Part 18 (Ice x Gempa)

2.6K 116 9
                                    

Kring!

Bunyi loceng sekolah mula kedengaran, bertanda waktu rehat sudah tiba.

"Okey, pelajaran kita sampai disini sahaja. Kamu semua boleh keluar rehat sekarang." kata Cikgu Siti selaku guru sains.

"Terima kasih cikgu!"

"Sama-sama." Cikgu Siti senyum lantas berlalu dari kelas 5 Jujur.

"Korang jom rehat!" jerit Blaze pada saudara kembarnya dan kawan-kawannya.

"Jom!" sahut mereka semua kecuali Halilintar dan Ice yang masih tidur.

"Korang pergi dulu aku nak bangunkan si Ice bear ni." kata Gempa sambil jarinya menunjuk Ice yang menjadi rakan semejanya.

"Baiklah, kami tunggu kau kat kantin tau. Jom korang!" kata Taufan sambil mengajak yang lain untuk ke kantin.

Selepas perginya mereka semua, Gempa beralih ke arah Ice yang lena dibuai mimpi. Lelaki itu tidur dengan kepala mengadap ke arahnya, membolehkan Gempa untuk merenung wajah damai Ice.

Jari jemari Gempa mula menyentuh pipi Ice, dia menepuk perlahan pipi saudaranya itu.

"Ice bangun, dah waktu rehat ni. Kau tak lapar ke? Bangunlah."

Gempa hela nafas bila kelopak mata Ice mula terbuka dengan perlahan-lahan. Pandangan mata mereka berdua saling bertaut. Iris kuning keemasan Gempa bertemu Iris biru aqua yang menenangkan milik Ice.

Wajah Ice datar, namun tidak dengan matanya yang merenung Gempa penuh kelembutan dan tenang.

Gempa telan liur, terasa canggung bila ditenung sebegitu oleh Ice.

"Ice, jomlah ke kantin. Diorang dah tunggu kita tu. Kau tak lapar ke? Jomlah." ajak Gempa sambil menarik-narik hujung baju Ice.

"Ice cepatlah Ice, kita ke kantin Ice." kata Gempa untuk sekian kalinya.

Gempa merengus kesal bila Ice tidak menyahut kata-katanya, malah lelaki itu hanya memandang ke arahnya dengan wajah datar.

"Weii Ice bear cepatlah, yang kau pandang aku kenapa? Cepatlah kita ke kantin Ice." kata Gempa geram, dia mengembungkan pipinya.

Ice simpan senyum yang hendak terukir, dia suka melihat Gempa yang kesal akan dirinya dan suara Gempa yang memanggil namanya. Dia suka.

"Ice! Cepatlah!" Gempa mula bertindak kasar, dia mengoyang tubuh Ice geram.

Ice menegakkan tubuhnya, tangan Gempa yang masih mengoyang tubuhnya dipegang kemas.

"Ice?"

Hening. Tiada respon dari Ice. Lelaki itu hanya memandangnya sambil kedua tangan Ice memegang tangannya. Kemas seakan tidak mahu dilepaskan.

"Ice, Ice?" anak mata biru aqua milik Ice jatuh pada bibir Gempa yang setia memanggil namanya dengan nada yang lembut. Dia menggigit bibir bawahnya, teringin dia mahu merasai bibir merah itu.

"Ice! Weii kau okey tak Ice? Ice kau.." Ayat Gempa terputus begitu sahaja apabila bibirnya dicumbu Ice.

Membulat mata Gempa, dia membalas pandangan mata Ice yang lembut merenungnya. Gempa mendorong kasar tubuh Ice sehinggalah ciuman mereka terlerai.

"Aku suka dengar kau panggil nama aku,"

"Apa yang.." Gempa yang mahu bersuara bertanya, kembali dicium Ice.

Ice melingkarkan tangannya pada pinggang Gempa lalu mengangkat tubuh saudaranya ke atas pangkuannya. Belakang kepala Gempa ditekan merapat kepadanya bagi memudahkan Ice untuk memperdalamkan lagi ciumannya.

"Hmmm, manis." ucap Ice sebaik sahaja dia meleraikan ciuman tersebut. Kedua belah pipi saudaranya dikucup penuh kasih.

"Ice.."

Gempa menggigit bibir bawahnya, pipinya tampak berona merah kerana malu apatah lagi dengan kedudukan mereka yang begitu intim. Gempa bergerak ingin turun daripada pangkuan Ice namun lelaki itu terlebih dahulu memeluk tubuhnya dengan erat.

"Shh, diam." bisik Ice, jari jemarinya bermain dipipi Gempa. Dibelai dan dicubit.

Gempa hanya diam sambil merenung Ice yang sibuk bermain dengan wajahnya.

"Ice.." gumam Gempa.

Mendengar namanya disebut, Ice menoleh daripada memandang pipi Gempa ke arah empunya.

"Yes, sweety pie." sahut Ice, anak mata mereka berdua bertaut lama. Saling menyelami ke dasar anak mata masing-masing.

"Ice."

Ice tersenyum dalam gelak kecilnya.

"My sweety memang suka panggil nama aku hmm?" sakat Ice. Dia tergelak kecil bila mendapati kedua belah pipi Gempa berona merah.

"Ice a..aku, aku.."

"Apa?"

"Aku lapar, jom ke kantin." kata Gempa dengan wajah polosnya.

Gelak kecil tercetus dibelah bibir Ice. Bibir Gempa dikucup sekilas. Satu senyuman paling manis, dia berikan pada orang tersayang.

"Jom, sweety pie."





-Tamat-

The Elementals Family S1 [C]√Where stories live. Discover now