BAB 80

4.8K 154 15
                                    

"Assalammualaikum ibu Ay dah balik.." ucap dia. Setelah selesai membawa masuk kasutnya masuk ke dalam almri kasut di samping pintu utama rumah tersebut.

Sejurus masuk dia di sambut salam oleh ibu yang berada di ruang tamu sedang menonton televisi.

"Waalaikumsalam. Ah balik dah adik." sambut Puan Salwah. Tersenyum manis kepada anak perempuannya itu.

Tidak langsung menjawab terus Ayriana mendekati kepada ibunya dan tangan di hulurkan untuk bersalam dengan wanita tersebut.

Dan huluran tangannya di sambut baik oleh ibu. Setelah tangan sama-sama di leraikan. Langsung dia berlalu masuk ke dalam.

Sebelum itu, dia memberitahu terlebih dahulu. "Ibu. Adik masuk bilik dulu okey. Penatlah. Nanti lepas solat isyak adik turun makan. Ibu tak payah tunggu okey." beritahunya. Senyuman semanis mungkin dia berikan kepada sang ibu.

"Hmmm..yelah. Berehatlah. Hilangkan penat kamu tu dulu." balas Puan Salwah.

Dan Ayriana hanya menaganggukkan kepala sahaja. Tidak menunggu lama. Langsung sahaja dia berlalu masuk ke lorong menuju ke biliknya.

Sejak semalam hingga ke hari ini. Tidak dia rasa seletih hari-hari lainnya. Fikirannya tidak langsung jauh-jauh daripada memikirkan tentang hal semalam.

Semuanyan berlaku hanya dalam sehari. Telah membuatkan hubungannya tidak baik-baik dengan Tengku Erman tika ini.

Manakala. Puan Salwah di luar. Tidak habis-habis menjengah ke lorong menuju ke bilik-bilik tersebut.

Risau dia apabila tiba-tiba teringatkan kejadian tengah malam tadi. Tidak di beritahu dahulu atau apa-apa.

Terdengar ada seseorang masuk ke dalam rumahnya. Sesaat menjengah rupa-rupanya Ayriana yang balik. Hanya Ayriana.

Saat bertanyakan kenapa balik seorang dan di mana menantunya. Dan jawapan Ayriana ringkas.

"Abang Erman. Ada kerja lagi dekat luar negara. Bosan sangat dekat sana. Tu yang Ay balik sini. Bolehlah bermanja dengan ibu." jawab dia sambil memeluk eratnya.

Tapi di dalam hatinya, dapat rasakan sesuatu yang berlaku di rumah tangga anak menantunya. Namun, mahu bertanya lanjut. Dia sudah cukup kenal anak perempuannya satu ini.

Akan berahsia. Dan sedikit di tekan. Gadis itu akan menghilangkan diri. Itu pernah terjadi sesaat dia pernah saat setelah di bercerai dengan bekas suaminya itu.

Sifat Ayriana yang ceria sudah hilang. Dan di gantikan dengan diri yang pemarah serta suka memendam rasa.

Pernah satu ketika. Dia marahkan Ayriana dan memaksa dia memberitahu dengan siapa abangnya bergaduh. Tapi Ayriana langsung tidak mahu membuka mulut.

Sehinggakan suatu keadaan yang membuatkan tekanan. Pada hari yang sama Ayriana akan menghilangkan diri.

Nasibnya, di jumpai. Sedang duduk diam di dalam gelongsor taman permainan di kawasan perumahan tersebut.

Sejak saat itu, dia seringkali berhati-hati untuk bersoal jawab dengan Ayriana. Jika tidak mengena emosinya. Mungkin bakal lagi jauh.

Tanpa sedar dia menghelakan nafas. "Apapun yang terjadi dalam perkahwinan kamu. Ibu akan selalu ada untuk adik." bicaranya seorang diri.

Dan terus sahaja dia lanjut menonton televisi sebelum memasak makanan malam.

Memandangkan Afril tidak ada di sini keranakan tugas. Maka dengan itu. Hanya adanya dan Ayriana.

Jadi tidaklah rugi padanya kalau masak sikit sahaja. Kerana dia kenali anak bongsunya yang satu itu. Makannya kurang.

Sementara Ayriana yang telah masuk ke dalam biliknya. Langsung meletakkan tans tangannya di atas meja belajarnya.

C | PEMILIK BAHAGIA MR. TENGKUWhere stories live. Discover now