BAB 64

3.3K 138 6
                                    

Jika orang lain yang sudah berkahwin, pastinya sudah membuat rancangan banyak perancangan untuk berbulan madu ke tempat impian untuk pergi bersama.

Tapi itu, tidak terjadi kepada mereka berdua. Setelah seminggu menikah mereka pun sudah memulakan kerja seperti biasa.

Perlahan-lahan bagasi besar beroda tersebut di bawa turun. Seketika dia melihat kepada rumah agam tiga tingkat tersebut.

Tempat pertama mereka bertemu setelah dua kali pertemuan tanpa sengaja mereka tersebut.

Dan kini, menjadi tempat tinggal dia sebagai isteri kepada lelaki bernama Tengku Erman yang dia nikahi.

Seperti seminggu lepas, setelah selesai akad nikah dan tidur di rumah keluarga lelaki tersebut sehari.

Tengku Erman meminta untuk dia berpindah barang dan mulai tinggal dengannya di rumah ini.

Dan apa yang dia buat sekarang. Apa yang sedang di lakukan memindahkan barang sedikit demi sedikit keluar daripada rumah ibunya.

Tidak banyak, dia hanya membawa perkara-perkara yang dia perlukan sahaja. Selebihnya dia akan menambahkan sendiri.

Dan kerana selama seminggu lelaki itu terpaksa sibuk sendiri. Dia juga berdikari melakukan semuanya sendiri.

"Puan Ay. Saya tolong bawakan." ujar Fiq muncul lalu mengambil bagasi gadis tersebut.

Walaupun Ayriana menghalang dan mengatakan tidak apa-apa. Namun lelaki itu, tetap enggan menurut.

Dan Ayriana lah yang terpaksa menurut. Orang nak tolong kenapa pula dia mahu menolakkan.

"Terima kasih Fiq." ucap Ayriana.

"Sama-sama." balas Fiq. Dan lelaki itu, kini makin santai dengan dia. Tidaklah kaku seperti sebelum ini.

Setelah itu mereka melangkah memasuki rumah tersebut. Fiq dengan bagasinya. Dia pula dengan bag laptop serta tas tangan dia.

"Assammualaikum.." ucap dia setelah mashuk melepasi pintu utama tersebut.

Dan di hadapannya sudah terpacak Mak su yang menyambut kepulangan dia.

"Waalaikumsalam. Dah balik Ayriana." sambut Mak Su. Wajah tua tersebut jelas manis menyambut kepulangan wanita tersebut.

"Dah..." ujar Ayriana. Automatik memeluk wanita tersebut. Di sambut baik oleh Mak su. Dengan tawa masing-masing berada bersama mereka.

Sejak gadis tersebut, telah rasmi menjadi isteri kepada Tengku Erman. Kehadiran gadis tersebut di rumah ini juga membawa kecerian.

"Uh..Ay dah makan ke?" soal Mak Su.

Pelukkan di leraikan. Dan dia mengelengkan kepalanya dengan manja.

"Tak lagi." balas dia sambil mengosok perutnya yang nipis tersebut.

Dan sekali lagi, membuatkan mereka yang ada di sana tertawa kecil.

"Dah. Ay pergi naik atas. Mandi solat semua. Lepas itu, turunlah bawa. Makan malam mak su dah sediakan." beritahu Mak Su.

'Yes! Ini yang sayang mak su ni! Ay pergi naik atas dulu okey!" ujar Ayriana. Riang dia berjalan naik ketingkat atas masuk ke bilik dan mandi.

Sementara mereka yang berada di bawa tertawa sesama mereka. Terhibur hati dengan perangai ceria Ayriana tersebut.

Memang perceria suasana di rumah ini, sekaligus membuat mereka makin selesa berada di dalam rumah ini.

"Hmmmm...sedapnya Mak Su!!" puji Ayriana.

C | PEMILIK BAHAGIA MR. TENGKUWhere stories live. Discover now