Part 135 (TrioFusion x Gempa)

1K 71 6
                                    

Wajah Gempa masam mencuka, dia memandang trio hot itu yang duduk di sofa berhadapan dengannya. Tatapan matanya tajam. Geram kerana mengingat kembali dirinya ditarik dan dibawa paksa untuk mengikut mereka bertiga ke sini. Rumah mereka bertiga.

"Kenapa korang bawa aku ke sini ha?! Aku report kat mama dan papa aku baru tau!" marah Gempa, dia menjeling geram.

Ketiga kembar itu tersenyum senget.

"Hei budak, report lah kalau berani. Lagipun mak bapak kau dah tau yang kitorang nak culik anak dia untuk bawa ke sini. So, kau tak payah susah nak beritau mereka." kata Glasier sarkastik. Anak matanya yang berwarna biru kekuningan itu merenung Gempa remeh.

Gempa merengus bengang. "Habistu, kenapa kau orang bawa aku ke sini ha?"

"Sebab, mulai sekarang kau akan tinggal dengan kami. So, kau kena patuh dengan segala arahan kami. Jangan sesekali membantah, kalau kau berani kau akan terima hukuman yang setimpal. Deal?" kini Frostfire bersuara tegas.

Supra hanya diam sambil mendengar kedua kembarnya yang sibuk memberi tahu tata tertib yang perlu Gempa patuh selama berada dirumah banglo mereka.

Gempa berdecit. "Suka hati aje nak tentukan kehidupan orang! Aku tak suka, aku nak balik!"

Gempa bangkit dari duduk dan bergerak menuju ke pintu utama rumah. Namun terbantut bila beg sekolahnya seperti dipegang daripada belakang. Dia menoleh.

"Degil betul kau ya budak, tak dengar kata betul, kau nak mati awal hm?" Anak mata Glasier menyerlung tajam ke dalam anak mata gold Gempa.

Gempa menggigil gerun bila ditatap begitu tajam oleh Glasier, dia seolah seperti dipukau dengan sepasang mata unik itu. Dia secara automatik tertunduk, sambil mengentel hujung baju sekolahnya.

"M-maaf, Gem akan dengar kata lepasni." gumam Gempa perlahan, tubir matanya berlinangan.

"Aishh kau ni Glacy, menangis kan budak tu. Jangan lah kau gertak dia macam tu, nanti dia tak betah tinggal sini sebab kaulah. Perangai macam Supra aje." Kata Frostfire.

Supra menjeling, "Biadap kau, sempat lagi perli aku ya."

Frostfire tersengih, "Eleh, tapi memang betullah kan?"

Supra mendengus geram. "Diamlah kau."

Glasier hanya mengendahkan pergaduhan kedua kembarnya yang kurang siuman itu. Dia berpaling memandang Gempa yang sedari tadi hanya menunduk, dia menarik perlahan tangan remaja itu lalu tubuh mungil itu dipeluknya.

Gempa terkedu bila dipeluk secara tiba-tiba, namun dia hanya diam.

"Dah, janganlah kau nangis pula. Aku gurau aje tadi. Mehh aku tunjuk bilik kau, kau kena mandi. Bau busuk masam dah kau ni. Jom."

Glasier merangkul pinggang Gempa dan menarik remaja itu agar mengikutinya.

"Ba-baik."

Frostfire dan Supra hanya memandang kepergian mereka berdua.

"Tch! Dia curi start dulu, tak boleh jadi ni." omel Frostfire tidak puas hati. Supra disebelahnya mengangguk kepala setuju.

"Kita tak boleh kalah dengan dia, aku kena cari cara nak pikat hati budak tu."

"Ingat kau sorang?"

Frostfire dan Supra berpandangan tajam, kalau boleh ada laser sudah pasti mahu sahaja keluar.

"Kita tengok aje nanti siapa yang budak tu pilih."

•••••

"Ni bilik kau, aku harap kau betah tinggal sini."

Glasier menarik tangan Gempa masuk ke dalam sebuah bilik yang boleh dikata luas dan agak mewah.

Gempa mengedarkan pandangan matanya di segenap bilik tersebut. Dia terpegun melihat suasana bilik yang akan ditempati olehnya mulai detik ini.

Glasier berkalih pandang ke arah Gempa yang sibuk memandang ruang bilik itu.

"Kau suka?" soal Glasier. Gempa menoleh.

"Suka! Suka sangat." jawab Gempa dengan kepala diangguk laju sambil tersenyum manis.

Glasier sempat terkedu melihat senyuman tersebut, namun dia cepat-cepat berdeham.

"Baguslah kau suka, pergilah mandi. Nanti makan malam, aku panggil kau." katanya.

"Hm!"

"Okey, kalau macam tu aku keluar dulu."

Gempa mengangguk namun dia kembali memanggil Glasier bila teringat sesuatu.

"Umm Glacier!"

Glasier menoleh, keningnya dijongket seolah bertanya.

"Umm baju.. baju Gem tak ada.. Macam mana nak pakai nanti?"

Glasier terkekek pelan, "Baju kau ada aje, tu kau tengok kat dalam almari. Semua pakaian kau sudah tersedia kat almari baju tu. Pilih aje kau nak pakai yang mana."

"Oh, terima kasih."

"Hmmm, no problem bunbun."





Tbc...

The Elementals Family S1 [C]√Where stories live. Discover now