Part 166 (AllElementals x Gempa)

1.3K 86 14
                                    

Gempa melangkahkan kaki masuk ke dalam bangunan kolejnya. Jam di tangan, dia kerling sejenak. Baru pukul 7.30 pagi.

Dia mengedarkan pandangan mata di sekeliling lobi kolejnya itu. Sepi sahaja, seperti tiada tanda-tanda kehidupan.

"Aku datang awal sangat ke?" bisik Gempa. Entah kenapa perasaannya menjadi tidak tenang, peluh dingin dia rasa melihat suasana suram di lobi itu.

Tap! Tap!

Spontan Gempa berbalik bila mendengar suara kaki berasal dari belakangnya. Bulat mata Gempa, saat mendapati tiga ekor serigala berjalan mendekatinya.

Gulp!

"Macam mana dia boleh ada kat sini? Dahlah aku sesorang aje kat sini, mama Gemgem takut.." bisik Gempa ketakutan. Dia berjalan mundur bila serigala itu makin maju ke arahnya.

Namun, dia terlanggar sesuatu di belakangnya. Gempa menoleh, bulat matanya bila mendapati lagi tiga ekor serigala berada di belakangnya.

Lemah lutut Gempa jadinya, bila dirinya dikepung oleh binatang buas itu. Rasanya, ajal dia sudah mendekat.

Gempa jatuh terduduk kerana tidak kuat menahan beban tubuhnya yang terasa lemah itu. Mahu lari, tapi dia tahu perbuatannya itu hanya sia-sia sahaja.

"Aku mohon jangan makan aku.." Gempa mengenggam kedua tangannya di hadapan wajahnya, mata dipejam sambil membuat wajah simpati.

"Aku mohon, daging aku tak sedap. Aku janji akan jadi budak baik, jangan makan aku. Aku mohon wahai serigala-serigala sekalian."

Hening...

Gempa membuka matanya perlahan-lahan. Dia memandang keenam serigala yang berdiri megah di hadapannya.

"Kenapa? Korang tak akan makan aku kan? Hm? Hm?" tanpa Gempa sedar, dia buat muka comel dengan kelopak mata mengerjap polos.

Keenam serigala itu, menggeram pelan buatkan Gempa terundur ke belakang.

"Aku rasa..huwaaa!" Gempa kaget bila wajahnya dijilat oleh 'mereka'. Gempa pejam mata, wajahnya basah dengan liur dari keenam serigala itu. Perasaan takut singgah dihatinya.

Bruk!

Gempa rebah tidak sedarkan diri, kerana terlampau takut yang dia rasa.

Nampaknya kita dah takutkan dia. Baik kita alihkan dia dari sini kejap lagi para manusia datang.

Woof! Woof!
















Tbc...

The Elementals Family S1 [C]√Where stories live. Discover now