Part 91 (Supra x Gempa)

978 78 9
                                    

Kepala Gempa terjengul dibalik pintu wadnya, dia mengintai sejenak suasana di luar bilik wadnya.

Dia tersenyum kecil bila tidak mendapati doktor dan nurse yang berkeliaran di situ. Dia mula melangkah keluar dengan gerakan perlahan.

"Ehem, nak pergi mana?"

Gempa tersentak kaget, sampai terpeluk dinding dia dibuatnya. Dia menoleh ke arah suara yang menegurnya. Dia tersengih.

"Hai daddy Supra.."

Kening Supra terangkat sebelah bila mendengar panggilan Gempa padanya yang makin hari makin aneh sahaja.

"Sejak bila saya jadi daddy awak ha budak nakal?" kata Supra datar, sambil berpeluk tubuh.

Gempa meleraikan pelukannya pada dinding hospital. Dia berdiri di hadapan Supra dengan senyuman manis.

"Alaaa.. Nantikan Daddy Supra akan jadi daddy untuk anak kita juga kan? Yakan daddy?"

Gempa mendekatkan wajahnya pada Supra, dan merenung mata unik Supra yang tidak mengenakan cermin mata pada hari itu. Dia tersenyum nakal.

Supra hanya diam sambil meneliti wajah Gempa yang berada amat rapat dengannya.

"Awak yakin ke yang saya ni bakal jadi daddy anak kita tu? Angan awak jauh sekali ya, baby sugar?"

Wajah Gempa berona merah bila mendengar panggilan yang Supra bagi padanya. Dia berdeham seraya menjauhkan wajahnya sedikit daripada Supra.

"Err yelah, Gemgem yakin." ucap Gempa gugup, apatah lagi anak mata Supra merenung tepat ke anak matanya.

"Hmmm, awak dah makan ubat belum? Tak skip kan?"

"Err..."

"Apa yang err? Jangan cakap yang.."

"Doktor ada pesakit tercekik tulang kambing tu!" Gempa menunding ke arah belakang Supra, buatkan doktor muda itu menoleh.

Gempa dengan pantas melarikan diri bila Supra termakan umpan tipuannya.

"Paipai daddy Supra, baby sugar pergi dulu. Jangan rindu-rindu tau!"

"Bodoh."

Supra hela nafas, bila dirinya sudah menjadi mangsa tipuan budak nakal itu.

•••••

Janam janam janam saath chalna yunhi.
Kasam tumhe kasam aake milna yahin.
Ek jaan hai bhale do badan ho judaa.
Meri hoke humesha hi rehna.
Kabhi na kehna alvida.

Gempa bernyanyi di hadapan penonton setianya, dia menggerakkan tubuhnya ke kiri dan ke kanan. Botol mineral yang kosong dijadikan mic.

Meri subah ho tumhi aur tumhi shaam ho.
Tum dard ho tum hi aaraam ho.
Meri duaaon se aati hai bas ye sadaa.
Meri hoke humesha hi rehna.
Kabhi na kehna alvida.

"Gelek Gem!!" jerit penonton cilik bahkan yang tua ikut bersorak.

Aha ha ha o

Meri hoke humesha hi rehna
Kabhi na kehna Alvida

Gempa tergelak kecil seraya menuruti permintaan mereka. Dia mula menggelek pinggulnya dan menari dengan rancaknya.

Teri baahon mein hai mere dono jahaan.
Tu rahe jidhar meri jannat wahin.
Jal rahi agan hai jo ye do tarfa.

"Ayuh gelek sama dia!" beberapa orang pesakit mula mengikuti gerakan Gempa yang asyik bergelek dan menari dengan riangnya.

Na bujhe kabhi meri mannat yahi.
Tu meri aarzu, main teri aashiqui.
Tu meri shayari, main teri mausiqi.

"Ya ampun budak nakal tu! Habis digeleknya." beberapa orang doktor dan nurse yang lalu di kawasan taman hospital itu tergelak kecil, terhibur melihat telatah Gempa.

Supra yang kebetulan ada di situ hanya menggelengkan kepalanya.

"Doktor Supra, kalau tengok dari sudut pandangan kami lah beberapa hari ni. Budak Gempa tu sepertinya suka dengan doktor kan?"

"Wah! Saya sokong aje kalau doktor Supra dengan budak Gempa tu. Pasangan yang comel dan serasi aje. Tak ada lah asyik bujang aje, doktor tu dah 26 tahun patutnya dah kahwin tau."

Supra hanya memekakkan telinganya bila mendengar kawan sekerjanya mula sibuk menceramahinya.

"Bisinglah korang ni, baik aku bla dulu. Daripada dengar sesi mengutuk kau orang pada aku, ada baiknya aku pergi tengok-tengok pesakit aku."

Supra terus menonong pergi dengan moodnya kurang baik. Tanpa dia sedari, Gempa sedang memandangnya.

"Dia kenapa? Ada orang kacau daddy aku ke? Kelat aje muka." Bisik Gempa.

"Gemgem, kenapa berhenti ni? Belum habis lagi ni."

Gempa tersengih sambil mengaru pipinya.

"Oh! Hehehe Gemgem minta maaf, jom sambung!"





Tbc...

The Elementals Family S1 [C]√Where stories live. Discover now