Part 73 (Taufan x Gempa)

1.2K 80 12
                                    

"Macam mana dengan kawan kami doktor?"

Empat sekawan itu bingkas berdiri bila doktor yang menangani Gempa keluar dari bilik kecemasan. Doktor tersebut tersenyum.

"Alhamdulillah, keadaan dia baik-baik sahaja. Peluru yang menembusi tubuhnya hampir mengenai jantung, tapi bersyukur dia masih selamat dan kami sudah mengeluarkan peluru tersebut."

Mereka berempat menghela nafas lega, masing-masing mengucap rasa syukur.

"Terima kasih dok, apa kami boleh jenguk dia?" soal Solar.

"Boleh, tapi dia masih belum sedarkan diri. Kami dah pindahkan Gempa ke wad biasa. Kalau macam tu saya permisi dulu." kata doktor tersebut, dia tersenyum manis seraya berlalu pergi.

"Jom korang."

Mereka berempat segera bergerak menuju wad yang Gempa ditempati. Ruangan bilik wad Gempa dibuka oleh Ice dan mereka melangkah masuk ke dalam wad tersebut. Langkah kaki mereka digorak mendekati katil Gempa.

Mereka berempat berdiri mengelilingi katil Gempa, anak mata mereka jatuh pada wajah Gempa yang sedikit pucat itu.

Tangan Taufan terangkat, dia membelai rambut Gempa lembut. Satu kucupan hangat dia daratkan di dahi Gempa.

"Bangunlah Gempa, aku tak suka tengok kau macam ni. Tolong bangun, jangan tinggalkan aku." bisik Taufan lirih, setitik air mata jatuh ke pipi Taufan.

Trio cool itu hanya diam sambil memandang Taufan dengan tatapan sayu. Mereka juga sedih dengan apa yang terjadi tapi mereka tahu, mesti Taufan lagi sedih dengan semua ini. Mereka berdua baru sahaja bertemu selepas lamanya berpisah dan baru sahaja mahu mengecapi kebahagiaan tapi sudah dilanda dengan bencana.

"Tenanglah. Gemgem pasti bangun nanti, dia seorang yang kuat walaupun dalamannya sangat rapuh." Ice yang berada di sebelah Taufan, menepuk perlahan bahu lelaki itu.

"Betul tu, tak payah sedih-sedih. Umm, nanti aku turut jadi sedih. Please jangan kupas bawang." ujar Solar berjenaka sambil mengusap kelopak matanya yang sedikit basah.

Mereka bertiga hanya tersenyum nipis. Halilintar mengenggam tangan Gempa erat seraya dielus perlahan.

Bangunlah Gemgem. bisik hati Halilintar memohon.

"Arghh!!"

Jeritan daripada Solar mengejutkan mereka bertiga.

"Kau dah kenapa Solar? Buang tabi.."

"Gempa dah sedarlah!!" jerit Solar lagi, sambil jari telunjuknya menghala pada Gempa yang sedang mencuba mencelikkan kelopak matanya.

"Ugh.. Sakitnya.." rintihan kecil keluar daripada mulut Gempa, dahinya berkerut kecil.

"Gemgem, syukurlah kau dah sedar." ucap mereka berempat dengan wajah ceria.

Gempa memandang mereka berempat dengan senyuman nipis.

"Korang.." panggil Gempa, seraya mencuba untuk bangun dari pembaringan. Mereka berempat yang melihat itu bertindak membantu Gempa.

"Terima kasih."

Mereka mengangguk kepala sambil mengusap kepala Gempa sayang.

"Korang, apa yang jadi dengan Keito?" soal Gempa.

Mendengar pertanyaan daripada Gempa tersebut buatkan mereka berempat mendengus kasar.

"Mamat jahanam tu dah kami masukkan kedalam lokap! Dia akan terima hukuman setimpa sebab dah melakukan jenayah." kata Halilintar dingin, seakan muak bila membangkitkan hal lelaki itu. Amarahnya hanya Tuhan sahaja yang tahu.

The Elementals Family S1 [C]√Where stories live. Discover now