Part 7 (Blaze x Gempa)

2.7K 144 19
                                    

Warning! Chapt kali ni mempunyai sedikit unsur dewasa.
Jika ingin teruskan baca silakan, jika tidak sila undurkan diri.
*******

Blaze melabuh duduk di atas sofa, keluhan kasar dilepaskan. Topi dinonya dibuka lalu dicampak kasar disebelahnya. Dia mengusap kasar wajahnya yang tampak kusut dan serabut.

"Ish! Dia tu memang cari bala dengan akulah. Saja nak bagi aku naik angin. Kalau sehari tak sakitkan hati aku tak boleh ke?" marah Blaze. Bibir bawahnya digigit kasar, dia pejam mata agar perasaan panas dihatinya surut.

"Aku pastikan dia dapat hukumannya sebab dah buat hati aku panas." senyuman penuh makna bermain dibibir Blaze.

Clak!

Bunyi pintu utama rumah dikuak dari luar. Wajah gembira Gempa terjengul disebalik pintu. Blaze hanya memandang gelagat ceria Gempa itu dengan wajah tidak puas hati.

"Gempa dah balik. Hai Blaze, yang lain kemana?" Gempa menegur Blaze dengan cerianya. Dia duduk disebelah lelaki itu.

"Dalam bilik." Blaze menjawab acuh tak acuh. Wajah Gempa sedikit pun dia tak pandang.

Gempa mengangguk kepala dengan dahi berkerut. Dia mengerling wajah Blaze yang tampak seperti menahan emosinya.

"Blaze kau okey?" soal Gempa hati-hati. Bahu Blaze disentuhnya.

Blaze menepis kasar tangan Gempa dari bahunya, dia berkalih memandang wajah Gempa dengan tatapan tajam.

Gempa sedikit terkejut dengan perbuatan kasar Blaze barusan tetapi dia mencuba untuk bertenang.

"Kenapa kau ma..." ayat Gempa dipintas Blaze.

"Best ke keluar dengan Fang tadi?" soal Blaze tiba-tiba dan itu mengejutkan Gempa.

Gempa tersenyum manis dengan kepala diangguk riang.

"Best! Tadikan dia ajak aku tengok wayang, citer pusaka yang baru keluar tu. Best, berkali jugalah aku terkejut. Nasib baik tak ada sakit jantung tau."

Blaze yang mendengar, hanya mampu menahan rasa cemburu dan marahnya.

"Cis! Tengok wayang aje pun." bidas Blaze datar. Gempa hanya tersenyum sahaja.

"Kau kenapa sebenarnya? Cakap macam nak marah aje? Kau tak suka aku keluar dengan dia ke?" lembut sahaja Gempa menutur kata.

"Ya! Aku tak suka kau rapat dengan si landak ungu tu!" hambur Blaze marah.

"Tapi dia kan kawan kita, kau.." sekali lagi ayat Gempa dipotong Blaze.

"Siapa aje yang tak marah bila tengok kekasih sendiri keluar dengan jantan lain ha?" marah Blaze.

Gempa menundukkan kepalanya, jari jemari diramas kemas.

"Maaf." hanya itu sahaja yang mampu keluar dari mulut Gempa. Blaze hela nafas kasar.

"Maaf kau tu boleh hilangkan rasa sakit hati aku ke?" mata Blaze yang penuh amarah merenung wajah Gempa.

Gempa gigit bibir bawahnya, dia mendongak lalu menentang pandangan mata Blaze. Pipi lelaki itu disentuh lalu dibelai lembut. Dia tahu dengan berbuat seperti itu sedikit sebanyak dapat menenangkan Blaze yang tengah dikuasai emosi.

"Maafkan Gemgem, Blaze." satu kucupan hinggap ke atas bibir Blaze. Seulas senyuman manis, Gempa tarikan.

Wajah Blaze beransur tenang, dia hela nafas panjang. Dia cuba ukirkan satu senyum paksa.

"Baiklah aku maafkan kau tapi janji dengan aku ni last tau. Jangan buat aku sakit hati lagi, kalau tak siap kau." ucap Blaze penuh amaran.

Kepala Gempa terangguk laju. Tubuh lelaki itu dipeluk erat.

"Thanks Blaze. Aku janji tak buat lagi."

"Tapi, kau tetap kena hukum."

Mata Gempa membulat lebar. Pelukan mereka terlerai begitu sahaja.

"Tapi, kau kan dah ma.."

"Orang yang buat salah mesti dihukum bukan?" bisik Blaze dengan senyuman senget.

Gempa telan liur, dia pandang sekeliling ruang tamu dengan perasaan waswas.

"Jom ikut aku!" Blaze bangun sambil menarik tangan Gempa supaya lelaki itu membuntutinya.

"Err Blaze kita nak pergi mana ni?" soal Gempa kalut. Perasaannya mendadak menjadi tidak tenang.

Blaze tidak menjawab pertanyaan Gempa. Mereka tiba dihadapan sebuah bilik. Bilik Blaze.

Blaze tanpa banyak suara terus membuka pintu biliknya kasar lantas mendorong Gempa masuk kedalam.

Pintu dikatup dan dikunci oleh Blaze, dia berpaling dan merenung wajah Gempa yang berubah pucat.

"Kita nak buat apa Blaze? Hukuman kau tak aneh-aneh kan?"

Blaze simpan gelak yang mahu meletus bila melihat wajah Gempa yang makin pucat. Takut betul Gempa dengan dia.

"Kau rasa kita nak buat apa?"

"En..entah kita nak buat apa?"

Iris oren bertembung iris kuning keemasan. Lama anak mata mereka saling merenung antara satu sama lain sehinggalah Gempa terlebih dahulu melarikan pandangan matanya. Tidak kuat mahu melawan mata dengan Blaze. Segan.

Blaze melangkah mendekati Gempa, dagu lelaki itu dipaut lalu diangkat agar mata mereka kembali bertemu.

Gempa mengedipkan kelopak matanya melihat senyuman manis Blaze itu. Entah kenapa, dia dapat rasakan senyuman itu akan membawa bala padanya selepas ini. Dia harus waspada.

"Dah sedia nak terima hukuman kau, Gemmy?" Blaze berkata dengan nada menggoda. Gempa teguk air liurnya yang terasa kelat, dengan perlahan dia anggukkan kepala.

Senyuman Blaze yang tadinya manis mula luntur lalu diganti dengan wajah datar dan tegas. Dengan sekali dorongannya pada Gempa, lelaki itu jatuh terbaring diatas katil.

Gempa tidak sempat melarikan diri bila Blaze sudah berada diatasnya. Sekali lagi dia telan liur, sambil memandang Blaze yang sedang menindihnya.

"Blaze.." panggil Gempa gagap bila berada dalam keadaan begitu.

"Kenapa? Takut hm?" satu tiupan nafas yang sengaja Blaze lakukan mengenai wajah Gempa yang berada dibawahnya.

Wajah mereka saling merapat, dengan mata setia merenung satu sama lain.

Blaze menghapuskan jarak wajah diantara mereka, sehinggalah bibir keduanya saling bertembung.

Gigitan demi gigitan diberi, Blaze memberi isyarat melalui mata pada Gempa.

Gempa yang faham hanya mampu menurut, mulutnya dibuka sesuai kehendakkan Blaze.

Blaze menyerokai mulut Gempa dengan lidahnya, semakin dalam ciumannya dan menghairahkan.

Gempa yang berasa nafasnya hampir kehabisan segera menepuk dada Blaze memberi isyarat supaya berhenti.

"Hmmm." Blaze mengeram, lalu dengan tidak relanya, dia meleraikan ciuman tersebut akan tetapi dia tidak akan akhiri begitu sahaja.

Gempa yang baru sahaja mahu mengambil nafas dibuat tersentak bila lehernya digigit oleh Blaze. Bahu lelaki itu dicengkamnya kemas sambil mulutnya mengeluarkan lenguhan kecil.

"Gem, kau tau suara kau indah. Sangat."

Gempa menunduk malu, satu cubitan diterima Blaze dari jari ketam Gempa. Dia mengaduh kecil dengan senyuman manis.

"I love you Gemmy."

"Love you more Blazy."



-Tamat-

Okay x chapt kali ni? Btw enjoy it! 😊

The Elementals Family S1 [C]√Where stories live. Discover now