BB 1

1.3K 52 17
                                    

"Bapak ah! Tak sangka, ramai juga yang nak join citer merapu aku ni! Tehek! Tapi.."

Sya memandang sekeliling biliknya, dia melangkah keluar. Anak matanya mencari kelibat anak buahnya.

"Mungkin diorang masih belum siap solat lagi? Baik aku melepak kat bawah sat, sambil tunggu Isyak."

Dia terus melesap ke ruang tamu, sofa menjadi tempat pelabuhannya. Telefon bimbitnya kembali ditilik.

"Aku nak pilih siapa eh? Kalau aku pilih yang bertuah, kesian pula yang tidak terpilih. Hmmm.. Kalau aku sapu semua tak boleh ke?" bisiknya seorang diri. Kepala yang tidak gatal digaru, habis senget tudungnya.

"Apa yang kau bebelkan tu Sya? Kau nak sapu apa?"

"Oh mak kau! Ish! Korang ni terkejut aku!" marah Sya.

Sepuluh elemen bersaudara, tersengih sahaja.

"Hehe, maaf. Lagipun kitorang suka tengok kau melatah. Mek melatah!"

"Tahi anda."

Mereka semua melabuh duduk. Kini tumpuan mereka semua tertuju pada Sya.

Sya berdehem bila ditatap oleh sepuluh pasang mata yang pelbagai warna. Sya memandang Boboiboy bersaudara yang masih mengenakan baju melayu dengan kain pelikat, di atas kepala pula terhias songkok hitam. Hensem bakhang!

"So? Apa yang kau bebelkan tadi?" soal Halilintar.

"Oh, pasal yang join book ni ha. Tak sangka ramai juga yang nak join. Aku target dalam sepuluh orang saja." Sya membalas.

"Ramai tu, berapa orang?" Frostfire bertanya pula.

"Hmmm, sepuluh ke atas. Dalam 20 orang macam tu lah."

Mulut masing-masing membulat kecil.

"Habistu, siapa yang kau pilih? Kata kau nak minimal 10 orang?"

"Tu lah pasal. Aku tak tau nak pilih siapa."

Elemen brothers berpandangan sejenak.

"Kalau macam tu kau pilih aje semua. Senang."

"Aku sokong. Ramai lagi best."

Sya memandang mereka lalu tersenyum lebar. Kata diorang ada betulnya juga.

"Aku dah tau. Ohya, esok diorang akan datang sini. So, jaga perangai korang yang sengal tu."

"Biadap kau!"

Mereka semua membaling bantal kusyen pada Sya.

Sya tergelak sambil menepis bantal tersebut.

"Kata orang, dia pun sama aje sengalnya. Dah Isyak ni, jom solat berjemaah lepastu kita solat terawih."

"Roger!"

•••••

Keesokkan harinya...

Supra membetulkan baju t-shirt hitamnya, seraya menuruni anak tangga. Sementara di belakangnya terdapat trio cool dan Glasier.

"Huwaa!!" Glasier menguap lebar, tanpa menutup mulutnya.

Trio cool dan Supra memandang Glasier datar.

Ice melempang mulut Glasier buatkan lelaki itu kaget seraya mengaduh sakit.

"Sakitlah!" rengek Glasier.

"Dah tu, cuba lah tutup mulut kalau nak menguap tu! Tak senonoh!" marah Ice.

Yang lain hanya menggelengkan kepala.

Setiba mereka di ruang tengah rumah, mereka menuju ke arah trio troublemaker, Gempa dan Frostfire.

"Oit korang, Sya kata diorang datang hari ni. Tapi tak muncul-muncul pun? Budak Sya pi mana?" kata Supra seraya melabuh duduk dan diikuti yang lain.

"Kitorang pun tak tau, Sya dari subuh dah lesap. Entah kemana perginya." jawab Blaze.

"Pula. Habistu, ma..."

Ting! Tong!

Mereka semua berpandangan.

"Siapa yang datang pagi buta ni?"

"Entah! Jom pi tengok!"

Mereka semua bergerak ke pintu utama rumah.

Taufan menjadi wakil untuk bukakan pintu. Di saat pintu terbuka, mereka tercenggang bila mendapat beberapa orang perempuan berdiri di hadapan rumah mereka.

"Whatta the-aduh!"

"Puasa mangkuk! Jangan mencarut."

Gempa melempang kepala mereka, bulan puasa pun masih nak mencarut. Hampeh betul.

"Korang siapa?" soal Gempa sopan sambil memandang kesemua perempuan yang ada di hadapannya. Jumlah kesemuanya adalah 20 orang.

"Oh! Tunggu korang ke yang Sya cakap tu?"

Belum sempat salah seorang dari mereka mahu buka suara, Frostfire sudah menyampuk.

20 orang perempuan itu, mengangguk kepala laju. Mereka tersenyum dan mula memperkenalkan diri masing-masing.

"Oit korang! Sorry lambat!"

Mereka semua menoleh ke arah suara tersebut, terlihat Sya berlari ke arah mereka dengan nafas termengah-mengah.

"Oit Sya! Yuhu!"

Sya tersenyum pada mereka semua.

"Korang dah sampai! Baguslah! Kenapa tak masuk lagi, jomlah masuk!"

"Jom!"









Tbc...

Permulaan yang sedikit hampa, sorry tau!! Chapt yang akan datang mungkin akan ada agenda yang lebih keling, so sabar eh and enjoy! Kerana aku serba salah untuk pilih, so aku sapu semua 🤣.

liaa_nadh, Nur_Zulaiqha, RyiuukiNiN, Humaira_Fauzi, Yellowberrycatypie, OkaSanuv1903, GoldDragonKnight, KimNurina_123, LyanaGempa, budifirda, gempa_chan, Boboiboy_frostfirez, Izumi_starz, Aqio13, waffiya, Boboiboy2001, Mawar146, gumgumchan, Itazzi_Nirun and kadeknova.

Thanks sebab join!! Aku harap korang enjoy! 😂

The Elementals Family S1 [C]√Where stories live. Discover now