Part 27 (HalixGemxIce)

1.4K 97 13
                                    

Sudah dua jam setengah Taufan, Blaze dan Thorn menunggu Gempa dan Solar yang masih belum keluar dari bilik rawatan.

"Lamanya mereka." keluh mereka bertiga.

"Hai korang! Solar is coming," jerit Solar sambil mendorong kasar pintu rawatan, dia tersenyum lebar pada ketiga kawannya yang sudah memasang muka datar.

"Mana Gempa?" mereka terus bangun dari duduk sambil menyoal Solar tanpa mengendah sapaan mesra Solar barusan.

Solar merengus, "Gemgem ku yang manis, keluarlah!"

Trio troublemaker itu terus mengalihkan pandangan mata ke belakang Solar, dia mendapati Gempa yang berdiri di belakang Solar dengan wajah menunduk.

"Gempa? Macam mana dengan rawatan?"

"Everything is okay dude, jerawat kat muka Gempa dah clear mak aku settel kan. Cuma kita nak cerahkan muka Gemgem dan tak nak buat muka dia nampak kusam lagi." jawab Solar bagi pihak Gempa.

Mereka bertiga mengerling Solar, orang lain ditanya dan orang lain pula yang tolong jawabkan. Sabar sahaja lah.

"Gempa kau okey? Angkatlah muka kau, kami nak tengok." pinta mereka bertiga. Solar hanya tersenyum memandang mereka, anak matanya jatuh pada Gempa.

Perlahan-lahan kepala Gempa terangkat, dia tersenyum canggung pada mereka berempat.

Trio troublemaker itu, melongo tidak percaya dengan apa yang mereka lihat. Wajah saudaranya yang dulu berjerawat dan sedikit berminyak kini sudah hilang. Bersih dan mulus bahkan parut jerawat pun tidak dapat di kesan oleh radar.

"So, macam mana dengan sedikit perubahan baru Gemgem? Korang suka?" soal Solar.

"Semestinya lah!" jerit mereka semangat. Solar dan Gempa tergelak kecil.

"Baguslah korang suka." kata Gempa sambil memeluk ketiga saudaranya.

Solar tersenyum manis melihat pemandangan tersebut. Solar turut tumpang gembira dengan kegembiraan empat beradik itu.

"Gemgem, aku nak kasi benda ni kat kau."

"Apa?"

Solar mengeluarkan sesuatu daripada poket seluarnya, sebuah kotak berbentuk segiempat panjang berwarna merah jambu dihulurkan pada Gempa.

"Apa tu weii?"

Gempa menyambut huluran Solar, kotak itu dipandangnya hairan.

"Tu adalah lotion whitening,"

"Lotion?"

"Ya, lotion tu bukan sebarang losyen tau. Losyen yang aku bagi kat kau tu adalah losyen boleh memutihkan badan bahkan losyen tu boleh juga dipakai pada muka. Produk tu dua dalam satu. Dia ada vitamin, perlindungan UV, minyak zaitun dan sebagainya. Yang penting selamat dan halal."

Mereka berempat mengangguk kepala tanda faham.

"Tapi cara pakainya?" soal Gempa.

"Atas diri kau nak pakai time bila, kau nak pakai time kau nak ke sekolah or masa kau nak tido pun boleh. Losyen ni menyerap dengan cepat masuk ke kulit, so kau haruslah pakai selalu. Confirm nanti, kulit kau putih dan gebu." kata Solar panjang lebar.

Sekali lagi kepala mereka terangguk faham dengan penjelasan Solar.

"Thanks Solar."

Solar hanya tersenyum.

"Sama-sama kasih. No hal lah."

•••••

Keesokan paginya, Gempa berjalan menuju ke loker untuk mengambil beberapa nota. Mulutnya bersenandung kecil, sesekali anak matanya memandang sekeliling lobi yang masih sepi kerana pelajar belum ada yang datang.

Pintu loker dibuka selepas memasukkan password. Dalam keasyikan Gempa dalam mencari nota di lokernya, dia tidak perasan akan seseorang yang berjalan menghampirinya.

"Pagi Gempa!" sapanya sambil menepuk bahu Gempa.

Gempa sedikit tersentak, dia menoleh ke samping dan mendapati Ice yang tersenyum manis padanya.

"H..hai Ice, selamat pagi." balas Gempa dengan senyuman manis.

Ice berdeham, dia memandang wajah Gempa yang kelihatan berubah pada hari ini.

"Kenapa Ice?" soal Gempa bila mendapati Ice hanya diam sambil memandang ke arahnya dengan mata terkebil-kebil.

"Err.. Kau nampak lain sikit hari ni. Tapi, tetap comel macam selalu."

Ice menutup mulutnya bila perasan apa yang baru sahaja keluar dari mulutnya. Wajah Gempa berona merah.

Ice berdeham. "Lupakan, hmm sebenarnya aku datang jumpa kau ni aku ada benda nak bagi kau."

Kepala Gempa terlentok ke kiri dengan wajah polos. "Apa?"

"Kejap." Ice segera menyelokar beg sekolahnya. Dia mengeluarkan sesuatu yang tampak familiar diperlihatan mata Gempa.

"Nahh!" Gempa menyambut huluran Ice, dia merenung kotak segiempat panjang berwarna merah jambu. Benda yang Ice bagi padanya sebijik seperti Solar berikan padanya kelmarin.

"Kenapa kau bagi aku?" soal Gempa hairan.

"Aku nak kau pakai benda ni, aku tengok produk ni viral juga. Terima ya? Aku tak terima penolakan, aku ikhlas bagi kau ni. Aku pergi dulu, bye! Jangan lupa pakai tau!"

Belum sempat Gempa mahu halang Ice, lelaki itu sudah pun berlari pergi. Gempa hela nafas.

Barang pemberian Ice, dia masukkan ke dalam beg sekolahnya. Pintu loker ditutup selepas mengambil apa yang patut. Di saat Gempa mahu berpaling untuk beredar, dia ternampak Halilintar yang berjalan menuju ke arahnya dengan wajah datar.

"Hai Hali, selamat pagi." sapa Gempa ramah. Halilintar berhenti tepat di hadapan Gempa, wajah Gempa dipandang sekilas.

"Hai." balas Halilintar, lantas dia berlalu pergi meninggalkan Gempa yang terpinga-pinga.

"Dia notice aku? Aku tak mimpi kan?"

Gempa menampar pipinya kuat, agar dapat menyakinkan dirinya bahawa semua itu bukanlah mimpi.

"Aduh! Okey, aku tak mimpi. Wuargh! Hali si sombong tu notice akulah!"






Tbc....

Amacam okey tak? ͡° ͜ʖ ͡° si Hali dah notice Gemgem, apa jadi?

The Elementals Family S1 [C]√Where stories live. Discover now