Part 167 (AllElementals x Gempa)

1.4K 75 9
                                    

"Wuarghh!!"

Gempa tersedar daripada pengsannya, dia terduduk di atas sebuah katil. Dia meraba tubuhnya dan wajahnya. Dia hela nafas lega, bila mendapati dia masih diberi kesempatan untuk hidup.

"Nasib baik aku masih hidup, huhu. Tapi macam aku boleh ada kat atas katil? Bukan ke aku kat.."

"Kami yang tolong bawa kau ke sini."

"Wuarghh!!"

Sergahan yang tiba-tiba itu memeranjatkan Gempa. Laju kepalanya berpaling ke samping, bulat mata Gempa bila dapati enam orang lelaki sedang duduk di atas katil di sebelahnya sambil berpeluk tubuh dan bersilang kaki. Anak mata mereka berenam terarah padanya.

"Ko.. Korang yang tolong aku?"

Mereka menganggukkan kepala.

"Ya."

"Terima kasih! Tapi macam mana dengan serigala-serigala tu?"

Kening Gempa berkerut bila mereka berenam tidak menjawab.

"Kenapa?"

"Tak ada, nanti kau akan tau juga."

"Hmm." Gempa mengangguk.

"Tapi kan korang ni siapa eh? Tak pernah nampak pun korang sebelum ni, korang pelajar baru?"

Keenam lelaki itu saling berpandangan sebelum mengangguk dengan serentak.

"Ya, boleh dikatakan macam tulah." jawab salah seorang dari mereka berenam.

"Ooo, nama korang apa hm? Aku Gempa!" kata Gempa dengan senyuman manis.

"Aku Taufan!"

"Aku pula Thorn!"

"Blaze here!!"

Gempa terkekek pelan melihat tingkah laku ceria dari mereka bertiga, dia beralih pula pada tiga orang lagi yang belum memperkenalkan diri.

"Korang pula?"

"I'm the swagger Solar, nice to meet you!"

"Halilintar."

"Ice."

"Nice to meet you too!"

Dring.. Dring...

Acara kenal mengenal di antara mereka, terganggu oleh suara telefon datangnya dari Gempa.

"Maaf."

Gempa menyeluk poket seluarnya, telefon bimbitnya dikeluarkan lalu menjawab panggilan tersebut.

"Hello? Ohyaya! Baiklah aku ke sana sekarang. Apa?! Lagi 2 minit Prof. Kim akan masuk kelas. Okey! Aku otw sekarang!"

Telefonnya dimatikan, dia terus melompat turun dari katil. Dia sempat memandang ke arah keenam lelaki itu.

"Kenapa?"

"Err aku kena pergi dulu tau! Prof aku dah nak masuk, dahlah harini ada presentation dalam kelas dia. Adoi! Bye korang nanti kita jumpa lagi tau! Paipai!"

Gempa melambaikan tangan pada mereka berenam lalu berlari keluar dari bilik sakit itu.

"Korang bila kita nak ikat dia? Korang tau kan, kat sini ramai yang dalam golongan Alpha. Kalau kita lambat bertindak, kita akan kehilangan omega kita."

"Malam ni macam mana? Lagipun malam ni adalah gerhana bulan."

"Tapi, tak terasa tergesa-gesa sangat ke? Kalau dia terkejut nanti dengan serangan kita yang mendadak ni macam mana? Aku takut dia akan jauhkan diri dari kita."

Mereka semua diam selepas mendengar kata-kata Solar barusan.

"Tak apa, nanti kita beritahulah dia siapa kita yang sebenarnya."

Semua pakat pandang Ice, tidak lama kemudian mereka mengangguk setuju.

"Aku setuju."



















Tbc...

Ada yang nak rate m? 😋 (͡° ͜ʖ ͡°)

Sevensome.. Otakku tengah menggila...

The Elementals Family S1 [C]√Where stories live. Discover now