Part 30 (HalixGemxIce)

1.6K 94 15
                                    

Pemandangan langit malam menjadi santapan mata Gempa. Seculas senyuman kecil terukir dibibirnya.

Gempa hela nafas bila teringat peristiwa yang dia lalui di sekolah pada petang tadi. Halilintar dan Ice baru sahaja luahkan rasa hati mereka padanya. Dan orang yang mereka suka adalah orang yang sama, iaitu dia.

"Kenapa jadi macam ni? Aku bingunglah." rengek Gempa, kuku jarinya digigit. Sudah tabiatnya bila dia rasa gelisah atau pun binggung.

"Kau bingungkan apa Gemgem?" kepala Gempa terangkat, dia menoleh dan mendapati ketiga saudara kembarnya berjalan mendekatinya lalu melabuh duduk di hadapannya.

"Tak ada apalah." nafi Gempa.

Namun jawapan Gempa tidak dipercayai oleh ketiga saudara kembarnya.

"Tipu. Kalau kau ada masalah cerita lah, mana tau kami boleh tolong." Kata Thorn manakala Taufan dan Blaze mengangguk setuju dengan apa yang diperkatakan Thorn.

"Thorn betul, cerita lah Gem. Kalau kau pendam sesorang, nanti akan menyakitkan. Ceritalah." pujuk Taufan.

Gempa hela nafas. Wajah mereka bertiga dipandang satu persatu. Tidak lama kemudian, Gempa mula buka cerita yang sudah membuat dia mati kutu sebab asyik memikirkan benda yang sama. Trio troublemaker itu menjadi pendengar yang sangat baik, tidak sekali pun mereka bertiga menyela Gempa yang sibuk meluahkan rasa.

"Macam tu, so siapa yang kau pilih di antara diorang berdua?" soal mereka bertiga.

"Aku..aku tak tau." Gempa menunduk, memandang jari jemarinya yang berada diriba.

Taufan, Blaze dan Thorn berpandangan. Mereka tahu, mesti susah buat Gempa untuk membuat pilihan yang tepat.

Taufan mengusap kepala Gempa.

"Bolah kau bagitau kami, macam mana sifat mereka berdua?" soal Taufan.

"Ermm. Ice dia seorang pendiam sedikit tapi bila kita kenal rapat, dia adalah seorang yang ceria dan tenang. Dia murah dengan senyuman walaupun jarang bergaul dengan orang ramai. Aku..aku suka tengok dia senyum, sebab itu buat hati aku tenang sahaja."

Gempa menarik nafas dan kembali meneruskan ayatnya yang terhenti.

"Kalau Halilintar, dia pula orangnya dingin dan sombong pada mulanya aku kenal. Tapi, dalam sombong dan dinginnya dia adalah seorang yang pemerhatian dan mempunyai hati yang baik. Dia suka tolong orang, tapi dia juga seperti Ice tak suka bergaul dengan orang ramai."

"Mereka berdua memang berlainan sifat, tapi mempunyai hati budi yang baik. Aku tak tau nak pilih siapa, aku takut kalau aku pilih salah sorang daripada mereka berdua nanti akan ada yang sakit hati. Macam mana ni korang? Aku buntu."

Tangisan kecil mula kedengaran dari Gempa, Blaze menarik Gempa masuk kedalam pelukannya. Dahi saudaranya dikucup sayang.

"Jangan nangis Gemgem, kami tau kalau kau berat hati nak buat pilihan yang tepat. Tapi, aku nak pesan satu saja. Tanya diri kau sendiri, sebab hanya kau saja yang tau jawapannya. Renungkan dan tanyalah pada hati kau yang paling dalam, siapakah yang patut kau pilih nanti."

Gempa membalas pelukan Blaze, wajahnya disembam pada dada saudara kembarnya itu.

"Aku akan cuba."

"Macam tulah. Jangan sedih-sedih lagi. Now, twins hugs!"

•••••

Empat bersaudara kembar dan Solar, berjalan masuk ke dalam kawasan sekolah yang tampak masih sepi itu. Mereka berlima rancak berbual sampaikan tidak sedar akan kehadiran dua orang pelajar yang berjalan di belakang mereka.

"Gemgem." langkah kaki serta perbualan mereka berlima terhenti bila ada suara memanggil salah seorang daripada mereka berlima.

Mereka berlima berpaling ke belakang, dan mendapati Halilintar dan Ice berdiri beberapa langkah daripada mereka berlima.

Taufan mendorong Gempa ke hadapan agar lelaki itu pergi mendekati duo cool itu.

"Taufan apa ni?" soal Gempa panik, dia sebenarnya belum bersedia lagi untuk bertatap muka dengan duo sepupu itu.

"Pergi dan settlekan hal kau. Jawapan ada ditangan kau, siapa pun pilihan kau nanti kami semua sokong." kata Taufan.

Thorn, Blaze dan Solar mengangguk kepala setuju dengan kata-kata Taufan barusan.

"Tapi.."

"Pergi Gem, aku tau kau boleh. Tanya hati kau betul-betul." bisik Solar sambil menepuk bahu Gempa sekadar memberikan semangat.

Gempa memandang mereka berempat yang mengangguk kepala untuk menyuruhnya pergi dan menyelesaikan masalahnya dengan kadar segera.

Gempa pejam matanya rapat-rapat.

"Siapakah yang harus aku pilih?" bisik Gempa perlahan, dia dengan gugup mula berjalan mendekati duo sepupu itu.

"Hai korang." sapa Gempa dengan canggungnya. Halilintar dan Ice hanya tersenyum seraya menganggukkan kepala dengan sapaan Gempa.

"Hai." balas mereka berdua santai.

"Hmmm, Hali, Ice aku nak bagi jawapan ke atas soalan korang kelmarin."

Ice dan Halilintar berpandangan lalu anak mata mereka dipakukan pada wajah Gempa.

"Sure. Kami tak kisah siapa kau pilih nanti, kami akan terima dengan lapang dada walaupun menyakitkan. So, siapa pilihan kau?"

Gempa merenung wajah mereka berdua, bibir bawahnya digigit kuat.

"Hali.. Ice kalau aku pegang tangan salah sorang dari korang bermaksud dia lah yang aku pilih. Macam mana?"

Ice dan Halilintar hanya mengangguk setuju. Wajah mereka berdua tampak tenang sahaja namun tidak untuk jantung mereka yang sudah berdebar hebat.

Gempa menoleh sekilas pada ketiga saudaranya dan Solar. Mereka berempat mengangkat ibu jari dan tersenyum lebar. Kepala masing-masing terangguk, seolah menyemangatinya. Gempa tersenyum.

"Baiklah." Gempa berdiri tepat dihadapan Halilintar dan Ice. Tangannya tersua ke hadapan.

Serentak Halilintar dan Ice menunduk apabila merasakan tangan mereka digenggam oleh Gempa. Mereka berdua memandang Gempa binggung.

"Gempa?"

"Maaf, aku tak dapat pilih salah seorang dari korang berdua. Aku sayang korang, aku tak sampai hati nak lukakan hati salah sorang diantara korang. So, kalau aku pegang tangan korang berdua maksudnya aku pilih korang berdua tanpa terkecuali. Aku sayang korang sangat.."










-Tamat-

Amacam okey x ending dia? Ke hambar huhuhu.. 🤣 jangan kecam sya okey? Sya lari dulu bye 🤣

The Elementals Family S1 [C]√Where stories live. Discover now