Part 123 (FrostfirexGempaxSupra)

1.2K 71 5
                                    

Mereka bertiga berjalan saling berpegangan tangan, sesekali anak mata mereka memandang sekeliling taman yang mengadakan festival besar-besaran pada malam itu. Ramai orang yang berkunjungan.

Gempa yang berada di antara Supra dan Frostfire menghayunkan tangan mereka ke depan dan ke belakang. Wajahnya sedari tiba ke sini, tidak lekang tersenyum girang bahkan matanya berbinar senang.

Supra dan Frostfire hanya tersenyum melihat keceriaan Gempa pada malam itu.

"Jom, round-round dulu. Mana tau ada makanan yang sedap-sedap, hmmm yummy!"

"Tu aje yang ada di kepala otak kau. Tau makan aje."

Gempa menjeling ke arah duo cool itu, dengan geram dia melepaskan genggaman tangan mereka berdua. Dia berpeluk tubuh.

"Daripada korang tu, otak korang tau fikir benda lain aje. Otak blue." bidas Gempa sinis.

Duo cool itu, termalu sendiri kerana tekaan Gempa amatlah tepat. Mereka mengusap belakang leher sambil berdeham.

"Bising ah kau, jom gerak." Frostfire cepat-cepat menukar topik, seraya mendorong tubuh Gempa.

"Betul tu!"

Mereka berdua terus merangkul bahu Gempa dan menarik paksa agar budak kecil itu mengikuti langkah mereka berdua.

"Ishh! Aku boleh jalan sendirilah." Gempa sedikit memberontak namun itu hanya lah sekejap, bila anak matanya menangkap sebuah gerai yang menjual barang aksesori.

"Korang! Jom ke sana kejap!" tanpa mendengar jawapan mereka, Gempa terus menarik tangan mereka menuju ke gerai yang menarik perhatiannya.

"Buat apa kat sini? Kau nak beli apa Gemmy?" soal Frostfire. Anak matanya memandang barang aksesori yang terjual di situ. Macam-macam ada.

"Entahnya, kau nak beli apa?" kini Supra pula bertanya.

Gempa hanya tersenyum sahaja, tangannya mencapai cekak telinga arnab lalu dipakaikan pada kepalanya.

"Okey tak?" Gempa menggetel telinga arnab sambil memandang ke arah duo cool dengan kelopak mata dikelip-kelip polos.

"Err... Comel!" sahut mereka berdua semangat dengan wajah berona merah.

Gempa terkekek kecil. Dia mencapai pula dua cekak telinga singa dan telinga serigala. Lalu dia kenakan pada kepala Supra dan Frostfire.

"Lion untuk daddy Supra dan wolf pula untuk daddy Frostfire. Kalau Gemmy pula baby bunny hehehe. Ingat jangan lepas, kalau tak aku sunat korang!"

Duo cool itu, hanya pasrah. "Baiklah ma'am!"

Gempa hanya menjeling, "Daddy Frosty,"

"Ya Gemmy?"

"Tolong bayarkan ini." Gempa menunjuk cekak telinga yang mereka bertiga kenakan itu.

Supra hanya tahan gelak melihat wajah cemberut Frostfire yang kena buli dengan Gempa.

"Yes, my baby Gemmy." Frostfire terus ke tuan kedai tersebut untuk membuat bayaran.

Gempa mengerling Supra, dia tahu yang lelaki itu tengah mentertawakan Frostfire dalam diam. Dia senyum licik. Tak salahkan jadi jahat sekejap? Hehehe..

"Hye daddy Supra, jangan gembira sangat. Nanti turn daddy akan tiba, say goodbye to your money. Sebab aku akan kikis duit korang sampai habis atas perbuatan korang semalam kat aku. So, get ready to lose your money."

"What?! No!!"

•••••

Mereka bertiga duduk bersila di atas rumput, kepala mereka bertiga terdongak memandang ke arah langit untuk melihat acara letupan bunga api yang akan dilancarkan sebentar lagi.

Frostfire dan Supra hanya tersenyum manakala Gempa sudah bertepuk tangan sambil sorak girang.

"Tak sabarnya nak tengok bunga api!!"

Duo cool itu terkekek kecil melihat telatah Gempa, mereka berdua memeluk tubuh Gempa yang duduk di antara mereka berdua.

"Baby Gemmy.." Panggil mereka berdua.

"Yes my duo cool daddy?"

Gelak kecil tercetus dibelah bibir duo cool itu tatkala mendengar panggilan Gempa pada mereka berdua tersebut.

"Kau tau? Kitorang sayang kau sangat."

"Tahu, sebab daddy dah cakap."

"Bila?"

"Tadi."

Duo cool merengus sebal bila mendengar jawapan selamba dari Gempa.

"Habistu baby Gemmy tak sayang daddy ke?" Frostfire dan Supra berkata serentak.

Gempa tersenyum, dia segera mencium bibir mereka berdua silih berganti.

"Walaupun perkenalan kita singkat, tapi rasanya aku dah jatuh sayang kat korang. Sebab korang selalu ada untuk aku selepas parents and kawan aku. Aku akui, korang ni nampak aje dingin tapi makan dalam. Diam-diam ada isi ubi, nakal dan miang nak mampus! Tapi tulah... Terima kasih tau!"

Gempa tersenyum manis pada mereka berdua, duo cool itu membalas senyuman Gempa.

"Kasih di terima!"

Duo cool itu mencium pipi Gempa bertepatan dengan letupan bunga api yang sudah dilancarkan. Gempa dengan spontan mendorong wajah mereka berdua lalu dia bangun dari duduk. Dia melompat girang sambil bertepuk tangan melihat kembang bunga api yang amat cantik itu menghiasi permukaan langit malam.

"Potong betullah Gempa ni, baru nak feel."





-Tamat-

The Elementals Family S1 [C]√Where stories live. Discover now