Part 108 (Ice x Gempa)

1K 71 22
                                    

Gempa menyisip air kotak susu pisangnya, sambil itu anak mata kuning keemasan miliknya memandang suasana di taman permainan. Anak matanya memandang awas di sekeliling taman itu.

"Hmmm, aku rasa hari ni tak ada orang nak buat jenayah kut? Baik aku balik ke pejabat." kotak air yang sudah habis, dia buang ke dalam tong sampah.

Gempa berbalik untuk pergi namun anak matanya menangkap kelibat seseorang yang mencurigakan. Dia dengan pantas mengikuti langkah lelaki berhoodie hitam itu.

"Dia nampak aneh? Eh, dia buat apa masuk kat lorong simpang tiga tu?" bisik Gempa hairan. Dia mengintai dibalik dinding, untuk melihat lelaki yang dia ikuti tadi.

"Eh? Mana dia pergi?" kata Gempa kaget bila tidak mendapati kelibat lelaki tadi. Dia memandang lorong yang sepi itu dengan kening berkerut hairan. Tiba-tiba sahaja, dia merasa bulu romanya mencanak naik.

"Ta..tadi tu orang kan? Bu..bukan han..hantu kan?" kata Gempa tergagap bahkan wajahnya sudah berubah pucat.

"Baa!!"

"Huwaa!!" teriak Gempa, secara spontan dia memecutkan kakinya untuk berlari menjauhi lorong itu.

"Comel.." bisiknya dengan anak mata merahnya memandang Gempa yang sudah hilang dari pandangan matanya.

"Mungkin sudah saatnya, kau akan jadi milik aku."

•••••

"Apa lagi kau buat kali ni ha?!"

Ice menatap tajam pada permukaan cermin solek yang memaparkan seseorang serupa dirinya namun dengan perwatakan yang lain. Reverse.

Reverse tersenyum senget, anak matanya menentang pandangan tajam mata biru aqua milik Ice.

"Heyy, aku tak ada buat apa pun hari ni. Aku dah tak buat jenayah lagi, cuma..."

"Cuma apa?!"

Reverse tergelak kecil, "Heyy, kau pasti tau apa yang aku fikirkan? Kita 2 orang dalam satu badan? Mesti kau tau apa yang terjadi, mungkin pasal dia pun kau tau kan? Kau tak ada hati nak claim dia ke? Kau tau? Aku dah tak sabar nak miliki dia? Si polis manis yang tengah buru kita tu?"

Ice terdiam, dia tahu ke mana arah yang lelaki itu maksudkan.

"Kenapa kau diam? Aku dah tolong cari pasangan untuk kita dua tau? Nak harapkan kau, tau nak hadap kertas kerja kat ofis tu 24jam aje. Tak ada life okey? Aku cari tu pun dah cukup bagus. So, apa pendapat kau tentang dia?"

Iris biru bertembung iris merah. Tidak lama kemudian Ice tersenyum senget.

"Boleh tahan, aku serahkan pada kau. Lagipun kau tau kan, lusa mak aku ada buat makan malam dengan rakan dia. Aku tau muslihat mak aku tu, mesti dia nak kenal kan aku dengan anak kawan dia tu. So kau boleh buat?"

Reverse tersenyum lebar, sebelah matanya dikenyit nakal.

"Sure, esok or malam ni aku akan bawa dia ke sini. Dan kita akan tanda dia sebagai milik kita. Beres?"

"Beres."

Mereka berdua tersenyum penuh makna.






Tbc...
Adakah chapter kali ni hambar? ಥ⌣ಥ

The Elementals Family S1 [C]√Where stories live. Discover now