BB 5

379 36 19
                                    

Sementara itu..

Kelihatan dua belas orang perempuan sedang berjalan menuruni tangga untuk menuju ke ruang tamu.

"Korang tak dengar ke macam ada suara yang menjerit tadi?" Lia buka suara.

"Ada juga dengar, asal suara tu macam dari luar rumah kan?" ujar Maira.

"Aku pun dengar juga. Suara siapa eh?" kata Rabiatul dan Dian sambil mengusap dagu mereka. Lagak seperti detektif sahaja.

Ain, Alice, Syandra, Nurin, Rin, Nana, Fiyaa dan Mawar hanya memandang mereka berempat dengan kening berkerut.

"Entah, selalunya yang bising trio huru hara." jawab Nana dan disambut anggukkan dari yang lain.

"Mana yang lain eh? Senyap aje?" omel Rin kehairanan.

"Entah lah."

Mereka tiba di ruang tamu, namun anak mata mereka jatuh pada tiga orang lelaki. Saudara kembar Boboiboy yang terbongkang depan tv. Siap berdengkur lagi. Siapa lagi kalau bukan Ice, Glasier dan Frostfire.

"Amboi diorang, sedap betul tido. Hari dah nak petang, elok betul perangai. Mulut tu kalau boleh nak luas lagi bukanya." bebel Rabiatul. Mereka semua bercekak pinggang.

Tiba-tiba sahaja, senyuman senget terculas dibibir Ain. Dia menepuk bahu rakan dormnya.

"Aku ada idea." kata Ain dengan senyum nakal.

"Apa weii?" tanya Alice dan Syandra mewakili yang lain.

"Kita.." Ain membisikkan sesuatu pada mereka.

Senyuman nakal bermain dibibir mereka selepas mendengar idea dari Ain.

"Aku pergi ambil barang jap! Jom Mawar, Fiyaa!" Nurin menarik tangan dua perempuan itu.

"Sabar weii! Kau ingat kitorang lembu main tarik macam tu!" jerit Fiyaa dan Mawar. Susah payah mereka mengikut langkah perempuan itu.

Yang lain hanya tercenggang melihat mereka bertiga.

Seketika kemudian..

Dua belas orang perempuan itu mula berdiri di hadapan tiga jejaka ehek hensem plus kiut miut itu. Di tangan masing-masing terdapat watercolour.

"Hehehe, jom mula girls!"

Rabiatul, Alice, Dian dan Fiyaa menjadikan Ice sebagai sasaran mereka. Manakala Nurin, Rin, Mawar dan Ain memangsakan Glasier.

Lia, Maira, Syandra dan Nana pula memangsakan Frostfire.

Sibuk mereka membuat corak di wajah Ice, Glasier dan Frostfire.

Usai siap melakar seni di wajah ketiga jejaka itu, mereka semua menahan tawa sambil membuat highfive.

"Jom pergi sebelum.."

"Ampun Gempa!!"

Jeritan dari luar rumah mengejutkan mereka. Bahkan ketiga lelaki yang lena diulik mimpi tersedar dari tidur.

"Apa jadi? Apa jadi?"

Tidak berkelip anak mata 12 orang perempuan itu melihat mereka bertiga. Tidak lama tawa mereka terburai kerana tidak tahan.

"Hahaha!"

"Cantik siot muka korang! Tabik lah! Hasil tangan aku tu!"

Ark! Ark! Ark!

Tiba-tiba senyap hanya bunyi suara burung gagak yang lalu bila Lia bersuara polos. Mereka semua memandang Lia dengan mata membulat. Lia sudah tutup mulut.

"Alamak terlepas, matilanak!"

"Ice asal dengan muka kau tu! Hahahaha!" Frostfire gelak terbahak-bahak. Begitu juga dengan Glasier. Ice meraba mukanya.

"Muka korang berdua apa kurangnya juga!" tawa Glasier dan Frostfire reda. Masing-masing berpandangan.

"Siapa kau?!" jerit mereka berdua, sambil menuding jari pada satu sama lain.

"Erk.. Pst! Jom blah!" bisik Syandra pada gengnya.

"Blah wei, blah wei! Nanti tak pepasal diorang bekukan kita." Mereka semua segera memecut melarikan diri, keluar dari rumah sebelum diterkam orang tiga singa jadian itu.

"Sini korang!!!"

"Mati!!"

•••••

"Sya!! Bawa laju lagi woii!! Anjing gila tu kejar kita woii!!"

"Diam mangkuk aku taulah! Habis laju dah ni aku bawa motor!!"

Sya memulas minyak motor yang bertayar empat. Dia menoleh pada Racky, Ika dan Aqio yang duduk ditempat penumpang manakala si Firda berada dibelakangnya.

Gok! Gok! Gok!

"Laju woii!! Anjing tu dah hampir dekat!!" Jerit Ika lantang sambil mengoyang tubuh Aqio dan Racky buatkan dua perempuan itu mendadak mendapat pening.

"Pening woii!! Kau dah kenapa siot!" Marah mereka berdua.

"Diam lah woii!! Aku tendang sekor-sekor baru tahu!" jerit Firda.

Sya memekakkan telinganya, bising ngat aih! Sya makin melajukan motor, sampaikan motor tu terangkat dari depan.

"Woii! Gila woii! I believe, I can fly!" Ika melalak sambil mendepakan tangan.

"Wehhh! Buah tembikai aku jatuh woii!" jerit Aqio pula.

"Kau terjun lah weii! Pergi ambil!" bidas Racky.

"Kau gila ke?! Aku masih sayang nyawa kut!" balas Aqio menepik di tepi telinga Racky.

"Sengal! Sakit telinga comel aku ni woii!"

Riuh rendah sekejap atas motor itu dengan lima orang perempuan yang membonceng. Gila.

"Biarkan, kalau kita berhenti pun dah tak sempat! Sedekahkan aje kat anjing liar tu! Lagipun ada dua biji lagi kan?"

Aqio memeluk 2 biji buah tembikai erat, takut pula tercampak keluar.

"Iya!"

"Jom balik! Dah nak dekat berbuka ni!"

Zass.. Zass.. Zass.. Gruk... Grakk pushh!

Tiba-tiba sahaja motor yang ditunggangi oleh mereka mampus di tengah lorong sepi, jalan dekat untuk pulang ke rumah mereka.

"Weii awat motor mampus ni!" Sya berteriak panik.

Gok! Gok! Gok!

"Lari Woiii!!"

Kelam kabut mereka melompat turun dari motor dan berlari dengan kadar laju untuk selamatkan diri dari diterkam oleh anjing liar tersebut.







Tbc...

Amende aku merapu kat atas tu? 🤣🤣🤣🤣 Hope you guys enjoy! Selamat berbuka puasa!!😘

The Elementals Family S1 [C]√Where stories live. Discover now