Part 155 (Supra x Gempa)

965 63 7
                                    

"Jemput makan. Maaf kalau masakan saya tidak menepati citarasa awak."

"Tidak, ni pun dah buat saya berselera untuk makan. Jom makan."

Supra memandang hidangan makanan yang Gempa masak tersusun rapi di atas meja. Sup ayam, telur dada, ikan masin dan ulam-ulaman. Simple namun menyelerakan.

Supra baru sahaja mahu menyedok nasi untuk dibubuhkan pada pinggannya, terbantut bila Gempa mengambil alih.

"Biar saya yang buat." kata Gempa, dia menyedok nasi putih ke atas pinggan Supra dan pinggannya sendiri. Setelah selesai dia melabuh duduk kembali di kerusi berhadapan dengan Supra.

"Terima kasih." ucap Supra. Gempa hanya mengangguk dalam senyumannya.

Mereka berdua makan dalam suasana sepi, hanya terdengar suara sudu dan garpu berlaga antara satu sama lain sahaja.

"Gempa.." Suara Supra memecahkan keheningan di antara mereka berdua.

"Hm?" sahut Gempa, dia mendongak memandang Supra sambil itu mulutnya sibuk mengunyah makanan.

"Saya akan hilangkan trauma awak." kata Supra, sambil membalas pandangan mata Gempa.

"Hm? Trauma?" soal Gempa hairan.

"Trauma yang awak tak suka dengan sesama sejenis."

"Uhuk! Uhuk!" mendengarkan itu Gempa tersedak nasi, dadanya dipukul pelan.

"Awak okey? Nah minum air ni." Supra menghulur air sirap limau pada Gempa, dia memandang Gempa cemas.

"O..okey. Thanks." ucap Gempa, nafas panjang ditarik dan dihembus perlahan. Dia mengusap dadanya, perit rasanya.

"Hmmm, maaf."

"Eh, kenapa awak minta maaf? Saya okey lah."

"Hm, betul ni?"

"Ya!"

Kepala Gempa mengangguk laju, sekadar menyakinkan Supra.

"Okey."

"Tapi, macam mana awak tau yang saya takut dengan sesama sejenis ni? Mama saya bagi tau awak eh?" kata Gempa, membuat kesimpulan sendiri. Dia yang tanya, dia pula yang jawab.

Supra hanya tersenyum sahaja dengan bahu dijongket perlahan.

"Mungkin."

Gempa merengus halus, tidak puas hati dengan jawapan yang diberi Supra.

"Hm, tapi mama kata awak dah lama suka umm saya.. Betul ke?" Gempa menyoal Supra dengan wajah tahan malu. Bibir bawahnya digigit pelan, kerana gugup.

"Ya.. Baguslah awak dah tau, tak payah saya bagitau awak dah kan? Saya harap awak tak berasa canggung selepas tau tentang perasaan saya pada awak. Kita kenal-kenal dulu, maybe jadi kawan? Lepastu baru up level jadi kawan special? Boleh?"

Gempa mengerjap matanya, sesaat kemudian dia tersenyum lebar sambil mengangguk kepala.

"Boleh." jawab Gempa polos.

Supra tersenyum senang, "Thanks again chère."

"Ahya, umm tapi chère tu apa ya?"

"Chère means sayang, sayang awak." goda Supra, sebelah matanya dikenyit nakal.

"Oh.." kepala Gempa tertunduk, dia menatap pinggan nasinya. Dia segan sebenarnya, malu mahu bertatap muka dengan Supra. Jantungnya pula sudah tak reti nak duduk diam kat dalam sana. Gila.

Supra terkekek kecil melihat raut wajah Gempa yang berubah warna merah. Tahulah dia yang lelaki manis itu malu.

"Dah makan, nanti sejuk pula makanan ni."

"Hm!"

•••••

Gempa hela nafas, sambil berguling-guling di atas katil. Matanya tidak mahu pejam, padahal rasa kantuk sudah menyinggah. Mungkin suasana bilik dan tempatnya berubah, sebab itulah dia susah mahu terlelap.

"Umm, Supra dah tido belum eh? Kalau belum, aku nak ajak dia teman aku tengok movie lah. Trylah tengok dulu."

Gempa turun dari katil, dan berlalu keluar bilik. Dia berdiri di hadapan bilik Supra. Ragu pula dia mahu mengetuk pintu bilik itu.

"Ketuk ajelah."

Tok! Tok!

"Supra?"

Gempa dengan sedikit keberanian membuka pintu bilik Supra. Kepalanya terjenguk di balik pintu, dia mengedarkan pandangan mata melihat sekitar bilik itu. Dia berdecak kagum melihat bilik Supra yang super kemas itu.

"Pembersih juga mamat ni eh, not bad. Calon suami yang pembersih, eh? Alamak!"

Gempa menutup mulutnya, dengan wajah berona merah.

"Kau dah belok ke Gem? Adumak.." Omel Gempa, dia melabuh duduk di birai katil.

"Empuk gila katil. Mana Supra eh? Dari tadi tak nampak bayang, dia kat bilik air ke? Or bilik kerja dia?"

Dia membaringkan tubuhnya di atas katil, kakinya yang terjuntai di bawah katil dihayun pelan. Dia merenung siling bilik Supra.

"Ehem."

Suara deheman seseorang membuatkan Gempa menoleh, terbeliak anak matanya bila mendapati Supra tengah bersandar di pintu bilik sambil berpeluk tubuh.

"Huwaa!!" Gempa memusingkan tubuhnya sehingga terjelepuk jatuh dari katil. Suara orang mengaduh kedengaran.

"Awak okey Gem?!" Supra menerpa ke arah Gempa, dan berlutut di hadapan Gempa. Dia memandang Gempa risau.

"Aduh, okey hehehe." kata Gempa dengan sengihan polos, dahinya diusap perlahan. Sakit akibat terhantuk dengan lantai.

"Awak ni, buat orang risau aje." omel Supra, dia membantu Gempa untuk bangun.

"Awak buat apa dalam bilik saya?"

"Amm..umm.. Itu..."

"Apa yang amm umm tu?"

"Saya cuma nak ajak awak tengok movie aje, tapi awak tak ada dalam bilik. Awak pergi mana?"

"Oh, saya kat bilik kerja."

Hening menguasai suasana mereka, hanya mata mereka yang main peranan saling merenung antara satu sama lain.

"Hm, saya masuk bilik dulu. Esok ada kelas pagi. Gudnite Supra."

"Tunggu."

Supra mengenggam lengan Gempa, mencegah lelaki itu untuk pergi. Gempa menoleh.

"Kenapa?"

"Tak ada kiss gudnite ke?" kata Supra sekadar mahu mengusik.

"Ehh?!" membulat mata Gempa, warna merah merebak ke pipi tembamnya.

"Hehe saya gurau aje, jangan lah terke..."

Supra terkaku kerana Gempa mencium pipinya dan lelaki itu terus berlari anak keluar dari biliknya sambil memegang kedua belah pipinya.

"Gudnite Supra!!"

Supra tersenyum, dia menyentuh pipinya yang terasa hangat. Masih terasa bekas bibir Gempa yang menyentuh pipinya.

"Gudnite too Gempa."








Tbc...

The Elementals Family S1 [C]√Where stories live. Discover now