Part 26 (HalixGemxIce)

1.5K 103 25
                                    

Keesokan harinya...

Gempa melangkah keluar dari bangunan sekolah yang sudah tampak sepi. Dia mengedarkan pandangan matanya, mencari seseorang.

"Gempa?" teguran daripada belakang mengejutkan Gempa, dia menoleh.

"Oh Ice, Hali..Halilintar hai." Sapa Gempa dengan senyuman manis.

Ice membalas senyuman Gempa manakala Halilintar hanya membuang muka ke arah lain.

"Kau tak balik lagi?" soal Ice, hujung matanya mengerling Halilintar yang berdiri membisu disebelahnya.

"Aku nak balik lah ni, cuma aku tengah tunggu seseorang." jawab Gempa.

Raut wajah Ice berubah, sekilas dia mengerling Halilintar. Adakah orang sebelahnya? Terbesit satu perasaan yang tidak pernah dia rasa sebelum ini. Sakit.

"Siapa?" soal Ice sengaja mahu menduga.

"Dia ka.."

"Gemgem!!" jeritan seseorang membantutkan ayat Gempa. Mereka bertiga mencari sumber suara yang menyela perbualan mereka.

Senyuman Gempa mengembang lebar apabila melihat ketiga saudara kembarnya bersama Solar berlari mendekatinya.

"Maaf Ice, Hali, aku pergi dulu. Bye."

Sebelum Gempa berlalu pergi, Ice tanpa sedar memegang pergelangan tangan Gempa.

Gempa menoleh, dia mengerling tangannya yang dipegang Ice.

"Ice?"

Bagaikan tersedar, Ice segera melepaskan pegangannya pada tangan Gempa. Wajahnya berona merah.

"Ma..maaf aku tak sengaja." ucap Ice. Gempa hanya tersenyum.

"It's okay. Aku pergi dulu."

Ice dan Halilintar memandang Gempa yang sudah berlalu pergi dengan kawan-kawannya.

"Apasal kau tak balas sapaan Gempa tadi ha? Dia punya kemain sapa kau tadi. Mesti kecil hati dia." omel Ice bila teringat akan kelakuan tidak semenggah sepupunya itu.

"Buat apa aku nak tegur dia balik? Buang masa aje."

Ice berdecit sinis. "Ego! Aku harap kau akan menyesal suatu hari nanti sebab dah buat orang sebaik dia terluka dengan sifat sombong kau tu! Ingat! Karma selalu ada."

Usai berkata begitu, Ice berlalu pergi meninggal Halilintar begitu sahaja.

"I don't care."

•••••

Wajah Solar masam mencuka, sesekali dia mengerling ketiga kawannya yang sudah hancurkan datenya dengan Gempa.

Trio troublemaket itu hanya tersenyum tanpa rasa bersalah melihat wajah pasrah Solar. Dalam hati mereka ketawa jahat.

"Gempa, apasal kau ajak tiga malaun ni sekali? Kan kita dah janji kelmarin, yang kita berdua saja yang pergi?" Kata Solar yang masih bengang.

Gempa tersenyum lembut. "Maaf Solar, aku terpaksa bawa mereka bertiga kalau tidak mereka akan mogok makan nanti. Susahlah aku, kalau benda tu terjadi."

Solar merengus pasrah, "Fine!"

Setelah setengah jam berjalan, akhirnya mereka berlima tiba ke destinasi.

"Jom masuk, ibu aku dah tunggu kat dalam." ajak Solar sambil menolak pintu lutsinar. Mereka berlima melangkah masuk ke dalam kedai spa yang agak besar dan luas.

"Wahh! Besar gila spa mak kau Solar." puji keempat saudara kembar itu.

Solar mendongakkan dagunya angkuh, "Tengoklah mak siapa? Solarkan?"

Wajah empat bersaudara itu berubah daripada terkagum kepada riak wajah datar bila mendengar ayat menyombong Solar. Berlagak gila.

"Whatever! So, mana mak kau?"

"Kejap." Solar membuka telefon bimbitnya yang kebetulan berbunyi.

"Hmmm, mak aku suruh bawa Gempa ke bilik rawat dia. So korang tunggu sini ya? Korang bertiga jangan macam-macam, kalau tak sekor-sekor nanti aku langsing. Jom Gem."

Gempa hanya mengangguk, dia mengerling ketiga saudaranya.

"Korang jangan buat hal, ni tempat orang. Okey?"

"Yelah."

Taufan, Blaze dan Thorn hanya memandang kepergian Solar dan Gempa. Mereka bertiga mengambil tempat duduk yang tersedia di spa tersebut.

"Korang rasa, macam mana eh muka Gempa nanti kalau kulit muka dia bersih dan putih nanti? Mesti comel kan?" Blaze buka suara, sengaja mahu halau suasana hening diantara mereka bertiga.

Taufan dan Thorn berpandangan.

"Semestinya, aku dah tak sabar nak tengok perubahan dia. Mesti lepasni dah tak ada orang nak hina dia lagi." kata Taufan.

"Tapikan, apa kata kita bongkarkan aje pada sekolah yang kita bertiga ni kembar Gempa. Mesti diorang dah tak berani nak hina dan buli Gempa lagi, kalau diorang tau siapa Gempa sebenarnya."

"Idea kau bernas juga, tapi kita kena cari waktu yang sesuai. Aku tak nak nanti, Gempa mengamuk pula. Kau orang mesti tau, kalau mamat tu mengamuk macam singa betina lapar tau. Fuh! Tak nak aku kena baham dengan dia."

Blaze dan Thorn tergelak kecil melihat wajah ketakutan Taufan.

"Tak apa, kita fikirkan dulu idea macam mana nak selesaikan masalah ni. Okey?"

"Okey."







Tbc....

Amacam okey?

Sya nak tanya kalau korang nak ship Gemgem dengan siapa? Halilintar or Ice? Saja tanya~~(͡° ͜ʖ ͡°)

The Elementals Family S1 [C]√Where stories live. Discover now