"Auch! Ah...sakit...sakit..." adu dia. Apabila cecair alkohol tersebut menyentuk kawasan kulitnya yang melecur tersebut. Perit rasanya uhhh...tak. Boleh. Bincang!
Tengku Erman yang merawat tidak memperdulikan langsung malah melakukan seperti tiada perasaan!
"Auch! Sakit!" adu dia sekali lagi. Sakitnya!!!
"Kau diam boleh. Memanglah sakit. Dah luka melecur kau teruk! Tahan sikit." ujar Tengku Erman tegas. Huh! Tiada perasaan langsung!
Dan Ayriana hanya mampu mengunci mulutnya sahaja. Takut-takut lelaki itu akan membuat kerja gila memanggil semua orang di dalam ruamh tersebut.
"Kau buat apa tengah-tengah malam ni? Makan?" soal Tengku Erman masih merawat bahagia kaki yang melecur tersebut.
"Tak nampak lagi ke? Dah saya masak maggie sampai tertumpah tu. Mestilah saya nak makan." jawab Ayriana. Sungguh mulutnya ringan menjawab dengan mulut lezernya.
Yang anehnya lelaki itu tidak marah langsung yelah selalunya orang yang tegas dan mementingkan kehormatan bercakap ini akan 'murka' tapi tiada berlaku kepada Tengku Erman lelaki itu tenang merawat.
"Yang Tengku. Bila tengku balik? Saya tak dengar pun bunyi kereta masuk." nyata Ayriana.
"Dah kau syok memasak. Sampai kan aku yang dah berdiri dekat 3 minit dekat situ pun kau tak perasan. Macam dalam dunia sendiri." sempat lagi lelaki tersebut mengutuk dia! Terkena diri sendiri.
Sabar Ayriana. Tidak di sebabkan kau client pentingnya. Dan dia adalah satu-satu orang yang sangat-sangat di harapkan oleh Tuan Hafizz. Terpaksalah dia bersabar lebih!
"Saya lapar." kata dia
"Masak maggie sahaja." balas Tengku Erman.
"Habis tu. Tengku ingat waktu-waktu macam ini saya ada masa nak masak benda berat-berat? Masak apa nasi ayam? Nasi bryiani? Nasi daging masak merah??" nyata dia segala jenis nasi berlaku di sebutnya.
Tiba-tiba Tengku Erman mengangkat wajahnya sama aras dengan Ayriana memanahkan anak mata tajam kepada dia.
Serta merta mulut dan suaranya terkunci bagaikan tidak pasti untuk membuka memlas lagi. Aduh seram betul!
Tambahan dengan keadaan mereka sekarang itu lebih menambah keseraman didalam diri dia.
"Kau ni memang kuat menjawabkan. Mulut tu banyak sahaja idea nak membalas." ujar Tengku Erman. Dan kembali kepada merawat kakinya itu.
Ayriana memucungkan bibir. 'Eh...membebel macam orang tualah mamat ini!' kutuk dia sambil mata masih memerhati perbuatan lelaki tersebut.
Merawat menyapu ubat tahan sakit serta mengoleskan pula minyak gamat ke kesan lecurnya setelah itu membalut dengan kain pembalut kasar.
"Eh...tengku. Kenapa nak kena balut bagai?! dah sapu ubat tahan sakit dengan minyak gamat tu cukup lah." beritahu dia.
"Diam." tidak lelaki itu perduli. Dia masih sahaja membalut dengan khidmat berhati-hati.
Ayriana ingin sekali lagi membantah. Namun mulutnya seakan di halang dan juga suaranya seakan tersekat. Apa yang mampu dia buat hanya diakan diri sahaja.
"Kau makan malam ke tadi?" soal Tengku Erman setelah selesai membalutkan kaki Ayriana.
Ayriana mengangguk. "Makan. Tapi sikit." jawab dia. Entah mengapa dia hendak jujur.
"Kenapa? Kau rindu seseorang. Sampai tak lalu makan." soal Tengku Erman kembali.
Haa...ha...nak mula dahlah tu? Entah mahu kata yang aku tak lalu makan sebabkan dia.
YOU ARE READING
C | PEMILIK BAHAGIA MR. TENGKU
RomanceMenceritakan kisah tragis seorang lelaki bernama Tengku Erman Yang mengalami depresi setelah isterinya Kaseh Damia meninggal dunia akibat menyelematkannya daripada di tembak daripada musuhnya sendiri. "Kau kena terima kenyataan Erman... yang Kaseh...