Part 122 (FrostfirexGempaxSupra)

1.2K 66 8
                                    

Frostfire dan Supra mengaru kepala sambil memandang wajah garang Gempa yang sedang duduk ditengah katil sambil berpeluk tubuh.

"Korang memang tak guna! Tengok sekarang apa yang korang dah buat kat aku? Aku susah nak berjalan." kata Gempa dengan nada geram. Wajahnya cemberut.

Tilam disebelahnya dipukul seolah melepaskan rasa sakit hati. Macam mana tidak sakit hati, kalau dua malaun itu menghajarnya habis habisan semalam.

"Alaaa.. Tapi kau pun suka kan?" sakat Frostfire dengan kening dijongket beberapa kali. Senyuman nakal bermain dibibirnya.

Gempa berdecit, dengan wajah berona merah. Duo cool itu tergelak kecil.

"Sekarang kau milik kami sepenuhnya." tegas mereka berkata.

"Kau ingat aku ni barang ke apa, main cop-cop milik siapa ha? Suka hati aje." rungut Gempa.

Mereka berdua mengangkat bahu acuh.

"Don't care, kau nak makan apa? Kami buatkan sebagai permintaan maaf sebab dah buat kau tak boleh jalan."

Gempa buat muka, dia tersenyum senget.

"Baik."

Kening Frostfire dan Supra terjongket sebelah bila melihat senyuman Gempa tersebut.

"Aku nak pizza, ayam goreng, mee kuah dan hmm nak spagetti, burger, cupcake, pau yang disalut telur dan madu umm mesti sedap an? Ha jangan lupa susu pisang."

Mulut Frostfire dan Supra melopong bila mendengar senarai order yang keluar dari mulut Gempa. Mak aihh banyaknya!

"Habis ke?!"

"Apa? Mestilah habis, jangan pandang aku sebelah mata okey? Sudah pergi buat sekarang, sebelum aku tam..."

Belum sempat Gempa habiskan ayatnya, duo cool itu sudah berdesup keluar bilik seolah tidak mahu mendengar senarai order yang ditambah oleh lelaki itu.

Gempa tergelak jahat. "Padan muka. Rasakan."

•••••

Tidak berkelip mata Frostfire dan Supra melihat Gempa yang makan dengan begitu lahap dan berselera sekali. Mereka tengok Gempa makan pun sudah terasa kenyang.

"Mak aihhh, makan tu pelan aje lah. Tak ada orang nak ambil makanan kaulah." tegur Supra.

"Entahnya, kau ni harap aje badan kecil. Tapi, nafsu makan kuat gila. Pergi mana ha makanan yang kau makan tu? Pipi?"

Gempa menjeling. "Pergi ke perutlah, bila sampai sana dia proses menjadi seketul naj-hmmp!"

Mulut Gempa dibungkam oleh paha ayam, atas perbuatan daripada Supra yang selamba badaknya memasukkan paha ayam ke dalam mulut Gempa.

"Kau ni, depan makanan pun cakap benda tu. Gelilah, tak elok tau tak? Yang ada selera terus tak ada." Bebel Supra.

"Biarlah."

Duo cool itu menggeleng kepala, penat layan kerenah kekanakkan Gempa itu. Tahu nak menang dekat dia saja, kita pula yang kena mengalah. Sabar sajalah.

"Gem, malam ni ada festival kat taman. Kau nak pergi?"

"Nak! Nak!" jawab Gempa laju dengan kepala diangguk semangat.

Mereka berdua tersenyum, "Okey, nanti kita pergi ya?"

"Hm!"


Tbc...

The Elementals Family S1 [C]√Where stories live. Discover now