Part 119 (FrostfirexGempaxSupra)

1K 77 6
                                    

Gempa termenung sambil memandang keluar jendela kelas. Dia mengeluh kecil. Dia mengerling suasana yang sepi itu, semua rakan kelasnya berada dipadang untuk menonton perlawanan bola sepak. Tapi, tidak dengannya. Dia malas.

Kepalanya direbahkan ke atas meja, mata dipejam rapat. Tidak lama kemudian, dia terdengar bunyi kerusi digeser dan diduduk seseorang. Mungkin kedua kawannya, namun dia tetap memejamkan mata.

Hening. Dahi Gempa berkerut bila berasa ada tangan mengusap wajah dan kepalanya. Kelopak matanya dicelik, matanya membulat lantas dia terus menegakkan tubuhnya.

"Apa korang buat kat sini?" soal Gempa sedikit membentak. Dia tenung orang yang sudah menganggu ketenangannya. Frostfire dan Supra.

"Saja, tak boleh?"

Gempa berdecit, dia berpeluh tubuh.

"Aku tak berapa kenal sangat dengan korang okeyy, dah pergi jangan ganggu aku." kata Gempa, menghalau.

"Yeke tak kenal? Bukan kau pun mengagumi kami dalam diam ke?"

Kening Supra dan Frostfire terjongket beberapa kali. Nakal.

Wajah Gempa berona merah. "B..bila masa h..ha? Ja..jangan nak tuduh."

Duo cool itu tersenyum gemas melihat Gempa yang tergugup dengan wajah merahnya. Geram pula mereka berdua jadinya.

"Yeke? Tapi, kenapa kau gugup? Jadi betul lah kan?"

Wajah Gempa makin memerah. Dia bingkas bangun dan menonong keluar kelas.

"Hei tunggulah." mereka berdua mengejar langkah Gempa.

"Apa korang nak ha?" tanya Gempa malas.

Dengan selamba dan posesif duo cool itu memeluk bahu Gempa.

Gempa hanya menjeling sahaja, namun dia biarkan sahaja perbuatan mereka padanya selagi mereka berdua tidak berbuat senonoh padanya.

"Kau nak move on?" soal mereka berdua serentak.

Gempa terdiam, anak matanya mengerling Supra dan Frostfire yang berdiri kiri dan kanannya.

"Macam mana?"

Mendengarkan itu, buatkan duo cool itu tersenyum senget.

"Kalau kau nak kami boleh bantu." kata Supra.

"Betul ke korang boleh bantu? Tapi kita tidak sa.."

"Kurang mengenali kami? Tak apa, kita kan boleh kenal secara rapat nanti. Nanti kau akan tau macam mana sifat kami." bidas Frostfire dengan senyuman manisnya.

"Macam mana?" Soal mereka bila Gempa hanya membisukan diri.

"Okey."

Mereka berdua tersenyum puas, mendengar kata setuju dari Gempa.

"Ohya.." duo cool itu melepaskan pelukan mereka pada bahu Gempa lalu tubuh lelaki itu dihadapkan ke arah mereka berdua.

Kening Gempa berkerut hairan. "Apa? Korang kenapa?"

"Kalau kami buat macam ni boleh?"

Dahi Gempa makin berkerut tidak faham. "Buat? Korang nak buat apa?"

Mereka berdua tidak menjawab pertanyaan Gempa. Supra mengangkat dagu Gempa, lalu satu ciuman hangat dia daratkan ke atas bibir Gempa dan seterusnya Frostfire pula mengambil alih.

Tubuh Gempa seakan membeku dengan mata membulat, tatkala bibirnya dicium oleh mereka berdua.

"A..apa korang buat ni?"

"Tu tandanya perkenalan kami pada kau." jawab mereka berdua, dengan sebelah mata dikenyit nakal.




Tbc...

The Elementals Family S1 [C]√Where stories live. Discover now