Part 37 (Solar x Gempa)

2.3K 96 21
                                    

Req from happyskai again.
Enjoy your read!
SolGem family!
*****

Gempa menghidangkan sarapan pagi di atas meja, dia tersenyum lebar bila kerjanya sudah pun siap.

"Sekarang aku kena bangunkan si Solar untuk makan."

Gempa beranjak dari dapur, anak tangga didakinya. Dia menuju ke bilik utama yang ada dirumah itu.

"Solar?" Gempa menjengukkan kepalanya ke dalam bilik, dia menguak daun pintu lalu melangkah masuk. Kelibat Solar dicarinya.

"Aik mana perginya Solar?" gumam Gempa hairan. Anak mata Gempa menangkap sepucuk nota yang terdampar ditengah-tengah katil.

Gempa dengan laju mengambil nota tersebut dan membacanya. Dia tersenyum lebar.

Jumpa aku ditaman malam ni dalam pukul 8, aku tunggu kau kat sana.

~from your hensem swag 🙈

"Alahai, ni mesti nak buat suprise. Suprise apa pula yang dia nak bagi kali ni eh?"

Gempa mengetuk dagunya, matanya menerawang memandang siling bilik. Dengan tidak sengaja, otaknya teringat akan sesuatu perkara yang sangat dia benci. Di mana kawan-kawannya pernah mengatakan bahawa Solar sudah...

"Aku akan pastikan yang diorang salah dan aku akan buktikan yang Solar masih ada disini bersama aku!"

•••••

Tepat pukul 8 malam, Gempa sudah pun terpacak ditaman itu sesuai permintaan Solar. Taman itu juga pernah menjadi tempat kenangan di antara dia dan Solar.

Gempa bergerak ke bangku taman lalu melabuh duduk disitu. Gempa mengedarkan pandangan matanya sekeliling taman yang tampak sedikit renggang pada malam itu.

"Mana Solar ni?" gumam Gempa, anak matanya tercari-cari susuk tubuh orang tersayang. Tepukan dibahunya, buatkan Gempa sedikit terperanjat.

"Cari aku ke my señorita?" Gempa tersenyum bila mendapati Solar disebelahnya. Tubuh lelaki itu dipeluknya erat.

"Solar, aku rindukan kau."

Solar hanya tersenyum kecil, ubun-ubun Gempa dikucupnya sayang. Dia membalas pelukan Gempa.

"Me too, I miss you so damn much my señorita." bisik Solar dicuping telinga Gempa.

"Tapi, kau tau tak yang diorang kata kau.."

Jari telunjuk Solar melekat pada bibir Gempa, seolah melarang lelaki itu untuk bersuara.

"Gempa, kau kena percaya. Benda yang hidup di muka bumi ni tak semestinya akan kekal lama, kerana dia mesti akan mati juga bila tiba masanya."

Gempa meleraikan pelukan tersebut dengan kasar. Wajah Solar yang teduh itu dipandang tajam.

"Apa maksud kau ha? Kau tau tak diorang.."

"Aku tahu." potong Solar. Rambut Gempa dibelai lembut, dia tersenyum kecil.

"Sebab tulah, aku ajak kau ke sini sebab aku nak sedarkan kau tentang sesuatu perkara yang tak nak kau percaya bahkan terima."

"Aku tak faham apa yang kau cakapkan ni Solar,"

"Gemgem, look at me and listen to me." Solar memegang wajah Gempa, dia pandang wajah lelaki itu penuh rasa sayang.

"Aku tau kau sedih dan sakit untuk terima semua ni, aku pun sedih. Tapi, kalau kau asyik sedih aje kau buat hati aku rasa sangat sakit. Aku tak suka tengok air mata kau yang berharga tu jatuh."

"Kalau boleh putarkan masa, aku tak nak pergi dan tinggalkan kau di sini sorang diri Gemgem. I love you."

Mata Gempa berkaca-kaca, dia sentuh tangan Solar yang memegang wajahnya.

"Solar.."

Solar mencium bibir Gempa untuk beberapa minit, dia tersenyum. Dahi lelaki itu dikucupnya pula.

"Gemgem, kau kena ingat yang aku sentiasa ada disisi kau dan juga disini." Solar meletakkan jari telunjuknya pada dada kiri Gempa.

"Hati kau."

"Kalau kau rindukan aku, tolong panjatkan doa agar rindu kau pada aku tersampaikan."

"Solar.."

"Gemgem, tolong ikhlaskan kepergian aku. Kalau kau masih macam ni, aku tak sampai hati nak tinggalkan kau tapi masa aku dah tak lama Gemgem. Tolong ikhlaskan hati kau dan lepaskan aku."

Setitik demi setitik air jernih jatuh ke pipi Gempa.

"Solar aku.."

"Please close your eyes Gem," Gempa hanya menurut kemahuan Solar. Dia dengan separuh hati mula memejamkan mata.

Solar mengucup kedua kelopak mata Gempa, tubir matanya berair. Dia pandang wajah Gempa buat kali terakhir.

"Gemgem, aku nak kau bangun dari dunia yang kau buat ni. Aku dah tak ada, Gempa dah tak ada. Aku mohon bangun dari khayalan kau dan lalui kehidupan kau yang masih panjang itu. Aku sayangkan kau."

"Selamat tinggal, my señorita."

Gempa menundukkan kepalanya, dia menangis semahu-mahunya. Dia tahu yang Solar sudah tiada di muka bumi ini, sudah dua bulan kepergian Solar namun dia tidak dapat terima semua itu sehinggalah dia membuat khayalan sendiri bahawa Solar masih hidup.

"Solar.."









-Tamat-

Ada yg feel x? 🤣

The Elementals Family S1 [C]√Where stories live. Discover now