Part 147 (TrioCool x Gempa)

1.6K 84 17
                                    

Vampire!TrioCool Student!Gempa
Enjoy your read!
*****

"Ingat tau, nak masuk hutan ni kena berjaga-jaga jangan sampai kita berpecah. Sebab hutan ni, orang kata ada vampire."

Kepala Gempa terangkat, memandang ketujuh kawannya yang bercerita tentang sejarah hutan belantaran itu yang sedang mereka jejaki. Sebenarnya mereka ke sana, sekadar mencari tahu adakah benar vampire yang orang ramai sebutkan itu ada? Macam karut aje.

"Gem?" ketujuh kawan itu menoleh ke arah Gempa yang sedari tadi diam, tidak berkata apa-apa.

"Apa?" soal Gempa.

"Tak adalah, kau okey tak? Senyap aje dari tadi." kata Gopal. Gempa hanya tersenyum kecil.

"Tak adalah, aku okey aje. Bila kita nak sampai? Tak nak cari tempat untuk berehat dulu ke? Dah nak senja ni."

"Betul juga apa yang di kata Gempa, hari pun dah nak senja ni. Ada baiknya kita cari tempat untuk berehat. Hmmm, aku rasa kat sana boleh."

Yaya menunjuk ke arah tempat yang sedikit lapang dan luas, mereka terus menuju ke sana.

"Hmmm luas juga, jom pasang khemah. Ohya Blaze, Gempa dan Thorn kau orang tolong cari kayu boleh?"

"Sure!" duo troublemaker dan Gempa berlalu untuk mencari kayu. Manakala yang lain bertindak memasang khemah.

"Kita nak cari kat mana?" Thorn buka suara sambil itu anak matanya mengedar mencari kayu, sehinggalah dia mendapati apa yang mereka mahu ada di balik semak.

"Korang tu ada kayu, jom kutip." Kata Thorn lagi.

Gempa yang berjalan di belakang Blaze dan Thorn, secara tiba-tiba berhenti. Dia mengusap kedua lengannya dan lehernya tatkala merasai hembusan angin sejuk.

Dia menoleh ke belakang, bila dirasai ada sesuatu yang melintas. Kening Gempa berkerut, selang beberapa saat dia mengangkat bahu acuh.

"Darah manis.."

Gempa melompat kaget bila ada yang berbisik di cuping telingnya, dia tercari-cari suara tersebut namun tiada sesiapa.

"Alamak! Mana Blaze dan Thorn?!" Gempa mula kalut tatkala tidak mendapati kedua kawannya di sekitar itu, mesti dia sudah ditinggalkan.

Dia mengambil langkah untuk segera mencari kedua kawannya, tanpa dia sedari ada tiga pasang mata sedang memerhatikannya dari atas pokok.

"Blaze! Thorn! Korang mana!!" jerit Gempa. Dia takut okey, sudahlah hari makin gelap.

Srekk!

Laju kepala Gempa menoleh ke kiri, dia menatap semak yang bergerak-gerak. Dia mendekati ke arah semak itu, dia mengintai di balik semak.

"Baaa!!"

"Argh!!"

Gempa jatuh terduduk dengan kejutan yang baru sahaja dia terima. Dia pegang dadanya yang berdebar kencang. Dia pandang tajam pada kedua kawannya yang sudah mentertawakan dirinya.

"Tak guna korang!! Aku belasah juga korang sekor-sekor nanti!" marah Gempa, tubir matanya sedikit berair. Mungkin takut yang amat.

"Maaf Gemmy, kitaorang gurau aje. Tidak tau pulak kami, yang kau ni penakut juga hehehe." kata Blaze. Mereka berdua keluar dari balik semak itu sambil memegang beberapa batang kayu yang mereka jumpai.

Gempa bingkas bangun, dia berpeluk tubuh.

"Mana ada aku takut! Aku cuma terkejut ajelah! Korang tak guna! Aku benci tau, nak merajuk dengan korang selama 2 jam! Ugh!"

Betis Thorn dan Blaze disepaknya kuat seakan melepaskan rasa geram. Duo troublemaker itu mengaduh sakit.

"Maaflah, kitorang hanya gurau ajelah."

"Tiada maaf bagimu." Gempa menjelirkan lidahnya seraya menonong pergi ke arah tempat perkhemahan.

"Yah Gempa tunggu!"




Yay or nahh?

The Elementals Family S1 [C]√Where stories live. Discover now