Part 97 (Supra x Gempa)

900 69 7
                                    

Kepala Gempa mendongak angkuh, seolah tidak terusik dengan hinaan dan cemuhan daripada demon sebangsanya. Dia sudah lali dan muak dengan semua itu. Jadilah dia memasang topeng, menunjukkan dia kuat pada demon sebangsanya walha bila bersendirian dia akan menangis meratapi nasibnya.

Dia dipandang serong oleh sebangsanya kerana sesuatu perkara. Iaitu kerana ibunya mengkhianati sebangsanya sendiri dan dia harus menerima segala cemuhan semua itu.

"Hei demon pengkhianat! Asal kau tak dibuang dari dunia ni ha? Muak aku tengok muka tak bersalah kau tu. Kenapa mak kau tak bawa kau sekali pergi dari sini ha? Ke dia tak nak mengaku yang kau ni anak dia? Anak haram."

Kedua tangan Gempa terkepal kemas, bibirnya terketar-ketar menahan rasa yang terbuku di dada.

"Hey anak haram, asal kau diam? Dah bisu eh?"

Para bangsa demon yang berada di lobi sebuah bangunan hitam, menghamburkan gelak sinis.

Gempa menggulingkan bebola matanya, tubir matanya berlinangan. Namun, dia menahan diri.

"Apa lagi korang nak ha? Tak habis-habis lagi nak hina aku? Habistu korang tu tak haram ke? Oh lupa, mak dengan ayah korang kan suka 'bermain' dengan demon bahkan dengan angel pun dia sapu."

Gempa memandang sinis bila wajah mereka berubah riak. Salah seorang dari mereka maju ke hadapan dengan anak mata merah darahnya menatap Gempa tajam.

"Kau sengaja nak cari gaduh ke ha? Kau ingat kau tu siapa anak pengkhianat?"

"Kau.."

Bugh! Gempa tidak sempat menghabiskan ayatnya, bila lelaki itu menumbuk perutnya dengan kuat sekali. Gempa tersungkur sambil memegang perutnya yang terasa pedih. Dia memandang marah pada lelaki demon yang selalu cari masalah dengannya. Zeus.

"Kau dengan mak kau patut mampus dari dulu. Kalau kitorang jumpa mak kau, kami akan bawa dia ke hadapan Lucifer dan bunuh depan mata kau sendiri."

Bugh! Sekali lagi Gempa menerima tumbukan daripada lelaki itu.

Dia ingin balas perlakuan lelaki itu, tapi dia tidak mampu bukannya dia lemah akan tetapi jikalau dia berbuat begitu dia yang akan terima padahnya. Lebih teruk daripada ini.

"Jom pergi." katanya, mereka semua berlalu pergi meninggalkan Gempa yang terduduk di lantai lobi itu.

Gempa meringis sakit sambil menyentuh bibirnya yang pecah itu kerana ditumbuk.

"Tak guna. Aku pun tak nak hidup macam ni lah. Baik mati daripada hidup, kalau hidup pun asyik kena cemuh."

Gempa bangkit dari duduknya, dia terus terbang keluar daripada dunianya. Ingin mencari ketenangan.

•••••

Supra menatap bukunya yang menyala itu, dia hela nafas lega bila kerjanya sudah selesai. Hampir separuh hari dia tidak duduk diam kerana ke sana dan ke mari. Entah kenapa pada hari itu ramai orang yang meninggal.

Pemandangan bandar raya menjadi santapannya. Mindanya secara tidak langsung teringat akan seekor demon yang akhir-akhir ini mengusik jiwanya. Sudah seminggu dia tidak bertemu dengan lelaki demon itu sejak mereka berdua berkenalan buat pertama kalinya disitu.

"Hiks..hiks.."

Supra tersedar dari lamunannya. Dengan menggunakan kuasanya, buku yang dia pegang sedari tadi menghilang. Supra berpaling, mencari sumber suara tangisan itu.

Anak mata merah kekuningannya jatuh pada susuk tubuh yang berada di sudut bangunan itu. Lelaki itu sepertinya sedang menangis sambil memeluk kedua lututnya dan mengecilkan dirinya di sudut dinding bangunan.

"Gempa?" Supra mengorak langkah mendekati lelaki itu bila dia dapat mengencam lelaki itu adalah Gempa.

"Gempa? Kau kenapa?" Supra bercangkung di hadapan Gempa yang setia menyembunyikan wajahnya dikedua lututnya.

Gempa mendongakkan kepalanya, matanya yang kemerahan dan sembab kerana menangis tidak berhenti memandang Supra dengan pandangan kosong.

Entah kenapa hati Supra berasa sakit melihat wajah Gempa yang kacau itu.

"Kau okey?" soal Supra lembut.

"Okey." Gempa membuang muka ke arah lain bila melihat tatapan mata Supra yang seolah risau akan dirinya.

"Mulut boleh kata okey, tapi hati kita tak boleh nak tipu kalau kita tak okey. Boleh aku tau kau kenapa? Ada sesuatu terjadi kat dunia kau ke?"

Gempa hanya mengunci mulutnya, tidak menjawab ke atas pertanyaan Supra itu.

Supra hela nafas, dia pandang wajah Gempa dalam-dalam. Seolah ingin membaca apa yang terjadi pada Gempa melalui wajah muram itu.

"Sakit ke?" soal Supra tiba-tiba.

Gempa tersentak namun dia hanya diam, dengan kepala masih dipalingkan ke arah lain. Tidak mahu bertatap muka dengan lelaki bangsa angel itu. Pelukan pada lututnya dieratkan. Dagunya ditungkatkan pada lututnya.

"Aku tau kau sakit, sakit sangat ke? Boleh bagitau aku? Kau boleh kongsi dengan aku rasa sakit tu kalau kau nak."

Tiada respon daripada Gempa, dia diam dengan tubir matanya mula berlinangan bila mendengarkan itu.

"Gempa, sakit ya?"

Tidak semena-mena air jernih jatuh membasahi pipi Gempa, dia kembali menyembunyikan wajahnya dibalik kedua lututnya. Tangisannya pecah kembali kala itu juga.

Supra yang mendengar tangisan Gempa yang amat memilukan hatinya itu, mula mengusap kepala Gempa dengan gerakan lembut.

"Lepaskan semuanya, jangan disimpan."

"Hati aku sakit Supra, sakit sangat. Kenapa.. Kenapa mesti aku yang kena hadap semua ni. Kenapa takdir aku macam ni? Kenapa? Aku tak layak ke untuk bahagia? Aku dah muak dengan segala penderitaan yang aku terima, tak boleh ke aku bahagia? Walaupun sedikit sahaja?"

Supra hanya diam sambil mendengar luahan isi hati Gempa. Dia tidak tahu apa yang sudah Gempa lalui, tapi mendengar apa yang keluar dari mulut Gempa. Dia tahu yang lelaki demon itu sudah lelah dengan apa yang dia lalui kini.

"Kau nak tau rahsia tak? Kalau aku ni, half demon?"

"Maksud kau?"

Gempa mengangkat wajah, dia merenung Supra dengan tatapan suram.

"Aku demon separa manusia."

Tbc...

The Elementals Family S1 [C]√Where stories live. Discover now