Part 151 (Supra x Gempa)

900 68 7
                                    

"Hmmm.."

Seorang lelaki dewasa, bergumam pelan sambil menandatangani dekomen-dekomen. Dia mengerling jam tangan.

"Haa, aku rindu dia. Larche masuk."

Beberapa minit kemudian, PAnya masuk ke dalam ruangan pejabatnya.

"Ya Tuan muda Supra?"

"Apa maklumat untuk hari ni?" soal Supra berterus terang.

"Hmmm, pasal Tuan Gempa? Dari maklumat yang di hantar oleh orang kita, dia berada di universiti. Dengar kata dia demam tapi berdegil juga untuk ke kelas."

"Oh.."

"Tuan nak jumpa dia? Kami boleh buat per..."

"Tak payah, tau lah aku nak buat macam mana."

"Baik. Kalau macam tu saya permisi, ohya sebelum lupa. Pukul 2 nanti, Tuan harus jumpa klien dari syarikat Airliner di caffebay."

Supra mengangguk kepala faham.

"Baik, kau boleh pergi sambung kerja. Kalau ada apa-apa info aku."

•••••

Gempa mengemas peralatan belajarnya ke dalam beg sandangnya, dia menoleh pada kawannya Gopal yang berdiri di muka pintu dewan.

Beg sandangnya dipikul ke bahunya lalu dia menerpa ke arah Gopal.

"Jom lepak kafe, aku lapar." kata Gempa.

"Sure, tapi betul ke ni kau okey? Aku risaulah." kata Gopal dengan nada suara yang risau. Dia pandang Gempa atas bawah.

Gempa hanya mengukirkan senyuman kecil. Dia menepuk bahu kawan baiknya itu.

"Aku okeylah, jom." 

Gempa menarik lengan Gopal, untuk pergi dari situ.

"Betul ni kau okey?"

"Ya! Jangan risau lah, kau ni. Risaukan aje perut kau tu yang berbunyi dari tadi." bidas Gempa.

Gopal tersengih-sengih canggung sambil mengaru belakang kepalanya.

"Hehe, jom ke kafe. Hari ni aku belanja!"

"Wah! Best ni, aku nak pau kau sampai pokai!"

"Hoi! Habislah duit aku macam ni."

"Biarkan."

Mereka berdua tergelak bersama, sambil berjalan beriringan keluar dari bangunan universiti.

"Gopal, kau bawa kereta kan? Naik kereta kau lah eh? Sambil tu boleh lah kau hantar aku balik nanti, hm?" ujar Gempa.

Gopal mengangguk. "Yelah, demi kawan tercinta!"

Gempa tergelak, "Terima kasih sebab mencintai aku hehe. Love you too."

"Gelilah wei." gurau Gopal, sambil membuat muka geli. Gempa mencebik.

"Suka hati, dah jom pergi."

"Hmm!"

•••••

"Terima kasih atas kerjasama anda dengan syarikat kami. Semoga syarikat kita akan berkembang pesat."

"Ya tak apa, lagipun sudah lama saya mahu menjalankan hubungan kerjasama dengan anda encik Supra. Terima kasih kerana mahu menjadi rakan kongsi saya."

Supra hanya menganggukkan kepala dengan senyuman tipis.

"Ya."

"Kalau macam tu, saya minta diri dulu."

Mereka berdua berjabat tangan dan saling berbalas senyuman. Supra dan Larche menghantar kepergian rakan kongsi mereka sehingga hilang daripada pandangan mata.

"Tuan muda, dia ada kat kafe ni."

Supra menoleh ke arah Larche, dia faham siapa yang PAnya maksudkan.

"Mana?" Soal Supra separuh berbisik.

"Dia duduk di meja hujung kafe ni, dia bersama dengan kawannya."

"Oh." Supra mencari orang yang mereka bualkan.

Dia tersenyum kecil, tatkala menjumpai orang yang dia suka dalam diam berada di situ. Lelaki manis itu begitu asyik bergurau senda dengan kawannya. Bila dia akan dapat berbual begitu dengan orang yang dia suka? Dia jeles dengan lelaki bertubuh gempal itu.

"Jomlah balik ke ofis, ada banyak lagi yang perlu diselesaikan." kata Supra seraya berganjak dari kerusi, diikuti oleh Larche.

"Tuan tak nak jumpa dia?" soal Larche.

"Nak sangat, tapi belum waktunya. Kau pun tau kan, dia takut pada orang yang suka sesama jenis ni." kata Supra.

Larche diam sambil memandang wajah muram Tuan mudanya.

"Tapi, dia takut bersebab. Dia ada kisah silam yang tidak dapat dia lupakan. Saya harap Tuan muda dapat hilangkan rasa takutnya dan bahagiakan dia."

Supra tersenyum dalam helaan nafas berat. Dia mengerling ke arah Gempa, tidak semena-mena anak mata mereka berdua bertaut buat seketika sebelum dia terlebih dahulu melarikan pandangan mata ke arah lain.

"I hope so.."





Tbc...

The Elementals Family S1 [C]√Where stories live. Discover now