BAB 53

3.2K 151 13
                                    

Mundar mandir dia berjalan di dalam biliknya sendiri. Sejak bergaduh mulut dengan Ayriana tidak habis-habis bayangannya muncul Qaseh.

Tanpa dia jangka matanya dapat melihat Qaseh muncul di dalam diri Ayriana.

Serta kata-kata balasan daripada Ayriana apabila dia marah gadis itu jangan bicara soal mati di hadapannya.

"Tengku soal hidup dengan mati itu takdir allah. Rahsianya. Kita sendiri tak boleh tahu bilakan kita akan mati. Macam semalam. Kalau memang takdir saya mati kena tembak dengan mereka sekalipun. Sekurang-kurangnya saya tahu. Saya mati dalam keadaan syahid"

"Dan Tengku kena tahu. Kalau kita hadapi kematian orang yang paling kita sayang sekali pun. Kita kena redho dan mengikhlaskan. Redho dengan ketentuan allah. Kun faya kun. Kalau jadi maka jadilah. Kita tak boleh selamanya salahkan takdir. Itu ketentuannya." sambungnya.

Seketika dia beristifar.

"Qaseh...kenapa Qaseh boleh muncul dalam diri Ayriana Qaseh?" soal dia.

Ruangan bilik yang gelap ini dia lalui sehinggalah dia berdiri di satu daun pintu lain di dalam bilik tersebut.

Dengan mengunakan scan cap jari pintu tersebut automatik boleh di buka. Pintu di pulas perlahan-lahan.

Ruang bilik yang sedikit kecil dari bilik utamanya. Dekorasi yang di penuhi dengan sepahnya warna-warni cat di merata-rata.

Dia melangkah lebih dekat ke dalam ruang ini. Ruang yang dia sudah tinggalkan beberapa tahun sebelum ini.

Langkah makin melangkah. Dia berhenti di satu sudut ruang yang terdapat beberapa kanvas yang sudah di lukis.

Dan satu kanvas besar yang masih terpasang di atas kayu pemyokong papan lukisan itu.

Separuh siap. Tapi dia tahu siapa yang dia lukis.

"Qaseh..." seru dia.

Tangan menyentuk lukisan tersebut. Seakan dia dapat menyentuh wajah tersebut secara nyata di hadapan wajahnya sekarang.

Tanpa sedar air matanya jatuh daripada tubin hujung mata. Dada terasa sesak. Sebu segalanya.

Dia masih boleh mendengar suara Qaseh yang sedang ketawa. Ketawa dengan lukisannya yang banyak di lukiskan wajah wanita tersebut.

"Cantik abang lukis..." ujar Qaseh. Suara yang lembut.

Dia yang daripada jauh memerhati hanya tersenyum suka. "Semua itu lukisan muka Qaseh. Mestilah lukisan tu cantik." ujar Tengku Erman.

Terlihat wanita tersebut berpaling dengan rambut panjang melepasi pinggang tersebut.

Tersenyum manis sehingga menampakkan eyes smile wanita tersebut yang sangat istimewa baginya.

"Kalau abang lukis wajah perempuan lain. Lepas Qaseh tak ada. Qaseh izinkan." satu ayat yang keluar daripada Qaseh.

Membuatkan senyuman Tengku Erman mati serta merta.

"Kenapa Qaseh kena cakap macam itu?" soal Tengku Erman jelas daripada nada suaranya bahawa tidak suka dengan kata-kata yang keluar daripada isteri kesayangannya itu.

Namun wanita itu tersenyum seperti tadi. Seakan tiada apa-apa hal yang terjadi.

"Abang. Kalau nanti Qaseh dah tak ada. Jangan berhenti melukis. Kalau ada wanita lain yang dapat pegang hati abang semula selepas Qaseh. Qaseh nak abang sayangkan dia lebih daripada abang sayangkan Qaseh lepas Qaseh dah tak ada nanti." ucap Qaseh.

Ayat terakhir sebelum semuanya berlaku dan wanita kesayangannya itu tetap pergi walaubagaimana macam mana pun dia berusaha untuk dia kekal bersama.

Itu mustahil untuk manusia biasa sepertinya.

"Qaseh..." sekali lagi nama itu di seru. Dan segalanya kembali normal.

Tiada keadaan bilik yang terang dengan cahaya. Melainkan gelap muram dari cahaya lampu kecil sahaja.

Tiada kedengaran bunyi gelak ketawa daripada bibir mungil milik Qaseh lagi melainkan sunyi sepi memenuhi ruang bilik ini.

Seketika Tengku Erman kembali termenung. Terlampau banyak memori di sini yang tidak dapat dia lupakan dengan mudah.

Kerana semua itu, dia hanya mampu menyimpan tidak sanggup membuang.

"Qaseh...abang rindukan Qaseh. Sayang." sebutnya.

Rintisan air mata tidak lagi dapat dia bendung.

**********************

Sedang Ayriana membelek-belek buku-buku yang ada pada meja kopi ruang tamu utama tersebut.

Tiba-tiba dia terlihat ada huluran tangan iaitu sebuah kotak bersaiz sederhana besar. Seperti kotak telifon.

Pantas dia mengangkat wajahnya ke atas. Mata di sapa dengan wajah Tengku Erman yang 100 kali dingin tersebut.

Aik. Marah lagi ke pasal kes baru terjadi tadi?

Tapi dapatnya beralih kepada kotak itu semula. Dan saling berganti memandang Tengku Erman yang dengan selambarnya mengambil duduk di satu lagi sofa berdekatan dengan dia.

"Apa ni?" soal Ayriana. Stright for it.

"Telifon baru untuk kau. Dalam itu ada sim kad yang aku letak nombor lama kau. Jadi kau tak payah risau nak susah-susah." balas lelaki tersebut.

Masih sahaja dengan wajah bekunya itu. 'Apa pasal ni?' tak kan sebabkan dia degil dan turun ke bawah lelaki di hadapannya ini boleh jadi dingin serta merta.

"Tak apalah tengku. Saya boleh beli sendiri. Lagipun saya tak nak terhutang budi lagi. Cukuplah semalamnya punya kes saya tak balas lagi." tolak dia.

Kotak berisi telifon yang di beli lelaki itu di biarkan tidak di ambil. Semalam punya kes lelaki itu selamat kan dia pun belum dia balas inikan pula nak ambil telifon yang lelaki itu beli.

No! Itu sudah jadi pantang larang dia mengambil pemberian seseorang lagi-lagi seseorang yang telah banyak membantunya.

"Kalau macam itu. Kau boleh balas budi aku sekarang." ujar Tengku Erman langsung Ayriana berpaling.

"Huh? Apa maksud Tengku?" serius dia tidak fahami.

Buat beberapa juta kali mereka berpandangan antara satu sama lain. Ayriana menanti dengan sabar.

Manakala Tengku Erman dengan wajah tenang tapi aura dinginnya meluap-luap keluar daripada diri lelaki tersebut.

"Kahwin dengan aku."

"WHAT!" serta merta Ayriana bangun daripada duduknya.

Mata tepat memandang kepada Tengku Erman yang masih tenang memandang kepada dia sambil duduk.

Suasana yang sudah jelas tegang makin tegang dengan kenyataan yang keluar daripada mulut lelaki tersebut.

Dada mulai berdebar makin laju dan laju. Dengan pandangan mata lelaki itu, yang dingin tidak langsung menunjukkan lelaki itu bergurau.

"Aku tak minta benda lain. Ayriana Kyaiseh." tengku Erman bangun. Ayriana mulai berundur ingin menjauh.

"Let's get married. Ayriana Kyaiseh. Everything well be settle it." ujar Tengku Erman tidak ada ragu-ragu.

Itu membuat hati milik Ayriana makin tidak henti-henti berdetak. Bak gila!

C | PEMILIK BAHAGIA MR. TENGKUWhere stories live. Discover now