Part 125 (Fang x Gempa)

1.3K 55 10
                                    

Request from Aisyah_stern.
Enjoy your read!
*****

"Kenalkan ini adalah Gempa, dia ahli bomba yang baru. So, saya nak korang tolong tunjuk ajar pada dia okey. Tunjuk juga sikap positif, jangan buat onar."

Para pengawai bomba yang dikalangan berpangkat tinggi berada diruangan mesyuarat itu hanya tersenyum manis dengan anggukkan kepala.

"Ohya, Fang. Saya nak kamu tolong kenalkan dia dengan yang lain ya? Dan juga tolonglah serba sikit beri tunjuk ajar pada dia okey? Boleh?"

Fang mengangguk kepala patuh dengan arahan itu, anak matanya bertembung dengan Gempa. Dia terkedu bila melihat senyuman manis Gempa yang lelaki itu berikan padanya. Fang berdeham.

"Baik Tuan." kata Fang datar.

Tuan Kokoci tersenyum sambil membetulkan cermin matanya.

"Okey itu sahaja, sekarang korang boleh bersurai."

Semua dari mereka yang ada di dalam bilik mesyuarat itu mula beredar sambil bersapa mesra dengan ahli baru itu.

"Encik Fang kan?"

Fang menoleh, "Ya, panggil Fang aje tak payah berencik bagai."

Gempa mengangguk kecil. "Err.."

"Kenapa? Kau nak aku bawa kau round satu bangunan ni?"

"Boleh ke? Saya tak nak susahkan Fang nanti.."

"Tak apa, kau kan masih baru. Jom aku bawa kau round dan kenalkan satu tempat ke satu tempat. Senanglah nanti kau nak bergerak, tidak blur memanjang."

Gempa tersengih, "Hehehe, terima kasih Fang!"

Tubuh Fang mengeras tatkala Gempa memeluk tubuhnya, dia cepat-cepat meleraikan pelukan Gempa tersebut. Dia tersenyum kecil.

"It's okay, jom."

Gempa mengangguk semangat, dia menarik tangan Fang untuk segera bergegas.

"Jom!"

•••••

Fang dan Gempa berehat di bangku yang berada diluar bangunan Balai Bomba selepas puas merayap satu bangunan tempat mereka kerja itu.

"Apa yang buat kau untuk jadi ahli penyelamat bomba?" Fang menyoal, sekadar mahu menghancurkan suasana bisu di antara mereka berdua.

"Kenapa? Tak boleh ke aku nak jadi penyelamat?"

"Bukanlah, aku cuma tanya aje lah."

Gempa mencebik. "Kalau kau nak tau, cita-cita aku adalah nak jadi seorang penyelamat untuk masyarakat tau?"

Kepala Fang terangguk. "Okey diterima. Umur kau berapa eh?"

"25. Kau?"

"Oh kau muda satu tahun dari aku, aku 26. So, kau kena panggil aku abang." Kata Fang sambil mengangkat sedikit dagunya.

Gempa buat muka. "Abang? Like seriously? Tak nak lah aku, geli ah!"

Fang menjeling. "Tak nak sudah, aku just cakap aje kan. Aku pun tak hingin lah kau panggil aku macam tu."

"Yela tu, abang Fang.." Gempa dengan sengaja meleretkan suaranya, dia terkekek geli hati bila mendapati pipi Fang berona merah.

"Cieee ada orang malu lah,"

Fang merengus kecil, dia mendorong bahu Gempa seraya berganjak mahu pergi.

"Abang Fang tunggulah!"

"Heyy!!"








Yay or nahh?

The Elementals Family S1 [C]√Where stories live. Discover now