Part 23 (Halilintar x Gempa)

2.9K 114 15
                                    

Nakal vers!
******

"Halilintar!!"

Halilintar yang sedang menuruni anak tangga sekolah, berpaling mencari suara seseorang yang memanggil namanya.

"Sini!" Halilintar mendongak, dia mendapati Gempa sedang tersenyum seraya melambai tangan padanya. Lelaki itu berada di tangga ke tiga di atas kepalanya.

"Gempa? Ada apa?" soal Halilintar dingin. Kedua belah tangannya diseluk ke dalam poket seluar.

Gempa hanya tersengih, dia memberikan flying kiss pada Halilintar.

"Muachh! Bye Hali pikachu!" Gempa mengenyitkan sebelah matanya lalu berlari menaiki tangga kerana cuai dia terjatuh.

"Aku okey, aku dah besar!" jeritnya, walaupun tubir matanya sudah berair.

Sakitnya mommy. Bisik hati Gempa.

Halilintar hanya menggelengkan kepalanya dengan tingkah cuai dan ceroboh Gempa. Dia tersenyum kecil bila mengingatkan perbuatan Gempa tadi.

"Nakal sekarang kau ya Gemgem?"

•••••

Gempa mengetuk pintu yang berada dihadapannya.

"Weii aku nak masuk boleh?" tanpa menunggu keizinan tuan punya bilik Gempa terus menceroboh masuk. Kerana tingkahnya yang kalut, dia terpijak alas kaki dan terjatuh meniarap dia atas lantai.

"Bodoh punya alas kaki, sakitnya."

Halilintar yang baru sahaja keluar dari bilik air, menjongketkan keningnya melihat Gempa yang meniarap dimuka pintunya.

"Kau dah kenapa tido kat situ? Buang tabiat? Bangun karang." kata Halilintar datar, dia bergerak ke katil dan melabuh punggungnya dibirai katil.

Gempa bangun dari acara meniarapnya, dia tersengih malu.

"Hehehe, peace!"

Gempa menaikkan dua jarinya pada Halilintar dengan gelak kecil. Gempa menutup pintu bilik lalu berlari anak ke arah Halilintar dan dia mengambil tempat disebelah lelaki itu.

"Hai pikachu." sapa Gempa.

Halilintar menggulingkan bebola matanya. "Kau dah kenapa?"

"Nothing hehehe."

"Hehehe, dari tadi kau ni. Dah sewel?" bidas Halilintar, mengaju cara Gempa ketawa.

Wajah Gempa cemberut. "Mana adalah,"

"Whatever! Habistu kau buat apa ke bilik aku ni?" soal Halilintar, iris merahnya setia memandang setiap inci wajah Gempa.

Gempa mengetuk bibir merahnya, matanya memandang siling bilik Halilintar. Lagaknya seolah sedang memikirkan sesuatu.

"Tadi aku tengok satu citer ni dengan trio bual hal tu. Dalam citer tu ada scene kissing."

Halilintar telan liur, dia seolah tahu apa yang mahu di sampaikan Gempa.

"Habistu?"

"Hmmm. Kau pernah berciuman tak?" soal Gempa dengan wajah polosnya.

"Tak. Kenapa?"

Gempa memuncungkan bibirnya.

"Tak adalah. Aku cuma penasaran aje, diorang kata berciuman itu best. Tapi, macam mana rasa dia ya? Best sangat ke cium ni?"

Alahai Gempa, innocentnya kau. Bisik hati Halilintar. Rasa geram pula dia dengan tingkah lelaki didepannya ini.

"Kenapa? Kau nak rasa ke?" soal Halilintar, sengaja mahu memancing Gempa.

Gempa memandang Halilintar dengan matanya yang bersinar terang.

"Boleh ke? Tapi dengan apa?"

Halilintar menepuk dahinya. "Dengan apa? Jenis soalan apa kau tanya ni? Of course lah mulut dengan mulut."

"Maksudnya?"

"Kau ni! Tadi kau kata kau tengok citer kissing lah kepala bapaklah, ha macam mana dia kiss?"

Gempa menyengetkan kepalanya, lalu dia tersenyum bila teringat sesuatu.

"Aku tengok tadi diorang buat macam ni!" Gempa dengan selamba mencium bibir si pengendali petir.

"Macam tulah, yay!" Gempa tersenyum polos bila melihat wajah Halilintar yang terkejut dengan perbuatannya barusan.

"Gem kau, hmm. Biar aku ajar kau macam mana cara berciuman yang sebenarnya." Kata Halilintar dengan senyuman sinis.

"Macam mana?" soal Gempa semangat. Oh Gempa, kau memang campak diri kau sendiri ke dalam kandang serigala yang buas.

Senyuman Halilintar makin melebar.

"Kalau aku gigit bibir kau nanti, kau bukakan aje mulut kau tu."

"Eh? Asal pula kau nak gigit bibir aku? Kalau bibir aku sakit macam mana?"

Halilintar merenung Gempa datar. Sudut bibirnya bergerak kecil kerana geram.

Gempa tersengih. "Hehe, peace Hali. Aku gurau aje. Hehehe."

"Jomlah mula." ajak Gempa sambil memuncungkan bibirnya.

Halilintar simpan senyum yang hendak terukir melihat wajah Gempa tersebut. Comel.

"Okey."

Halilintar menarik kepala Gempa merapat padanya, mulut Gempa yang masih termuncung itu diciumnya lembut dan tidak tergesa-gesa.

Gigitan dan lumatan diberikan ke atas bibir Gempa. Halilintar menggigit bibir Gempa kasar seolah memberi isyarat pada lelaki itu untuk membuka mulutnya.

Gempa terjerit kecil bila bibirnya digigit begitu kasar, namun dia tetap menurut akan kemahuan Halilintar. Mulutnya dibuka perlahan.

Gempa merasakan sensasi aneh bila dia dapat rasa lidah Halilintar yang menerokai rongga mulutnya. Tangannya melingkar dileher Halilintar, dengan berani dia membalas ciuman Halilintar walaupun agak kaku.

Halilintar tersenyum bila mendapat balasan daripada Gempa. Ciuman mereka berdua terlerai. Gempa termengah-mengah, menghirup udara.

"Wahh! Gila, aku rasa nak mati. Oh oksigen." gumam Gempa.

Halilintar tergelak kecil. "So, macam mana?"

Gempa memandang Halilintar, wajahnya masam.

"Tak sedap, tak ada rasa apa pun. Ingatkan adalah rasa coklat ke, strawberry ke ha? Yang ada rasa air liur aje."

Halilintar menepuk dahinya kesal, dengan sifat dungu Gempa.

"Kau ni.."

"Tak apalah Hali, aku masuk bilik dulu. Esok sekolah, bye."

Gempa bangun dari duduk, dan berjalan secara berundur menuju ke pintu. Dia melambai tangan pada Halilintar, saat dia mahu berpaling kepalanya terhantuk pada pintu bilik.

"Aduh!" Gempa mengosok dahinya kasar. Sakit.

"Lembap! Lain kali, jalan tu elok sikit. Cuai." bebel Halilintar.

Gempa menoleh, dia tersenyum lebar.

"I'm okay, don't worry. Auch! Halilintar si pikachu risaukan Gemgem lah! Wah terharunya. Bye Halilintar, gudnite! Muachh!"

Gempa memberi flying kiss pada Halilintar sebelum pergi daripada situ dengan bersenandung riang.

"Gempa, Gempa. Cuai betul."





-Tamat-

The Elementals Family S1 [C]√Where stories live. Discover now