BAB 52

3.6K 133 8
                                    

Dalam kaki yang masih terjengkek-jengkek Ayriana berjalan. Susah payah dia menyeludup keluar daripada biliknya setelah hampir seharian berkurung di dalam bilik.

Saat melihat ke ruang tamu tiada sesiapa yang berkeliaran. Clean!

Dengan sepantas dengan berhati-hati Ayriana berjalan. Dia ingin pergi ke dapur. Mungkin sekarang ini mak Su sedang memasak.

Al-maklum sudah mahu masuk waktu tengah hari. Tiba-tiba dia terfikirkan Tengku Erman.

Kali terakhir bertemu adalah pada pagi tadi. Itupun, mereka bergaduh kecil.

Setelah itu lesap sehingga dia tersedar daripada lenanya.

"Lantaklah Ay. Dia kan memang suka menghilang. Nak ambil tahu tak guna." bisik dia pada diri sendiri.

Dia melangkah ke ruangan dapur utama. Bingo! Tepat tekaannya terlihat Mak Su sedang sibuk di dapur bersama seorang pembantu rumah lainnya.

Perlahan-lahan Ayriana melangkah. Tapi walaupun langkahnya sudah di perlahankan masih sahaja Mak Su perasan.

"Ya allah!! cik Ayriana! Buat apa dekat sini? Kenapa tak rehat dalam bilik sahaja?" wanita itu berpaling mendapatkan Ayriana.

Ayriana seperti biasa dengan wanita itu dia akan tersengih sama macam apabila ibu membebel kepadanya. Sama!

"Alah..mak su. Saya bosanlah dalam bilik tu. Puas dah tidur. Lagipun phone saya tak ada. Tak ada apa-apa nak buat." ujar Ayriana.

Mak Su mengelengkan kepala. Sungguh sukar untuk dia menghalang gadis aktif seperti Ayriana ini.

Sukar untuk duduk diam!

"Ah..mak su bagi Ayriana duduk sini ke. Nak Ayriana tolong pun boleh." tawar dia. Mahu sahaja dia menolong tidaklah bosan.

"Tak! Tak boleh cik Ayriana. Tengku tak bagi cik Ayriana buat kerja dalam rumah ni." halang Mak Su. Itu pesanan daripada lelaki tersebut.

"Mak Su jangan bagi dia buat apa-apa. Saya nak dia berehat sahaja." beritahu lelaki tersebut.

Setelah menghilang setelah selesai dia merawat Ayriana beberapa jam tadi.

"Okey...okey...bagi Ayriana duduk sini sahaja. Ayriana tak akan buat apa-apa." ujar dia. Mengalah.

Lama mak su memandang dia. Seakan tidak mahu mempercayai kata-katanya. Tahulah dia tidak akan duduk diam sahaja.

"Mak Su...Ayriana janji. Huhmmm." ujar Ayriana lagi. Kali ini dia memujuk.

Terlihat Mak su memejam mata dan melepaskan nafas panjang.

"Yelah...yelah...duduk sahaja tau. Tak payah nak tolong...tolong." bebelnya. Seakan membebel kepada anaknya sendiri.

Walaupun Ayriana sudah dia anggap seperti anak sendiri. Sikap ramah dan manja kepadanya itu membuatkan dia mudah sayang.

Cepat-cepat Ayriana mengangkat tangan kanannya seperti berikra. Tersenyum lebar di berikan kepada wanita tersebut.

"Baik mak su! Ayriana janji Ay duduk je. Hehe.." gigi yang cantik tersusun rapi tersebut di tunjukkan kepada wanita tersebut.

Mengeleng-geleng mak su dengan sikap anak-anak Ayriana seorang ini.

Maka dengan itu, dia menyambung kerjanya dan membiarkan Ayriana duduk di kerusi di meja top island tersebut.

Setelah mak su dan seorang pembantu rumah itu melakukan kerja Ayriana naik ke atas kerusi tinggi tersebut dan duduk di situ.

Memerhati setiap satu pergerakkan mereka membuat kerja. Kerana sudah di larang yang dia boleh buat hanyalah memerhati sahaja kerja yang di lakukan.

**************

C | PEMILIK BAHAGIA MR. TENGKUWhere stories live. Discover now