Part 3 (Frostfire x Gempa)

3.4K 183 8
                                    

Suasana pada pagi itu amat dingin, jaket yang membalut tubuhnya ditarik merapat lagi. Dia menggigil kesejukkan. Dia duduk bercangkung di hadapan sebuah pokok cili yang ditanam oleh Thorn. Dia memetik dalam lima biji cili, lantas dia beralih pula ke tepi yang tertanam serai serta daun pandan.

Dua helai daun pandan dan dua batang serai dipotong dengan menggunakan gunting. Selesai sahaja dia memetik, kesemua bahan itu diletak ke dalam besen kecil yang dia bawa dari dapur.

Gempa bangun dari bercangkung bersama besen berada di tangannya, tubuhnya direngang sejenak. Dia berpaling untuk ke pintu belakang rumah yang bersambung ke dapur itu, akan tetapi pergerakannya terhenti bila anak matanya menangkap kelibat seseorang yang sedang mengayuh sebuah basikal.

"Woi Frostfire, kau nak pergi mana tu pepagi ni?!" laungan Gempa membantutkan kayuhan Frostfire, dia yang sudah berada di luar halaman rumah menoleh ke arah sumber suara yang memanggilnya.

"Apa?" soal Frostfire.

"Kau nak pergi mana tu?" soalan berbalas soalan.

Frostfire mengaru belakang kepalanya yang tidak gatal. Dia tersengih pada Gempa.

"Aku nak pergi round taman sambil tu nak bersenaman sikit. Keluarkan peluh." jawab Frostfire.

Kepala Gempa terangguk faham.

"Okey. Kau boleh pergi," kata Gempa selamba.

Kening Frostfire terjongket sebelah, lalu dia tersenyum kecil bila sesuatu melintas difikirannya. Wajah polos Gempa dipandangnya.

"Kau nak join aku tak?" soal Frostfire sekadar mencuba nasib, mana tahu tawarannya di terima Gempa.

Kepala Gempa terlentok ke kiri, seolah sedang menimbang tawaran Frostfire itu. Dia memandang wajah Frosfire yang penuh pengharapan.

"Lama ke?" tanya Gempa.

Frostfire mengetuk dagunya. "Tak lama pun, dalam setengah jam aje. Alah, lepas balik bolehlah kau masak makan pagi. Boleh?"

Tanpa berfikir dua kali, Gempa mengangguk kepala.

"Baiklah. Kau tunggu kejap eh? Aku nak pergi letak benda ni kat dalam jap."

"Okey!" jawab Frostfire riang.

Tidak berselang berapa minit, Gempa keluar rumah seraya menghampiri Frostfire.

"Jom Frostfire." Gempa melabuh duduk ditempat untuk membonceng.

"Okey, dah siap?"

"Dah!" jawab Gempa semangat.

"Pegang aku kuat-kuat tau!"

"Asal pula.. Huargh!" Gempa terjerit kecil bila Frostfire mengayuh basikal dengan laju. Dia memeluk pinggang saudaranya dari belakang.

"Frostfire jangan lah bawa laju sangat! Slow ajelah!" jerit Gempa.

"Alah rileks lah! Bawa laju baru best." kata Frostfire perkataan 'best' itu ditekan kuat. Best sebab kena peluk Gempa.

"Kau memang cari maut! Menyesal aku ikut kau tau!" marah Gempa sambil mengeratkan lagi pelukannya pada lelaki itu.

Sementara Frostfire hanya mampu tersenyum lebar bila dipeluk begitu erat oleh Gempa. Tidak lama kemudian, kayuhan Frostfire makin perlahan. Kasihan pula dia dengan orang dibelakangnya yang sudah menggigil ketakutan tambahan lagi dengan hawa dingin pagi itu.

"Akhirnya.." keluh Gempa lega.

Frostfire gelak kecil dengan perangai Gempa.

Gempa perlahan-lahan meleraikan pelukan tersebut. Matanya diedarkan sekeliling taman, tidak disangka pula yang mereka sudah tiba ke tempat destinasi.

The Elementals Family S1 [C]√Where stories live. Discover now