Part 62 (Ice x Gempa)

1.3K 96 17
                                    

"Argghh!!"

Gempa menjerit lantang, kepalanya dihantukkan pada dinding bilik. Perasaannya kini tidak boleh nak diungkapkan dengan kata-kata, macam-macam dia rasa.

Dia tahu untuk menyesal sudah tidak berguna lagi, kehidupannya sudah tidak bebas sekarang. Di mana-mana dia pergi, dia pasti dapat rasa ada yang memerhatikan dirinya. Bahkan tadi semasa dia mahu balik selepas beli barang dapur, dia dikejar oleh orang suruhan Ice.

"Mommy.. Gemgem takut mommy.." tangis Gempa teresak-esak.

Ting tong! Ting tong!

Bunyi loceng rumahnya berbunyi, menandakan ada yang datang bertamu pada petang itu.

Tubuh Gempa tersentak kaget, bibir bawahnya digigit kuat. Dia dengan langkah longlai mula bergerak keluar bilik dan menuju ke pintu utama rumah.

Pintu rumah dibuka sedikit, dia mengintai dibalik celah pintu yang dia buka.

"Ciku cak aa!"

"Arghh!" Gempa dengan laju menutup pintu rumahnya bila mendapati Ice yang bertamu dirumahnya. Macam mana Ice boleh tahu tempat tinggal dia?

Bruk!! Gempa jatuh terduduk apabila pintu rumahnya dirobohkan oleh orang suruhan Ice dan pintu kayu yang diroboh oleh mereka jatuh menghempas padanya. Gempa mengerang kesakitan.

"Sa..sakit." Gempa meringis.

"Alihkan benda buruk tu." arah Ice pada orang suruhannya. Mereka semua mula melakukan perintah Ice iaitu mengalihkan pintu yang menghempas Gempa.

"Macam mana rasanya ditimba pintu?" kata Ice sinis, dia bercangkung di hadapan Gempa.

Gempa mengundurkan dirinya, sedaya upaya menjauhkan diri daripada Ice. Namun pergelangan kakinya dipegang Ice kemas.

"Lepaskan aku, aku mohon jangan apa-apakan aku. Aku minta maaf, aku menyesal sekarang sebab buat kerja gila tu. Tapi aku ada sebab kenapa aku buat macam tu."

"Apa?" soal Ice dingin, dia menarik rambut Gempa lalu ditarik merapat ke arahnya. Gempa mengerang sakit.

"Sakit.. Lepaskan.."

"Cakap apa sebab kau buat semua tu!! Cakap bodoh!!" maki Ice di depan wajah Gempa.

Air mata Gempa mengalir, dia ketakutan melihat wajah amukan Ice yang seperti singa kelaparan.

"Aku.. Aku dapat mesej ancaman dari seseorang, dia suruh aku buat kacau di majlis perkahwinan kau. Kalau aku tak buat apa yang dia suruh, dia nak cederakan family dan kawan aku. Aku tak nak diorang tercedera disebabkan aku. Maafkan aku Ice."

Sudut bibir Ice terangkat sebelah, tarikannya pada rambut Gempa makin dieratkan. Gempa memberontak minta dilepaskan.

"Sakitlah!! Lepaskan aku! Aku kan dah minta maaf, jadi lepaskan aku!" herdik Gempa, sambil mencuba meleraikan genggaman Ice pada rambutnya.

"Maaf? Sorry ya? Permintaan maaf kau tu aku tak dapat terima sepenuhnya. Tapi, aku tak akan lepaskan kau begitu sahaja."

Ice mengeluarkan sehelai kain daripada poket seluarnya lalu kain yang sudah diletakkan ubat pelali, dia gunakan untuk menutup mulut serta hidung Gempa.

"Hhmm!!" Gempa kembali memberontak bila Ice memeluknya dan menutup mulut serta hidung dengan kain putih. Pandangan mata Gempa mula mengabur.

Ice tersenyum senget bila Gempa tidak lagi memberontak, lelaki itu pengsan tidak sedarkan diri di dalam pelukannya. Dia mencempung tubuh Gempa dan dia memandang beberapa orang suruhannya.

"Jom bla, aku dah dapat apa yang aku nak."

"Baik bos."

•••••

Ringisan keluar dari belah bibir Gempa, dia mencelikkan kelopak matanya. Dia memandang sekeliling bilik yang serba mewah itu.

Aku kat mana ni? Bisik hati Gempa.

Dia bangun daripada pembaringannya, kepalanya dipegang bila terasa pusing mula menyerang.

"Kau dah bangun?" teguran seseorang mengejutkan Gempa. Dia mencari sumber suara tersebut. Dia mendapati Ice sedang bersandar di muka pintu bilik sambil berpeluk tubuh. Senyuman sinis bermain di bibir lelaki bermata biru aqua itu.

"Kau!! Apa kau nak dari aku ha?! Aku kan dah minta maaf kat kau." Kata Gempa, marah.

Ice tergelak sinis. "Well, well. Aku nak tanya kau satu soalan."

"Apa?!"

"Betul ke kau mengandungkan anak aku? Tapi kau kan lelaki, masa kau datang majlis aku hari tu bukan ke perut kau buncit? Apasal tetiba dah kempis balik? Kau gugurkan anak aku ya?" kata Ice dengan nada mengejek sambil mengorak langkah mendekati Gempa yang masih berteleku di atas katil.

Wajah Gempa memerah padam. Bukan malu, tapi lebih kepada marah bila mendengar sindiran tersebut.

"Tak guna!"

Ice melompat naik ke atas katil, lalu dia dengan cepat menolak tubuh Gempa hingga terbaring semula di atas katil dan dia mula menindih lelaki itu.

"Tak guna kau panggil aku? Habistu kau tu berguna sangat ke ha?! Aku akan pastikan hidup kau tak akan tenang lepas ni."

Gempa telan liur, dia dengan kasar menendang Ice sehinggalah lelaki itu jatuh dari katil. Gempa terus turun dari katil, dia mahu berlari ke pintu untuk selamatkan diri namun kakinya seperti dihalang oleh sesuatu yang menyebabkan dirinya tersungkur jatuh.

Dia memandang ke arah pergelangan kakinya yang dirantai oleh rantai besi.

"Nak larikan diri ya? Larilah selagi boleh lari ya sayang?" Ice berkata sinis, dia beranjak bangun. Dia dengan langkah santai mendekati Gempa yang duduk bersimpul di lantai bilik.

"Kenapa kau buat aku macam ni Ice! Lepaskan aku tak guna!" maki Gempa, air matanya berderu-deru mengalir turun ke pipi.

"Hmmm. Jangan harap itu akan terjadi, aku dah lama tunggu saat ni. Saat di mana kau akan jadi milik aku."

Mata Gempa membulat. "A..apa maksud kau ha?"

Ice tersenyum senget, dia bercangkung dihadapan Gempa. Wajah lelaki itu dicengkamnya lembut.

"Mungkin ini sudah saatnya untuk kau tau siapa aku yang sebenarnya, my sweetie."






Tbc.....
Apa maksud Ice ya? Korang boleh teka? 🤔😏

The Elementals Family S1 [C]√Where stories live. Discover now