Part 88 (Glasier x Gempa)

1.2K 83 10
                                    

Glasier memandang langit malam di balkoni biliknya, di dalam hatinya dia mengira jumlah bintang yang berkelipan dan bertaburan di dada langit.

Dia tersenyum kecil, namun tidak bertahan lama. Senyuman itu mula luntur bila mengingatkan kejadian di perpustakaan pada pagi tadi. Di mana Fang meluahkan perasaannya pada Gempa.

"Tak sangka yang aku ada persaingan. Fang kau pilih orang yang salah untuk bersaing. Kita tengok siapa yang akan dapat Gempa dulu."

Glasier tersenyum sinis. Otaknya mula memikirkan idea untuk dirancang pada esok hari.

"My bunbun, aku harap kau tak marah kat aku nanti. Aku buat semua ni sebab aku sayangkan kau. Kau hanya milik aku."

Dring.. Dring..

Glasier tersentak bila telefon bimbitnya berbunyi, dia mengambil telefonnya yang terdampar di atas meja yang berada di balkoni itu.

Dia melihat si pemanggil yang mahu melakukan video call melalui whatsapp. Gempa.

Glasier dengan pantas menjawab panggilan video itu, dan terpaparlah wajah Gempa di skrin telefonnya.

"Glacy!!" jerit Gempa semangat di seberang talian.

"Apa?" jawab Glasier datar. Dia memandang wajah Gempa yang tampak manis dan comel pada malam itu. Ingin sekali dia belai wajah itu.

"Glacy, aku ada benda nak kasi tau kau." kata Gempa dengan senyuman manis.

"Apa?"

"Aku dah fikirkan pasal lamaran Fang tadi."

"Jadi?"

"Aku nak terima dia, sebab aku pun suka dia."

Glasier mengetap giginya, rahangnya mengeras selepas mendengarkan itu. Dia meramas telefon yang berada di genggamannya.

"Oh macam tu ke?"

Gempa merenung wajah Glasier di skrin telefonnya. Dia tersenyum dengan kepala terangguk kecil.

"Ya, kau.."

"Tak apalah Gem, ibu aku panggil makan malam. Bye," bohongnya.

Tanpa menunggu balasan daripada Gempa, dia terus mematikan panggilan tersebut secara sepihak. Dia mencampak telefonnya di atas meja. Wajahnya diusap kasar.

"Damn it! Kau sengaja nak sakitkan hati aku ya? Aku pastikan kau menyesal, walau apa cara sekali pun aku akan buat kau hanya jadi milik aku!"

•••••

Keesokan harinya...

Gempa dan Glasier berjalan beriringi memasuki perkarangan sekolah. Suasana di antara mereka sedikit canggung dan beku. Selalunya mereka berdua akan berbual sambil menuju ke kelas, namun tidak kali ini.

Gempa mengerling Glasier di sebelahnya, lelaki itu hanya membisu sedari tadi. Tiada satu pun perkataan yang keluar di belah bibir Glasier.

"Glacy kau okey?" soal Gempa hati-hati.

Tiada respon daripada Glasier, Gempa hela nafas. Dia tahu, mungkin lelaki itu dalam mood yang tidak baik. Dia dah masak dengan perangai lelaki itu, Glasier kalau moodnya tidak baik, dia akan diam sampai moodnya membaik.

"Tak apalah, jom masuk kelas."

Hening... Mereka berdua melangkah masuk ke dalam kelas yang masih sepi itu.

"Gempa!!"

Gempa menoleh, Glasier hanya mengerling dengan wajah yang amat dingin.

"Oh Fang, kenapa?" soal Gempa, di sertai senyuman manis.

The Elementals Family S1 [C]√Where stories live. Discover now