Part 9 (Halilintar x Gempa)

3.8K 157 17
                                    

Trio troublemaker dan Frostfire mengerling Halilintar yang tengah mengelamun di pondok bersebelahan dengan Kedai Tok Aba Kokotiam. Senjak dua menjak ini lelaki pengendali petir itu asyik mengelamun sahaja. Entah apa yang dilamunkan olehnya, mereka berempat tidak tahu.

Mereka berempat berpandangan, kening masing-masing terjongket naik.

"Weii asal dengan si serigala agresif yang panas baran tu? Asyik termenung aje aku tengok?" bisik Frostfire pada trio troublemaker.

Taufan, Blaze dan Thorn mengangkat bahu tanda tidak tahu. Selepas itu mereka berempat membuka kaunter bergosip. Sibuk membawang.

Gempa yang kebetulan mendengar perbualan mereka berempat, menoleh ke arah tempat Halilintar berada. Dulang yang dia pegang diletakkan ke atas kaunter kedai, lantas dia mengorak langkah menuju ke arah Halilintar.

Gempa berdiri dihadapan Halilintar yang seakan belum menyadari kehadirannya. Kepala Gempa terlentok ke kiri dengan jari telunjuk mengetuk dagunya sambil merenung wajah Halilintar yang berkerut-kerut sampaikan dahinya sendiri turut berkerut.

Lelaki itu seperti memikirkan masalah yang besar sahaja.

"Heyy pikachu.." panggil Gempa. Namun tiada sahutan daripada Halilintar, lelaki itu sibuk dengan dunianya sendiri.

Gempa hela nafas, dia dengan selamba menonyoh kasar dahi Halilintar sehinggalah lelaki itu tersedar daripada lamunannya.

Halilintar mendongakkan kepalanya.

"Jangan ganggu a.." Halilintar mengertap bibirnya bila terpandang siapa yang berdiri dihadapannya. Dia memandang wajah kehairanan Gempa.

"Ha melamun lagi, kau ni dah kenapa sebenarnya? Aku perhatikan kau senjak dua menjak ni, macam tak fokus aje? Macam laki hilang anak aje kau ni? Kau tak sihat ke?"

Gempa menyentuh lembut pipi Halilintar yang tampak sedikit kemerahan itu.

Bibir Gempa termuncung kecil. "Tak panas pun?"

Halilintar mengerling tangan Gempa yang masih berada dipipinya, dia berdeham seraya menepis tangan lelaki itu. Dia bingkas berdiri, dia memeluk tubuh seraya mendekatkan wajah pada Gempa.

Tatapan mata mereka bertaut buat seketika.

"Tsk, sibuk aje." kata Halilintar dingin lantas dia beredar daripada situ meninggalkan Gempa yang terpinga-pinga.

"Oit! Pikachu!"

Kaki Halilintar berhenti melangkah apabila mendengar panggilan tersebut. Dia berpaling menghadap Gempa.

"Oit Gempa bumi, diam kau! Tampo kang, nangis karang." marah Halilintar. Gempa hanya menjelirkan lidahnya dengan senyum nakal.

"Pika pikachu. Halilintar si pikachu." Sakat Gempa dengan gelak kecil lantas dia melarikan diri bila Halilintar seperti mahu mengejarnya.

"Tsk!" Halilintar mendengus geram, anak mata merahnya merenung Gempa yang sedang melambaikan tangan padanya di kedai Tok Aba. Bibir lelaki bermata kuning keemasan itu tersungging senyuman lebar.

"Sinilah Hali pikachu."

•••••

Angin malam berhembus sepoi dan menampar lembut mukanya. Anak mata kuning keemasannya merenung dada langit yang ditemani bintang dan bulan. Senyuman kecil terukir dibibirnya.

"Ehem! hem!" suara dehaman seseorang mengalihkan dunia Gempa yang asyik menikmati suasana malam.

"Sakit tekak ke?" soal Gempa pada Halilintar yang kini melabuh duduk disebelahnya.

The Elementals Family S1 [C]√Where stories live. Discover now