Part 19 (Thorn x Gempa)

2.2K 104 11
                                    

Anak matanya memandang air pantai yang berombak tenang. Dia tersenyum bila angin petang menampar lembut wajahnya.

"Gemgem yang comel, tengah lamunkan apa? Ingatkan Thorn eh? Tapikan Thorn dah ada kat sebelah ni."

Gempa menoleh ke sebelahnya, mereka berdua tersenyum polos dengan gelak kecil.

"Mana adalah. Gemgem cuma tenangkan fikiran aje, thanks tau sebab bawa Gemgem ke sini. Rasa tenang sikit." kata Gempa dengan senyuman manis.

"Sure dear, everything just for you. Tapi.."

Kening Gempa terangkat sebelah.

"Tapi?"

"Gemgem janganlah senyum manis sangat,"

"Kenapa pula? Senyuman kan sedekah."

"I know, but manisnya senyuman Gemgem buatkan jantung Thorn sakit. Jantung Thorn berdegup dua kali ganda lagi cepat, dup dap dup dap macam tulah."

Wajah Gempa berubah risau bila mendengarkan itu. "Thorn sakit jantung ke? Jom Gemgem bawa Thorn ke hospital."

"Ish bukan lah, kenapa Gemgem innocent sangat ni. Thorn yang innocent ni pun boleh tau apa yang sedang Thorn alami." cebik Thorn kesal. Kepalanya tergeleng perlahan.

Gempa tergelak canggung, malu dengan tingkah sendiri.

"Hehehe. Habistu, kenapa jantung Thorn dup dap dup dap dengan laju? Tapi bukan ke kalau jantung kita berdetak tandanya kita masih hidup kalau tak itu maknanya dah tak ada?"

Thorn menepuk dahinya kasar.

"Ya ampun Gemgem, kau dah kenapa?" soal Thorn kehairanan.

"Aku okay lah, maybe sebab kita rapat lah aku terpengaruh dengan sifat innocent kau?"

"Maksudnya?"

Gempa menyengetkan kepalanya kekiri sambil menggigit kuku jarinya. Thorn yang melihat gelagat comel Gempa, menjerit dalam hati.

"Entahlah, apa maksud dia ya?" Gempa mengaru pipinya yang terasa gatal.

Thorn memandang Gempa dengan wajah tercenggang, mulutnya terbuka kecil.

"Pulak!"

"Hehehe."

Gempa tersenyum polos, dia mengerling air pantai lalu wajah Thorn dipandang olehnya dengan mata yang bersinar. Wajah Thorn dipegang dengan kedua tangannya.

"Gemgem, kenapa?" soal Thorn gugup dengan tindakan Gempa apatah lagi wajah mereka berdua amat dekat.

"Thorn!"

"Y..ya?"

"Jom kita main air pantai!" ajak Gempa dengan suara ceria.

"Err jom!" Senyuman Gempa melebar, dengan tidak sabar dia menarik tangan saudaranya menuju ke pantai. Thorn hanya pasrah bila ditarik begitu. Sebelum masuk ke dalam air, mereka melepaskan kasut.

"Yay, main air pantai!" Gempa melompat kecil, tatkala kakinya mengenai air pantai yang dingin itu.

Thorn tersenyum manis melihat gelagat Gempa tersebut.

"Thorn!"

"Yes dear?"

Tanpa di sangka Thorn, dia disimbah air oleh Gempa.

"Rasakan simbahan air pantai dari Gemgem yang comel!" Gempa tergelak riang sambil bertepuk tangan bila melihat wajah terkejut Thorn.

"Gemgem! Main kasar ya? Rasakan balasannya!"

Thorn mula menyerang Gempa dengan menggunakan kuasanya, dia mengikat kaki Gempa dengan akar lalu ditarik kuat menyebabkan Gempa jatuh terduduk didalam air.

"Thorn! Main tipu, Gemgem tak suka!" marah Gempa, wajahnya cemberut. Mulutnya termuncung sedepa bila mendapati Thorn sedang mentertawainya tambahan lagi bajunya sudah basah kuyup.

"Hehehe, siapa dulu yang start so terimalah balasannya." Thorn menjelirkan lidahnya pada Gempa. Nakal.

"Tak nak kawan dengan Thorn hmp!"

Gempa memeluk tubuhnya seraya membuang muka ke arah lain, dia hanya berdiam diri di dalam air.

Thorn tersenyum melihat wajah merajuk Gempa, dia menjatuhkan dirinya di depan Gempa. Membiarkan bajunya turut basah kerana terkena air pantai.

"Gemgem majuk ke? Nak Thorn tolong pujukkan?" Thorn mendekatkan wajahnya pada Gempa.

"Tak nak!" sahut Gempa masih merajuk seraya memalingkan wajahnya ke arah lain. Tapi wajah Thorn kembali muncul dihadapan matanya.

Semakin dia melarikan wajahnya ke arah lain semakin giat jugalah Thorn mengikuti gelagatnya.

"Tapi Thorn nak pujuk Gemgem juga."

Thorn melepaskan topi dinonya lalu menutup sisi wajah mereka agar orang yang berada ditepian pantai tidak dapat melihat apa yang akan dia perbuatkan nanti, tangan kanan Thorn memegang dagu Gempa.

"Gempa."

"Apa?" getus Gempa.

"Thorn sayang Gemgem."

Chup!

Satu kucupan manis didaratkan ke atas bibir Gempa.

"Macam mana? Masih merajuk dengan Thorn?"

Gempa memeluk tubuh Thorn seraya menyembunyikan wajahnya yang tampak berona merah pada bahu Thorn.

"Gemgem malu." Bisik Gempa perlahan.

Thorn terkekek geli hati, dia membalas pelukan tersebut. Pipi lelaki itu dikucup sekilas.

"Buat apa nak malu bukan ada orang nampak pun."




-Tamat-

The Elementals Family S1 [C]√Where stories live. Discover now