIK BAHAGIA MR. TENGKUWhere stories live. Discover now